Sinopsis FIlem Janin| Tayangan Pada 23 Disember. |




Sinopsis Filem Janin.

Janin mengisahkan kehidupan penduduk di sebuah kampung nelayan yang hidup dengan aman damai. Cerita bermula dengan ramai penduduk kampung selalu kehulangan duit mereka. Tetapi mereka tidak mengetahui siapa yang mencuri wang mereka. Sehinggalah beberapa orang kampung terserempak degan pencuri kecil bernama Esah.

Esah, seekor toyol selalu mengunjungi keluarga Sutera isteri kepada nelayan bernama Hashim tanpa mereka sedari. Mereka mempunyai tiga orang anak yang masih kecil. Kunjungan Esah ke rumah Sutera terlalu kerap membuatkan hasil pencurian berkurangan. Ini membuatkan pembela Esah menjadi marah kerana hasil kecurian semakin berkurangan.

Esah dimarah oleh pembelanya dan enggan diberi makan. Esah yang dahagakan kasih saying telah membunuh orang yang membelanya. Tanpa tuan, Esah menjadi ganas dan telah menyerang penduduk kampung dan banyak kejadian negeri telah berlaku. Orang-orang kampong telah berpakat dan mula bertindak untuk menangkap Esah, tetapi tidak berhasil. Dengan tidak disangka mereka mendapat kejutan apabila mendapat tahu tentang hubungan antara Esah dan Sutera.

****

Siapa yang nak tengok? Berdasarkan apa yang aku lihat pada video filem Janin ini. Aku rasa takut gila..Seram giler beb! Entah ar.. Ada adegan tue bayi dalam Janin nie bergelepar (faham tak?). Kalau korang ar,berani tak nak tengok filem ni? Sorang-sorang. Sah tak berani. Aku pun takut..Haha! 

Sejak kebelangan ini dan selama lamanya.. Filem Melayu asyik filem hantu je. Cetek kan pemikiran penerbit filem.. tak boleh ke nak fikir filem yang baik punya macam KRU buat? Filem KRU yang terbaru lagi gempak..Apa nama dia ntah..Hikayat..Hikayat Putera...Apa...Tak pa..Google ada..Pi cari sendirik..Hehe

5 comments:

MyraAyreen ^^ berkata...

rasanya xde seram sangat .. haha
biasalah .. filem melayu ..

Ena berkata...

scary pulak tengok gambo tu memalam camni.. huhu.. ish tertengok lagi.. ada yg tok leh tido malam ni.. uwaaaaaaa..

A.I berkata...

phewww!
macam seram.
tapi nama akak aisha, budak2 ni dok menhajing esah........
mungkinkah akk akan femes?? HAHAHA!

Sharinginfoz berkata...

thanks for the review

Anep™ berkata...

macam best tak sabar nk tgk..

Latest Entry :
-> Nak Bau Ketiak Aku ? Kompem Hilang Stress Korang !
-> Ingin Mencari Cinta, 10 Petanda Seseorang Ini Adalah Jodoh Kita !

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??