Hari Ini Aku Hendak Berubah! Anda Gay,Kami Tak Okay!. "Ya Allah, Tunjukkanlah Aku Jalan Yang Benar.."

Assalamualaikum dan selamat pagi. Eh! Dah pagi ke? Entah ar. Bagi aku pukul 10 itu masih pagi. Tapi yang pasti, aku slot subuh la. Subuh sini awal..Pukul 5 Pagi sudah azan. Awal kan?

Ha, aku bukan hendak bercerita tentang solat Subuh tetapi tentang apa yang hendak aku lakukan pada hari yang indah ini. Setiap hari memang indah. Hari ini hari apa??

"Hari Ahad...." 

Pandai pun.. Hehe

Apa yang aku hendak buat hari ini? Okay. Kau orang baca sahaja kisahku. Hari ni aku rasa nak berubah.. berubah. Samaada berubah pada diri atau bilik aku ni. Bilik? Ya, bilik aku bersepah der.

Semalam masa makan.

Ada satu suara cakap.

" Mirul..bilik mung macam bau tikus mati..Gi kemmah(bersihkan) nuh.."

Aik! Ye ke bilik aku bau tikus mati? Entah ar. Aku hidup aman damai je dalam bilik ni...tapi aku tak dapat duduk lama-lama. Haha..Tahu -tahu je la.

Semalam..sambil melayan perasaan dan jiwa yang lara. Aku berfikir..  Tak lama lagi dah nak bukak sekolah. Tahun depan aku dah tingkatan lima...ambil SPM. Aku kena ubah diri aku.. 

Dari seorang yang pemalas menjadi seorang yang rajin. Dari seorang yang jahat menjadi seorang yang baik. Dari seorang yang anak yang tak soleh..menjadi anak yang solehah... Soleh ke solehah? Hurm..Hentam sajalah labu.

Bila aku merasakan diri aku terlalu hina di hadapan Tuhan Yang Maha Esa..aku kembali kepada-Nya.

"Ekeleh..Masa buat dosa tak ingat pada Tuhan.."

Betul..tapi sejahat-jahat aku..aku tak rogol kambing. Aku tak curi seluar dalam perempuan. Yang paling penting. 

(budak-budak bawah umur 18 jangan baca. Sila ke bawah..lagi!)

"ANDA GAY, KAMI TAK OKAY!!!"-Jejaka Terhangat.

Hahahahhahahah! Alamak! Masuk bab gay la pulak. Betul kawan..sejahat-jahat dan sehina-hina aku..aku tak mahu jadi gay. Gila apa jadi gay? Rela ke jubur(punggung) disumbat? Eeeeww.. Muntah kedarah... Lepas tue tak boleh berak..tak boleh kentut. 

(kata ganti diri "aku" ditukar ke "gua")

Gila beb..kalau gua jenis yang suka kentut selepas makan.. Sakit jiwa gitu. Maaf, gua bukan gay. Gua lebih rela jadi lelaki sekali. COme on gay sekalian, gua boleh berubah. Takkan lu orang tak boleh? 

Kalau sebelum ini lu(gay) selalu cakap..

"Saya gay, saya ok!"

Gua nak lu ubah

"Saya lelaki, saya ok!"
"Saya tulen, barang baik punya!"
"saya anti gay, saya ok!"

Sukatilah lu orang nak cakap apa kecuali bukan gay. Geli geleman gua bicara pasal gay. Ok! Stop. Gua sambung balik kisah gua nak berubah.  Bagi sesiapa yang masih keliru, sila baca entri ini(klik la!) pasal gay.

****

Sebagai anak sulung, gua kena jadi abang yang solehah. Eh! Abang yang soleh serta menunjukkan teladan yang baik kepada adik-adik gua. Alhamdulillah..adik gua menjadi. CUma gua yang tak menjadi.

Antara faktor yang gua kenalpasti kenapa gua susah nak berubah;

0. Jarang ikut sunnah dan Al-Quran.
1. Sikap malas.
2. Sambil lewa.
3. Pentingkan diri sendiri.
4. Negatif.

Wah! Macam tulis karangan la pulak. Ok! Gua ambil part yang pertama. Untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Tak kiralah jadi pemimpin keluarga ke,pemimpin masyarakat ke malah pemimpin rakan-rakan. Apa yang gua perlu lakukan ialah ikut sunnah dan berpandukan Al-Quran serta hadis.

Gua pernah dengar satu kisah Saidina Umar Al-Khattab.

Gini, kisahnya. Selepas Saidina Umar Al-Khattabh dilantik menjadi khalifah. Dia bertanya kepada rakyatnya.

Tanya Khalifah Umar.

"Andai aku tidak melakukan tugas aku berdasarkan Al-Quran dan hadis. Siapakah/ dengan apakah akan kalian betulkan aku?"

Selepas itu. Bangun seorang pemuda.

" Aku akan membetulkan kau dengan ini!" Pemuda itu bangun sambil menghunuskan pedang.

Maaf. Andai terdapat kesilapan dalam kisah ini namun inilah yang gua dengar dan ingat. Tak kisah la apa yang lu orang fikir cuma apa yang hendak gua sampaikan disini adalah sebagai seorang pemimpina. Kita kena buat sesuatu perkara berdasarkan Al-Quran dan hadis. 

Oleh itu, gua sedang berusaha nak jadi lebih baik sempena masa depan gua. Gua mengaku masa cepat berlalu. Memang cepat beb!

Gua masih ingat masa gua tingkatan satu. 

" Nanti..bila dah form 5.mesti aku akan kurus.." kata hati gua didalam kalbu. (bukan kelambu ye)

Tapi...tak lama lagi gua dah berumur 17 tahun. Tak kurus-kurus pun. Mesti korang faham kisah gua. Tak faham sila hantuk kepala ke dindang. Sia-sia je mak lu lahirkan lu tetapi lu masih tak faham. Huhu..

****

Aik! Gua masih belum bercerita belum bercerita tentang bilik gua yang sudah berada dalam tahap kritikal ke? Macam nie..bilik gua bersepah..gua rasa nak bersihkan..Selepas itu, gua rasa gua nak makan..Basuh baju dan buat kerja yang sepatutnya dibuat sebulan yang lalu.

"Habis tue..kenapa lu duk cerita kisah agama. Nak tunjuk baik la konon?" bisik satu suara..Bikin panas ni.

Tak! Gua bukan nak tunjuk baik kasi lu kisah Umar Al-Khattab. Gua sedar gua tak sempurna(fizikal gua sempurna. Faham tak? Gua tak sempurna..sebab itu gua nak kasitahu kisah ni kat blog gua moga-moga anak cicit gua baca kisah ni pada masa hadapan.

"Wah!! Hebat ar atuk...dah da blog" jerit cucu gua masa tue. Ala..padahal masa tu dunia dah maju..Blog pun dah jadi benda lain. Blog pun dah tak istimewa.

Sukahati lah pada yang hendak mendengar atau tidak. Yang pasti, gua adalah gua. Gua tak mahu jadi orang lain tetapi gua mahu berubah menjadi gua. 

Maksud gua, gua sebenarnya baik..caring..penyayang..

Siapa nak ambil gua sebagai calon suami. Silakan! HAHAHAHA!

Okaylah. Gua nak pi kemas bilik. Lu orang tak rasa nak komen ke? Gua dah kebulur nak dapatkan komen..Huhu.. Kesian gua..gua bukan blogger otai..bukan blogger femes.. Haha. Tacing kan gua?

"Kalau kuat tacing, berhenti berbloglah!"

Okayh. Haha

Nota:

Hidup ini hanya sementara. Lakukan sesuatu perkara itu bersungguh-sungguh. Jangan leka akan duniawi. Jangan malas. Bangkitlah jiwa yang terpendam. Bangkitlah agar aku menjadi insan yang berjaya. Biar tidak berjaya di dunia tetapi berjaya di akhirat. Biar aku dipandang hina pada mata manusia tetapi bukan pada Allah. Yang pasti, aku nak berubah. Aku kena buat! Insyaallah. Aku boleh! Malaysia pun boleh!

Sesungguhnya manusia mudah lalai. Apabila lalai, kembalilah ke jalan yang lurus.

"Ihdinas siratal mustakim..."

"Ya Allah, tunjukkan lah kami jalan yang lurus.

P/s; Aku layak jadi ustaz tak? Kuang! Kuang!

6 comments:

Ciki berkata...

...... mcm2 ade dlm entry ni..

Norfa Lyana berkata...

gud luck adik..semoga berjaya berubah.. jgn hangat2 tahi ayam tau.. taun depan dah nak SPM.. berusaha dari sekarang..jgn jadi cam akak ni.. 2 bulan b4 exam baru nk pecut pakai speed 5..menggelabah..huhu

hans berkata...

Saya Hensem! Saya Okay!

:)

P/S : Tiba - Tiba Teringat Kisah Lama

shapoji berkata...

makin byak bacer, makin tak paham, tapi aku dpat tgkap ko nak berubah utk kemaskan bilik, keep it up!! :)

tengkorakemas berkata...

fuh..cite Sayyidina Umar tu..sekarang ada ke mcm tu..

p/s:http://manicho.deviantart.com/art/DVD-Plastic-Case-PSD-file-86546288 kat sini download template dvd case tu Amir

cikpepel berkata...

saya suka lelaki...saya ok!

haha... gudlak spm thun depan..
taktau nak bahasakn diri cikgu atau akak...sebab ngaja form 5 kan..konpius daku..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??