Sinopsis Filem Khurafat | Trailer Filem Dan Senarai Pelakon Khurafat

Wah! Nampaknya pengarah berbakat kita ni sudah buat filem seram giler. Kenapa seram? Sebab memang dah seram. Takkan la cerita seram aku nak cakap cerita lawak. Come on beb! Ok!

Jom kita baca Sinopsis Filem Khurafat.




Sinopsis Khurafat- Perjanjian Syaitan

Khurafat-Perjanjian Syaitan” mengisahkan perjanjian terlarang, persekongkolan antara manusia & syaitan.Satu bentuk penyelewengan yang nyata dalam Aqidah Islam dan amat ditegah dalam Agama.Manusia, disogok dengan nafsu serakah dan dendam membara, tanpa mengira akibat dan bahana, rela membelakangkan Allah untuk memperoleh apa yang dicita walau dengan apa cara, akhirnya hanyut dengan bisikan dan tipu daya syaitan durjana.

Kisah bermula dengan Johan, seorang pemuda yang bekerja sebagai Pembantu Perubatan di sebuah hospital kerajaan. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang isteri bernama Ayshah. Seawalnya pasangan ini hidup aman & bahagia, namun tanpa disangka ujian melanda di pertengahan jalan, kesan daripada ‘gangguan misteri’ yang berterusan.

Dalam pada masa gangguan-gangguan itu, hadir pula seorang perempuan tua yang tidak Johan kenali namun sering menyapa dan cuba mendekati Johan sewaktu di tempat kerja. Tanda tanya dan trauma yang melanda Johan & Ayshah tidak habis di sana, malah ditambah dengan munculnya bekas teman wanita Johan yang bernama Anna.Walaupun setelah mengetahui Johan sudah berumah tangga dan bergelar suami yang sah pada Ayshah, Anna masih terus mengganggu dan merayu untuk menerimanya semula. Ini menyebabkan Johan bertambah runsing dan bertekad untuk mempertahankan rumah tangganya dengan segala daya.

Tidak lama setelah berkali-kali ditolak cintanya, Anna ditemui mati;bunuh diri. Kematian Anna adalah kemuncak bagi segala siri kejadian misteri yang berlaku dalam hidup Johan & Ayshah.

Macam mana? Menarik tak? Jangan lupa tengok kat pawagam nun. 13 Januari  2010.Siapa berani tengok? Filem Syamsul Yusof memang terbaik ah. Aku suka..Orang banyak duit mesti bua filem gempak. Tapi filem hantu ni.Aku kurang minat ar. Hehe

Senarai pelakon Filem Khurafat ni ialah.


SYAMSUL YUSOF sebagai Johan,LIYANA JASMAY sebagai Aisyah,SABRINA ALI sebagai Anna,SALINA SAIBI sebagai Zura,ZENDY sebagai Rosman,FAUZIAH NAWI sebagai Mak Johan,NUR HUDA sebagai Ila,MARIANI sebagai Nenek,LATIF BORGIBA sebagai Bomoh.

sumber : budiey.com

Ok! Sebelum korang blah. Jom tengok trailer filem Khurafat. Kalau rasa diri tu tak kuat iman. Jangan tengok. Hehe.

6 comments:

AISHA INANI berkata...

giler ahh!
ada nama aku tuhhh...
ada duit lebih aku tengokk! phew...

Hasrol Nizam berkata...

org kata cerita ni seram..jap nak tengok trailer dia.. aku cerita seram2 ni tak suka gak kdang2..haha

Pendapat anda?
Saya Menang Domain Giveaway dari Yanmieonline.com,Ihosterz.com dan Cikmin.com

ardinihumaira berkata...

berani betul pelakom2 ni berlakon cite seram :)

Mknace berkata...

:) :) :)
tajuk pun dah nama khurafat

♥-- emieysandra --♥ berkata...

serrrrammm!

Wan Gerrard berkata...

owh cam takut je, xnk tengok la..hahaha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??