Sinopsis Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati | Trailer Filem Kongsi


Sinopsis Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati


Filem aksi komedi yang bertajuk Kongsi dengan tagline Lu Langsi Lu Mati mengisahkan penyiasatan ASP Shariff (Fizo Omar) terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di Kuala Lumpur. 

Kumpulan daripada pelbagai bangsa itu menjadi huru-hara dengan kehadiran pembunuh upahan, Tumulak (Shaheizy Sam) yang melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. 

Penyiasatan ASP Shariff dan Detektif Maya (Norliana Samsudin) dilakukan tanpa mengetahui siapa pembunuhnya dan sukar untuk mendapatkan maklumat kerana Tumulak licik dan bergerak sendirian.Segala ancaman dilakukan Tumulak sebenarnya didalangi Kimpedu (Zul Handyblack) yang mengupah Tumulak untuk menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap kerana ingin menakluk kawasan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Tumulak mempunyai dendam peribadi terhadap ASP Shariff. ASP Shariff juga diugut apabila anak dan isterinya diculik tetapi ia tidak mematahkan semangatnya menjalankan tugas.


Pelakon Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati


Pelakon yang membintangi filem Kongsi ialah Farid Kamil, Fizo Omar, Shaheizy Sam, Norliana Samsudin dan Zul Handyblack.
sumber: sini.
Trailer Filem Kongsi - Lu Langsi Lu Mati!


Shaheizy Sam - "Tehe sikit, kongsi gelap gappo lagu nih! Cubit sikit jerik supoo ponde!" ayat tak leh blah! Haha!

Fuh! Lawak nak mampus. Haha! Filem gangster campur lawak. Wajib tonton filem ni. Mesti best kalau Adnan Sempit(masih lekat nama ini) berlakon. Hahah. Berada di pawagam tahun hadapan(2011).

Ayat She

4 comments:

CERITA LEBAT berkata...

mcm best!

hans berkata...

aku ada buat dah review pasal trailer dia nih 2 minggu lepas xsilap
memang trailer dia nampak gempak

P/S : Kenapa Kau Pakai Baju Warna Merah Nih? Kau Tak Takut Dengan Si Connie Ker?

tengkorakemas berkata...

boleh tahan juga cite ni, cuma aku harap takde aksi tak senonoh melibatkan perempuan mcm filem barat

Anep™ berkata...

menarik..kne tgk nie..tjuk pon dh best..

Latest Entry :
-> Pernah Korang Melihat Akuarium Sebesar ini?
-> Serius, Bila Korang Tengok Kek Ni, Korang Rasa Sayang Nak Makan !

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??