Aku Gila Ke Asyik Tukar Warna Template Blog? Header Baru Lagi?

Saat korang tersesat di blog ini (bagi yang biasa tersesat kat sini). Pasti korang berasa hairan. Mesti korang cakap.

"Aik..Hari tue blog ini warna hijau. Sekarang warna ungu pulak? Gila ka apa.."

Tidak juga yang menyampah.

"Alahai blogger nie..asyik tukar template sahaja. Entri hampeh!"

kan? kan? Aduhai..Kenapa semuanya negatif ek? Entah la.

Oh ya! Korang perasaan tak apa yang baru kat blog aku? Header baru dan warna template baru. Sebenarnya kan..aku nie jenis yang cepat bosan la dengan satu warna sahaja. Jadi, aku ubah la warna blog-blog aku. Ada orang cakap.. Kalau kita asyik di takuk lama kita tidak akan maju. Jadi, template aku ini berubah seiring dengan pemikiran aku. Maknanya, idea aku banyak...(malas ar hendak cerita pasal nie..panjang sesangat).

Walaubagaimanapun, aku seorang yang tetap pendirian kecuali dalam hal ehwal blog nie. Hari tue warna hijau menarik perhatianku. Makin lama makin hodoh pula warna hijau pabila ku tengok setiap hari. Biarlah aku dengan fantasiku kan..Janji kita berblogging dengan aman.

Aku tak kacau kau. Kau tak kacau aku tapi kau kena la kacau aku sikit. Kacau disini bermakna lawat la. Kau lawat blog aku, aku lawat blog kau. Kau komen blog aku, aku komen blog kau. Oh ya! Minta maaf dan sesangat terima kasih kepada mereka yang terdetik di hati untuk mengomen di blog ini. Kadang-kadang aku tidak 'mampu' untuk menerjah balik.

Sebelum aku terlupa, Tengkorak Emas ada tag aku untuk header kontest. Tanpa segan silu maka terhasillah header baru aku ini. Ringkas sahaja.


Ringkas sahaja kan? Sebenarnya, skil dalam mendesign masih kurang. Banyak yang perlu aku pelajari. Lain la dengan Tengkorak Emas. Design baik punya!

Baiklah. Tanpa rasa bersalah..aku hendak bertanya pada korang. Korang pernah rasa menyampah tak dengan sikap aku yang asyik tukar warna template? Kalau ya, sila hantar sms ke 999. Ops! Kalau ya,sila komen. Kita kalau hendak maju mestilah terima kritikan. Apa guna hidup kalau hari-hari kena puji nanti hidung jadi kembang. Mahu ke? Hehe....

Makna Header:

1. Gambar disebelah kiri itu bermakna aku seorang yang ingin menjadi photographer. Cantik kan gambar tue?

2. Design di sebelah kanan pula bermakna aku ini seorang designer. Jadi, terdapat untuk design-design la di situ. 

3. Aku minat mendesign dan aku ingin menjadi photographer. Itu sahaja! Hehe


19 comments:

theflow berkata...

header baru canteek kott..tahniah2..

nur berkata...

cantik wat header ni.. takpe.. tukar ikut suka.. kita punye
ALL IN ONE

Amir Izzat berkata...

@Amirah Yusofcantik kot? terima kasih la..ada kot..hahaha

Amir Izzat berkata...

@nurokeyh..terima kasih atas sokongan anda..

(apasal aku komen skema nie?? huhu

Ain Zulaikha berkata...

boleh je tukar header and background.. tp saya ada terbaca tips, jangan terlalu tukar header sebab headr tu and banner dah macam trademark blog kite..

ISZA berkata...

terus terang.. amir memang berbakat..

azila berkata...

salam..inilah adik amir izzat yg disebut2 oleh BA:)

Unknown berkata...

smart lah bro header kamu .. pandai kamu memainkain warna .. nampak contra warnanya ..hoho

Amir Izzat berkata...

@Ain Zulaikha ye ek? InsyaAllah..tukar sebulan sekali..heheeh..aduh2.. dah ketagih dah... entah mengapa... terima kasih kak.

Amir Izzat berkata...

@cikgu iszaterima kasih la cikgu...bakat yg ada cukup makan je.huhu

Amir Izzat berkata...

@azila BA..? ye ke? apa yg disebut2 kan itu? hehe..tq

Amir Izzat berkata...

@azrinrahimterima kasih la kawan..


p/s: xda pun org kutuk..xsyok ar..anon ..mana kau? haha

Lulu Caldina berkata...

lawa dah..tak payah tukar lagi

hans berkata...

hahaha
setiap kali masuk blog ko mesti berubah
no hal lah
semua cantik2 jer layout

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

faizalnizam berkata...

nice header bro.

header blog aku, bro Tengkorak Emas yang buatkan. mmg aku suka hasil kerja bro TE.

Wan Gerrard berkata...

nice la bro ^_^

tengkorakemas berkata...

Oh..aku masih perlu banyak belajar Amir..

Tentang header ko yg baru ni memang smart, semakin nampak kemajuan dari segi kekemasan :) dan itu kelebihan ko (design aku lebih kepada grunge dan ganas hehe)

Good luck! :D

Anep™ berkata...

wah~ rajin ko tukar header ea..hehhetp ni nmpk cantik sedap mata memandang..

Latest Entry :
-> Lubang Terbesar Di Dunia Terletak Di Siberia
-> Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar Itu Salah, Harap Maklum !

Fizfai berkata...

tetap cantik! hoho

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??