Blogger Itu Meluntur Semangatku.

Tadi, aku terbaca blog blogger itu. Siapa tidak kenal dia? Seorang blogger yang aku rasa hebat. Seorang yang aku hormat.

Blogger itu hebat..kerana dia terkenal.
Blogger itu hebat..kerana trafik tinggi.
Blogger itu hebat..kerana banyak tips berguna yang diberi.

Namun, aku pasrah. Blogger yang hebat itu meluntur semangatku untuk berblogging. Mentang-mentang sudah lama dalam arena ini. Dia memandang rendah akan diriku. Aku sedar...siapalah aku..

Tiada ada tempat dan nama dalam arena ini. Aku..cuma bermain di tempatku sahaja. Di sekeliling kawan-kawan.

Bersama mereka ini ..


Dan lagi.. Siapakah aku dimata mereka tidak penting yang penting siapakah mereka di mata aku.

Aku pasrah..aku sedih. Blogger itu sudah menunjukkan 'taring'. Sebab itu selama ini aku diam. Aku diam dan membiarkan blogger itu sahaja yang memonopoli arena ini.

Oh! Aku terlupa bahawa aku blogger picisan yang tidak dipandang tinggi..Siapalah aku...penulisan aku hanya tulisan seorang budak yang meningkat remaja. Siapalah aku..yang mempunyai blog hina dina ini.

Jika dibandingkan aku dengan blogger itu. Banyak perbezaannya. Dia otai..aku? Baru setahun jagung...memang aku baru setahun jagung dalam arena ini. Biarpun bertahun tahun aku berada dalam arena ini..aku pasti aku akan berasa diriku baru lagi.

Bukan seperti blogger yang... Argh! Pusing aku memikirkannya. Lebih baik diam dari berkata-kata. Tetapi kata-kata blogger itu tadi..memang menusuk kalbu..hilang semangatku.. Hilang... Biarlah aku hanyut..dalam dunia yang tak kenal erti persahabatan.

Selama ini aku sedar..bahawa aku tidak pun dipandang oleh dia. Aku sedar kehadiran aku ini seperti melukut di tepi gantang. Siapalah aku kan dibanding dengan dia?

Apa sahaja yang dikatanya. Semuanya betul. Kata kataku? Semuanya dusta. Ah! Aku pasrah dengan dunia ini. Namun, blogger itu membuka mataku bahawa tidak semuanya indah. Tidak semua orang sempurna.

Mungkin salah aku juga apabila blogger itu berkata demikian. Ah! Biarkan..biarkan.. Biarlah dia dengan madahnya...Janji aku tetap aku.

Benda yang tidak pernah aku sedar adalah aku baru setahun jagung! Hahaha! Aku rupanya baru setahun jagung? Masih mentah lagi. Masih tidak punya apa-apa! Erti kata lain, aku ini budak yang baru hendak mengenal ABC.

Bodoh dan terukkan aku? Aku tidak layak untuk menasihati sesiapa. Aku tidak layak untuk memberi apa-apa kerana di dalam jiwa aku ini kosong..Bak kata blogger itu. Aku sedar..

Entah laa..aku rasa serba salah. Macamlah semua orang ingin menjadi seperti dia. Hendak buat macam mana..itu rezeki dia..

31 comments:

Fizfai berkata...

tersentuh hati.. sob3

Burungman berkata...

sabar bro. better be something than nothing. teruskan saja perjuangan dlm menyampaikan hasil penulisan melalui blog

faizalnizam berkata...

jangan resah2 bro.. hidup ni macam roda... bukan selamanya org kat atas.. satu hari nanti bila blogger yg bro masukkan tu jatuh terlentang macam cempedak busuk, barulah dia tahu langit tinggi ke rendah.

chill bro.. kita semua ada ruang dan peluang dalam dunia blogging :)

eqbalzack berkata...

jgn cepat putus asa...ok

Amir Izzat berkata...

@ciki..

terima kasih kerana memahami.

@nordin.

terima kasih.insyaAllah..akan ku kuatkan semangat. hurm..

@Fyzal

betul tu..tapi biarlah dia..dia kan blogger hebat. biarlah..rezeki dia,kan?

hurm, okeyh..kadang2 ada yg telah mendapat peluang itulah yang memandang rendah kpd org lain..entah la..

@eqbalzack..

terima kasih bang..insyaAllah.. tak kan putus asa...dugaan.

terima kasih kepada yg memahami.

izyan berkata...

bersabar aje& just keep blogging ok!! :)

Unknown berkata...

sabar,,, chill ok

ijatnuar87 berkata...

jangan berputus asa...manusia xkn selamanya diatas, dah xkan selamanya dibawah...setiap manusia ada rezeki masing2...

Ben Ashaari berkata...

sapa sapa.. meh habaq kat aku... berani dia buat gini kat adik aku nehh...

Belalang hijau Perisik berkata...

salam bro...
first time drop komen d sini...biarkan jela org mcm tue...
tp name2 blogger yang lu sebut kat atas tue semua yang best2 dan sgt frindly...

semoga perkara itu membakar semangat bro utk terus berblog dgn lebih gigih.tunjuk kat dia yg 1 hari nanti bro pun leh jadi hebat mcm dia...

hahaha

Love hurt aeNnn berkata...

sabar eyh.. ;))

Nur Liyana berkata...

sabar yer.. hidup ni macam roda.. mana tahu satu hari t berubah.. :))

iyliaH berkata...

hi! just drop my simple opinion here!

u berblogging utk ape?for me,i suka dan kuat bercakap!so,i jd kan blog ni sbg 1 cara utk kurangkan bebelan dan suka2..

so,i selalu memegang tag line " do i care?? "

hehehhehe!cheers beb!

Unknown berkata...

salam..
datang dari blog ben

teruskan berblog...kita blogger baru harus bersemangat dan teruskan menulis...biarlah apa yang mereka kata,.

Tanpa Nama berkata...

Sabar bro~
kejayaan akan menanti anda suatu hari nanti.
Persetankan semua kata-kata blogger tu~

Tanpa Nama berkata...

saba ye abg . bese la tu , lumrah dunia . pape pun abg kene kuatkan semangat . yg cakap mcm tu sorang jeh . yg sokong abg ramai . abg saba ye . senyum :)

Yann berkata...

datang ke sini dari blog abg ben. :)
saba jek ye. dugaan dunia blog tuh.
teruskan berblog.
jangan putus asa dengan kata2 org yg tak faham dunia blog nih.
selamat berblog dengan riang ria ye. :)

Marhaen Kacak berkata...

salam amir

perasaan tu rasanya pasti ada kat blogger2 baru...tanamkan semangat menulis tu...slow2 yer... yang penting kemahuan kita untuk menulis dan menyatakan persepsi kita terhadap dunia...:)

Perdana Menteri Kita Buta Sejarah?

FaraCuna berkata...

sabar..

teruskan berblogging..

just be urself..

dun giv a damn at that "damn" blogger :)

Ain Zulaikha berkata...

amir : semua yang dia ada itu pinjaman je. tak kan bawa ke mana. kita sama2 mula dari bawah. dia pun mula dari bawah. jadi tak de taraf rendah power pro otai atau pun apa, itu semua sebab MASA. MASA. MASA. bukannya setahun buat blog tetibe dia dah jadi otai. dia pn sama macam kita. kalau amir dah lama buat blog pun akan jadi otai. biar dia nak cakap apa. dia tak sedar semua tu. mungkin dia tersasul, mungkin jgk dia sengaja. sabar k, semua ada hikmah. sy yakin awk mesti akan jadi macam dia satu hari nanti. okey panjang pulak ayat. goodluck blogging. :)

NURAZZAH8 berkata...

Salam ziarah dan salam perkenalan,

Asam garam kehidupan menjadi blogger dan berblogging...kena sabar, tabah dan berjiwa kental...untuk menepis segala dugaan dan cabaran yang mendatang dalam alam siber ini...

Bila kita di bawah, jangan rasa rendah diri dan hina, bila kita di atas, kita harus sentiasa memandang ke bawah, agar kita sedar siapa diri kita suatu masa dulu...

ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin tunduk ke bumi..
Jangan ikut resmi lalang, sungguh tinggi tegak berdiri tapi kosong melayang-layang

nurazzah8
http://nurazzah8.blogspot.com/

Idalara berkata...

Salam dik
akak pun hanya seorg blogger picisan..kdg2 masuk juga ke rumah blogger top,tp dia tk perasan pun..takpe.sebab beribu blgger singgah tu sebab dia tk perasan..teruskan berblog..untuk kepuasan hati kita.

cek chun berkata...

ben. sila hentak bloger tu ben :p

amir, adat dah manusia macam tu. tak boleh cakap dengan mulut, dicakap dengan jejari mulusnya. anggap itu sebagai teguran halus dari dia. sesuatu yang awk boleh buat sebagai perisai untuk awk terus ke depan

rafina mimi abdullah berkata...

teruskan perjuangan anda dalam dunia blog ni ye..jangan mudah mengalah dengan keadaan.. :)

azila berkata...

Sabar yer adik Amir..teruskan berblog, jgn tamatkan atas apa yg diusahakan selama ini n gud luck:)

kid berkata...

rileks bro.. Nk pening2 pun takda gunanya.

Aku pernah pun pernah berada dalam situasi kau. Tapi at the end aku biarkan je. Sesetengh masalah memang takkan dpt diselesaikan.

Aku akhirnya buat keputusan : berblogging tanpa toleh kiri kanan lagi. Terus ke depan!

tengkorakemas berkata...

sob2..ada nama aku..terharu..ko sahabat aku selamanya..
sekali bersahabat sahabat selamanya..

maka atas permintaan ramai..aku nyanyikan lagu utk ko, nyanyian asal XPDC

Tidak engkau seorang
Juang hingga titisan
Rempuh tak berharapan

Nanti aku di sana
Di ufuk pemikiran
Lalu menghayatinya

Di dalam kubur manapun
Jasad aku ditanam
Aku akulah jua
Kita laksanakan
Mati hati yang damai
Disana kejujuran

Semarak impian segunung harap dipulang
Usahlah diragukan keupayaan diri
Hati yang membara mengikutkan kata apa
Jawapannya di sini
Semangat kita hilang
Semangat yang hilang ohhh
Kita cari pulang

yeyeah!!

nmirmo berkata...

hey...hailooo.....x best mehh tacing2 ni.......semua blogger akan jadi newbie dulu...kan?kan? takde follower , tulis pon tak berapa nak pro....takde makne orang baru start blogging da meletup kan??? biarla die nak ade taring ke..tanduk ke....janji kite tak mcm die kan?? bak kate pepatah....biarlah kita jadi..."semurni TOP"..toing3...jadinye disini....blog kite, kite punye sukela..blog die,lantak pilaa...haha...;)..chill la bro~

MIMIE AIZA berkata...

jangan sedih kerana itu semua ada balasannya nanti
:)

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

tenang2..jangan luntur lagi semangat tu..biarlah si otai tu nak cakap apa pun janji ko di landasan yg betul..tgk lah berapa ramai yg sokong ko skang..keep the spirit!

Qaseh Dalia berkata...

dari blog abg ben ...
jangan sedih2 ye...xpe lah hari ni hari dia esok lusa hari kita..kalau tu buatkan semangat kita hilang...kalau kata org buatkan semangat kita luntur..dari mana semangat kita akan dtg?juz ignore it..amek kata2nya itu sbgai penaik semangat..dalam blog org nak kata apa pun boleh...tapi dia kenal ke diri kita ?xkan?anyway cantek blog pink jugak hehehehe ...sbr ye

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??