Tarikh Keputusan PMR Diumumkan Pada 23 Disember| Lepasan PMR Mesti Berdebar kan?

Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 akan diumumkan pada 23 Disember ini. 

Kementerian Pelajaran, dalam satu kenyataan hari ini, menyatakan analisis keputusan PMR akan diumumkan pada hari itu di pejabat kementerian di Putrajaya.
Keputusan akan dikeluarkan di sekolah masing-masing pada hari sama mulai 10 pagi manakala calon persendirian pula akan mendapat keputusan mereka melalui pos yang akan dihantar oleh Jabatan Pelajaran Negeri.

Sejumlah 479,675 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu, seramai 446,896 orang calon adalah daripada sekolah kerajaan. - BERNAMA

****
"Bila keputusan PMR nak keluar nie? Bila nie??"

Mungkin itu persoalan yang bermain di hati lepasan PMR. Iyalah kan..berdebar nak tahu. Kalau dapat keputusan yang baik,gembira sakan mak bapak. Kalau dapat keputusan kurang elok..Naya la kena ceramah... Hehe.

Aku pun lepasan PMR juga.Jadi, melalui pengalaman kita sudah tahun. Tetapi kan, aku tak tahu la apa perasaan adik aku yang sorang nie. Pasti dia juga berdebar bila keputusan PMR nak keluar.  Tapi aku tengok dia cool je. Haha.

Dulu, masa keputusan PMR keluar. Aku relaks je. Buat dek..tapi malangnya semasa keputusan PMR keluar aku berada di Kuching, Sarawak jadi Ayah Long aku yang mengambil slip PMR di sekolah.. Kecewa tau..

Bayangkanlah..

UPSR: Aku tidak pernah merasai suasana pabila keputusan UPSR keluar kerana aku bercuti di Kelantan.

PMR: Tak dapat rasa juga kerana aku bercuti di Sarawak.

Masa darjah 6 aku sekolah kat Sarawak. Bila naik tingakatan 1 hingga tingakatan 3 aku bersekolah di Kelantan tapi sekarang sekolah balik kat Sarawak..Pening..pening...

Oh ya! Apa perasaan korang dulu bila ambil slip PMR nie?  Bila tengok rakan dapat 9A..Pasrah betul..kan?

5 comments:

Ain Zulaikha berkata...

hehehe adik saya tu haa mesti tengah takut tu. dia tahun ni pmr.. sy pun tak sabar nak tahu keputusan dia.

nurezzat berkata...

debaran terasa.............takutnye..........

Farah Shafiqah berkata...

Arghhhh, sangat takut..tawakal saja lah.

eiysya zasya's berkata...

upsr dulu tak sempat amik slip kat sekolah jugak sebab pgy jalan2 dengan akak.. tak tau pulak hari tu keluar exam..
tapi pmr sempat laa.. tp yg geram, family semua dah tahu before me.. i org last tahu my result.. dpt lew jugak 8 apples.. =)
spm pun xsempat jumpa kawan2 time amik slip sebab pgy lewat ke sekolah..

Tanpa Nama berkata...

spm bila pulak?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??