Filem Ngangkung Kutip RM 7.7 Juta Dalam Tempoh 19 Hari Tayangan. Teguran Buat Penerbit Filem Dan Pelakon.


Poster Ngangkung


"Jika sebelum ini Metrowealth (MIG) membuka tirai tahun 2010 dengan mencatat kutipan box-office sebanyak RM7.8 juta menerusi filem Adnan Sempit, kali ini filem ke-42 terbitan MIG iaitu Ngangkung bakal mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan box-office sebanyak RM7.7 juta dalam tempoh 19 hari tayangannya.

Berita gembira ini telah diumumkan sendiri oleh penerbitnya, David Teo ketika ditemui di majlis pra-tonton filem ke-43 MIG, ‘Damping Malam’ di Cineleasure, e@Curve, tengah hari tadi. Ini menandakan peneraju bagi industri perfileman tempatan ini bakal melakar satu lagi sejarah dalam dunia perfileman sebelum tahun 2010 melabuhkan tirai."- petikan dari gua.com.my

Wah! Hebat betul penangan filem ni tetapi memang betul lah filem Ngangkung ini hebat dan lawak nak mampois. Aku belum tonton lagi tetapi firasat aku yang keluar selepas ternampak treler(betul ke eja) filem Ngangkung terus hati aku berbuak buak mahu menonton filem Ngangkung ini tetapi apakan daya. 

Mak aku cakap..

" Abe jange gi panggung wayang..tempat tue tok molek.."

Sebagai anak yang soleh aku turuti jua walaupun aku pernah tewas dengan ajakan kawan yang mengajak aku pergi tengok wayang kat MBO The Spring,Kuching itu hari. Hehe.. (Kompem mak aku baca blog ni dia pasti tau..kantoii)

Walaubagaimanapun, aku ucapkan syabas kepada David Teo yang berjaya menghasilkan filem baik punya.

Oh ya! Sedikit sahaja tanggapan negatif aku tentang filem David Teo.

"Asyik-asyik filem hantu.. Jahil sangat ke orang Melayu??"

Itu yang aku fikirkan..Jahil sangat ke orang Melayu ni? Asyik melakukan perkara khurafat dan mungkar (seperti dalam filem mereka). Hairan aku. Hantu sebenarnya tidak wujud dan ia hanya permainan minda oleh syaitan laknatullah. 

Tetapi dengan adanya filem sebegini, pasti akan menjejaskan pemikiran bangsaku yang sedang meningkat dewasa. kan? Entah la, aku pun tengok juga filem sebegini kerana....Dengar sini. Kerana filem sebegini sahaja ditayangkan.. Bagaimana caranya hendak aku menyokong filem tempatan andai pengisiannya karut marut?

Ambil contoh filem Syurga Cinta.. Aku suka tetapi adengan di kelab malam itu aku tidak suka.

Teguran buat artis.

1. Walaupun kamu berlakon, dosa tetap dikira. (kan ustaz?)
2. Kamu cakap..Berlakon je tetapi yang berlakon mendedahkan aurat itu kira lepas ke? (tak kan ustaz?)
3. Sanggup ke kamu jual maruah tanpa kamu sedari kerana lakonan? (kamu tidak perasan kesilapan kamu).

Entah la. Siapalah aku ini untuk menegur mereka.

p/s: aku sudah putus asa untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

10 comments:

Myra Ayreen berkata...

huhuhuhuhu ..

seyesly ..

NGANKUNG memang lawak :)

Mknace berkata...

:):):)
terbaeekkk!!!

hans berkata...

itu bukan filem hantu tapi lebih kepada judi
hantu tu ada pun sebab dipuja jer
tapi filem Ngangkung tu memang lucu tapi aku masih suka filem Aku Tak Bodoh lagi
hohoho

P/S : Kenapa Nama Awak Macam Nama Perempuan?

Dihsar Ludba Haqifa berkata...

Mak saya pun cakap benda yang sama. tapi saya tak turuti. jahatnya saya. T.T

btw, ending letop! nice. cynical. :)

mzhany berkata...

amir, akak kat ganu mmg x g tgk wayang sbb lokasi dia mmg serammm owhhh kalu sape pergi mmg brani mati ahh sbb tmptnye mmg tmpt budak2 tak elok lepak, budak2 gian la ape la kan.


tp hehehe kat slangor ni, sokmo p....;) nge cik abe xpo kan...;)

tengkorakemas berkata...

aku sokong teguran ko tu..aurat tetap aurat..bukan muhrim tetap tak halal untuk dipegang-pegang..

Wan Gerrard berkata...

hmm filem ni dibuat untuk memberi pengajaran je kot..layan je~

::wan fadhilah:: berkata...

ngangkung best sgt.. awal2 pun dh lucu..smpai abis.. huhu..
tpi btul jugak la tu.. persoalan2 yg dilontarkan. berlakon2 jugak, dosa pahala pun kena kira jugak.. kita yg lain pun tgh berlakon jugak.. lagi la besar iaitu di pentas dunia.. huhu

akubiomed berkata...

Wah sempat pulangkan buah keras :-)

amirulez berkata...

nanti suruh david teo buat cerita ngangkang.

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??