Aku Cuba Untuk Tegakkan Bahasa Melayu Tetapi Banyak Halangan! Kenapa Hanya Bahasa Cina Dan Inggeris?

Pada beberapa minggu yang lepas, aku dan keluargaku pergi ke Bangunan Sultan Iskandar Kuching,ke bahagian Jabatan Pendaftaran Negara kat tempat orang buat pasport. Bahagian Imigresen kot. Kami kesana untuk memperbaharui pasport yang baru sahaja taat tempohnya. 

Memandangkan aku ini rakyat Malaysia yang perihatin serta anak Melayu yang inginkan Bahasa Melayu yakni Bahasa Kebangsaan menjadi Bahasa yang agung di tanah air sendiri kesal dan sedih apabila Bahasa Melayu dipinggirkan.

Kenapa? Kerana pada papan tanda "Dilarang menggunakan telefon bimbit" itu hanya tertulis bahasa Cina dan Inggeris sahaja. Dimanakah Bahasa Melayu??? Dimanakah terletak perkataan "Dilarang Menggunakan Telefon Bimbit?" Tetapi apa yang tertulis di situ "please do not use your handphone" (macam ini kot ayatnya). 

Oh ya! Andai ada yang berfikir bahawa aku ini rasis, memang betul. Aku rasis dengan Melayu, Cina, India atau lebih tepat lagi dengan rakyat Malaysia yang malu menggunakan Bahasa Kebangsaan di negara ini. Terpulang pada anda untuk menilai diriku.

Apa yang jelas disini, pihak berkuasa tempatan memang tidak peka akan hal ini padahal dalam agensi kerajaan sendiri. Dimanakah silapnya? Ikutkan hati pada hari  itu, mahu sahaja aku berjumpa dengan pegawai atasan di situ agar menukarnya balik ke Bahasa Melayu. Kita tinggal di Malaysia jadi kita seharuskan memartabatkan Bahasa Kebangsaan. 

Apa yang aku tahu, bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu bukannya bahasa lain. Jadi, semua warga Malaysia harus..bukan harus tetapi wajib fasih berbahasa Melayu. Lupakah kita akan perlembagaan negara? Lupakah kita syarat untuk menjadi rakyat Malaysia? 

Kalau lupa, sila pergi ke pejabat pendaftaran negara. Lucutkan status warga negara Malaysia. Senang sahaja. Sebenarnya baru aku sedar, hanya aku seorang sahaja yang ingin memartabatkan bahasa Melayu, Bahasa Kebangsaan. Siapa lagi bersama aku??? Aku tidak sanggup Bahasa Melayu yang mempunyai keunikan tersendiri lenyap dari tanah airnya sendiri.

Amirull: Andai mahukan bukti. Sila pergi ke Bangunan Sultan Iskandar bahagian jabatan imigresen tidak silap saya. Cuba lihat di sekelilingnya.

3 comments:

hans berkata...

nama jalan pun kadang2 nama orang putih
tgok itu pun dah cukup
hohoho

P/S : Review Filem : Aku Tak Bodoh Memang Tak Bodoh! Love F.A.M.I.L.Y!

P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai..Yehaa!

tengkorakemas berkata...

ish2..kadang2 yg bukan melayu guna bahasa melayu..ada org india cakap bahasa melayu sampaikan aku tak nampak dia org india..

Wan Gerrard berkata...

Gerrad sokong kamu..lagi-lagi kalau masa cakap tu campur-campur bahasa jadi rojak, kadang-kadang tak faham..adoi2

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??