Cerpen : Aku Dan Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010

Semalaman aku termenung memikirkan tentang hari ini. Hari yang sangat bersejarah. Hari yang akan menentukan kemanakah aku akan pergi selepas ini. Walaupun ia bukanlah penamat atau penanda arah yang menentukan kehidupan yang sebenar tetapi pada hari ini. Akan bermulanya, sebuah kehidupan menuju kejayaan.




Aku tidak dapat bayangkan semasa aku berdiri di hadapan dewan. Di atas pentas..sedang menerima slip keputusan Peperiksaan Pernilaian Sekolah Rendahku.

Mungkin air mata akan tumpah sejujur jujurnya tanda kegembiraan. Mungkin juga, air mata ini akan jatuh seperti air tejun Gunung Stong yang mengalir tanpa henti akibat kecewa dan sedih akan keputusan PMR 2010 ini.

Tidak dapat aku bayangkan perasaan kedua orang ibubapaku andai harapan yang mereka galaskan kepadaku selama sembilan tahun yang mengharapkan pada detik ini,aku membawa impian mereka dan menceriakan mereka.

Tetapi aku yakin. Aku yakin boleh! Tak mungkin Malaysia boleh, aku tidak boleh? Aku pasti aku dapat membawa kejayaan yang besar dalam keluargaku. Belum ada sejarah lagi dalam keluargaku keputusan PMRnya mencapai keputusan yang cemerlang. 

Biarlah aku menyambung impian kedua orang ibubapaku setelah abangku tidak mampu untuk membawa tanggungjawap ini. 

Abangku pernah berkata

" Menyesal! Aku menyesal kerana malas dahulu. Aku menyesal aku tak mampu membahagiakan kedua orang ibubapaku."

Tapi..kataku

"Abang..kegagalan ini bukanlah untuk selama lamanya. Kegagalan inilah yang akan membangkitkan semangat kita untuk terus melangkah ke arah hadapan. Jangan pandang belakang lagi. Bak kata lagu dalam Jangan Pandang Belakang Congkak Dua.. Jangan pandang belakang lagi..Jangang pandang belakang..(menyanyi). Yakinlah abang pada diri sendiri. SPM ada lagi."

Balas abangku

" Terima kasih adikku. Engkaulah adik yang ku sayang. Saat diri ini merasakan diri ini tidak berguna. Adik beradik abanglah yang memberi semangat. Walaupun kita pernah bergaduh, carik carik bulu ayam,akan bercantum jua" 

Tamatlah perbualan kami..Sesungguhnya, tiada siapa yang dapat memberi dorongan kepada ahli keluarga kita selain kita sendiri. Mungkin pada masa itu, aku yang menasihati abang dan mungkin pada saat ini. Pada saat aku memperoleh keputusan PMR 2010. Abang pula yang akan menasihatiku. Kami bagai aur dengan tebing.

Dalam pada itu, aku masih termenung memikirkan tentang keputusan PMR 2010. Apa yang akan aku dapat? Berapa A? Cemerlang atau sekadar lulus? Ataupun gagal? Aku buntu memikirkannya.




Ingat lagi aku ketika sedang menduduki peperiksaan dahulu. Aku sedang duduk di barisan ke empat. Duduk belakang sekali. Saat cikgu pengawas mula memberi kertas peperiksaan kepadaku. 

Aku berdoa

" Ya Allah. Sesungguhnya engkaulah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Bantulah hambamu ini. Ingatlah apa yang aku pelajari. Ingatkanlah apa yang aku lupa. Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."




Sejurus itu, aku membaca Al-Fatihah serta Ayat Kursi. Sebelum kakiku melangkah memasuki dewan, aku akan membaca Ayat kursi mohon perlindungan daripada Tuhan Yang Maha Esa. Begitu juga apabila keluar dari rumah.

Selepas menduduki kesemua peperiksaan. Aku bersyukur ke hadrat ilahi kerana aku dapat menjawap soalan dengan baik. 

"InsyaAllah. Aku pasti boleh." getus hatiku.

" Pak puk! Kebaboooooooooom!"

" Opocot!!!" aku tersentak daripada lamunan.

" Hish! Kucing ni! Apsal kau kacau aku sedang mengelamun!" marahku pada kucing yang terpinga pinga dan cuba memahami bahasaku. 

Selepas sebulan lebih berlalu. Makan tibalah saat ini dimana aku harus hadir di sekolah pada jam 10 pagi, 23 Disember 2010 untuk mengambil slip peperiksaan. Walaupun aku gugup untuk hadir, aku perlu menghadapinya jua. Untuk teruskan perjuangan ini.

"Adik!!! Cepatlah.. Abah dah tunggu ni." Aku tersentak. Rupanya abangku dan abah sedang menunggu untuk ke sekolah.

" Aku kena yakin. Aku pasti boleh! Usaha aku selama ini selama ini akan terbukti pada slip PMR. Aku boleh! "

Aku teringat akan satu firman Allah,maksudnya.

 "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mahu mengubah nasib dirinya sendiri."

Maka, aku yakin. AKu sudah usaha. Aku sudah lakukan semua. 
Doa,
Usaha,
Ikhtiar dan
Tawakal

"Aku harap aku akan buktikan yang terbaik. " aku cuba untuk yakinkan diri sendiri....

Bersambung...

Nota:


1. Ini sekadar cerpen(kot). Tiada kaitan dengan yang mati. Sekadar kisah yang bermain di minda. Adik aku nak ambil keputusan PMR hari ini. Hehe

5 comments:

aNa d'sKoDenG berkata...

gud luck...

mg mendapat keputusan cemerlanggg

Amir Izzat berkata...

@aNa d'sKoDenG.. adik sya yg amik..saya dah lepas..hehee... terima kasih ye!

faizalnizam berkata...

hahaha.. sib baik aku bace sampai habis entri ni bro.. adik ko rupanya nye.. apesal nama profile "namaku annonymous"? unik gila.. hahaha..

good luck utk adik ko bro.

Namio Oo berkata...

amboi amboi amboi..entry macam dia pulak yang namk amik result pmr.
rupa2 nya adik dia.. suspen je... ahhahha

gagal skrg tak bermakna kita gagal kemudian.. macam akak.. kak bukan nak berbangga..tapi result pmr n upsr akak tak sehebat mana.. tak macam org lain.. memang akak kebelakang..tapi..alhamdullilah..aak boleh struggle kat matrik n now blaja kat UM.. jgn jadikan kegagalan arini alsan utk tidak berjaya kemudian hari..ok!!!

Namio Oo berkata...

apa2 pun ucap tahniah untuk adik.. walau mcm mana pon result dia, just say tahniah.. dia dah buat yg terbaik!!

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??