Blog yang usang lagi hodoh ini pasti tidak dapat menarik perhatiaan sesiapa. Mahupun rakyat Malaysia ataupun Angelina Jolie.
Blog yang usang lagi menyakitkan mata ini tidak mampu menghiburkan pembaca dengan karya tulisannya yang merapu apa entah sehinggakan mengantuk apabila membacanya.
Namun,blog yang usang lagi hodoh ini adalah tempat untuk aku luahkan perasaan. Tempat untuk aku berkongsi maklumat. Tempat aku untuk menyuarkan pendapat. Tempat untuk aku bersua dengan kalian.
Andai kehadiranku tidak disenangi. Aku rela dikau berundur dari persana blogging ini. Mengapa aku yang harus berundur? Argh tidak!
Andai ribut datang melanda. Andai taufan datang berputar..aku tidak akan berganjak dari tempatku ini. Aku..akan terus menulis dan menulis sehingga aku puas.
Apa guna ikut telunjuk orang? Nanti hidup terumbang ambing. Berdirilah di kaki sendiri. Bukannya dengan kaki orang lain. Bangkitlah..Bangkitlah jiwa yang sering memberontak..Bangkitlah hati yang terpendam jauh di sanubari.
Andai ada yang perasaan..wajah blogku ini seringkali berubah..Sentiasa berubah. Tidakkan kau marah akan daku? Janganlah..Janganlah..Ampunkanlah aku kerna wajah blog ini pasti sentiasa berubah umpana hati yang sedang berduka...
1 comments:
biarpun ia sentiasa berubah-rubah, bukan itu yang ku cari..(ok aku ngaku aku tgk perkembangan header ko, itu je)
tapi isi entri ko yg menjadi fokusku..hehe
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??