Sinopsis Drama Tiramisu | Slot Akasia TV3 | Pelakon Tiramisu

Sinopsis DramaTiramisu
TIRAMISU mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.

Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.

Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.

Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.

Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.

Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.

Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?

sumber: gua.com.my

Senarai Pelakon Drama Tiramisu.

Pelakon-pelakon yang membintangi drama Tiramisu ini ialah Sharifah Amani (Melur), Pierre Andre (Daniel Mirzan), Adik Mia Sara (Ayesha), Tania Hudson (Liana), Shiela Mambo (Puan Gai), Rahhim Omar (Pakcik Sam), Zain Ruffedge (Faris), Faizal Yusof (Alias), Dira Abu Zahar (Intan) dan Azzam Zamani (Nik). Pastinya ramai yang tidak sabar menanti untuk melihat lakonan adik Mia Sara yang pernah berlakon sebagai watak Amani dalam drama Adamaya sebelum ini.


***

Nampaknya, Drama Tiramisu akan menggantikan drama Seribu Kali Cinta. Akan ditayangkan secara bersiri pada 27 Disember 2010. Setiap Isnin hingga Khamis pad ajam 6.30 petang dalam Slot Akasia TV3. Jangan lupa tau!. Drama ini diterbitkan oleh Kabir Bhatia, Mira Mustafa dan Francis Foo.

4 comments:

emieysandra berkata...

wah..mcm menarik, ade sharifah amani..lakonan die best! ;)

alyaa kamil berkata...

macam besh je cite ni..

akublog berkata...

aku benci cerita buatan malaysia..

wahhh.. berlagak betul kamu ya akublog..

P.S - jangan marah aku merepek dalam comment ko k.. :)

hans berkata...

aku dah xsempat tgok dah

P/S : Kenapa Kau Pakai Baju Warna Merah Nih? Kau Tak Takut Dengan Si Connie Ker?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??