Kepada Adik Aku, Jangan Baca Blog Aku. Kejam Tak?

Barangsesiapa yang mengaku dia adik aku? Sila blah dari blog ini.  Oh ya! Ada blog tak? Blog tu mak,bapak,adik,pakcik,abang,makngah,nenek dan moyang tahu pasal kewujudan blog itu tak? Apa rasa korang bila mereka menerjah blog korang?


Situasi 1.

Dalam blog korang bercerita pasal korang dapat bonus kerja tapi keluarga korang tak tahu.

Tibat-tiba.

"Bang..boleh belanja adik beli baju tak? Alaa..baju tu cantik.sekarang ni promosi?"

"Huh? Abang mana ada duit sekarang. "

"Ye ke tak dak duit? Dengar cerita, baru dapat bonus.."

Jeng..jeng. Ha, macam mana? Susah kan? 

Jadi,kepada adik aku. Sila jangan baca blog abang ye kerana abang tidak mahu kamu terpengaruh dengan ideologi politik abang. Hahha.

Bukannya apa. Kan terbongkar segala rahsia abang. Siapa yang susah. Sudah la adik ni perempuan (kantoi adik aku perempuan). Nanti banyak songeh pulak. Sebagai abang yang penyayang. Adik sila blah dari facebook dan blog abang.(Hahaha! Gelak setan ni).

Psst..bahaya betul. Macam mana adik aku boleh tahu aku nak cari duit RM 2 ribu nak beli DSLR. Mesti dia baca blog aku ni..

12 comments:

Anwar Naim berkata...

hoho..mmg x best law org yg kta kenal twu kta ada blog..

cik.shabah berkata...

amir kantoi ;p

A.D.A.M. berkata...

Hahaha. Aku pun kadang2 tak nak adik aku baca blog aku. hehe

A.D.A.M. berkata...

Hahaha. Aku tak suka gak adik aku baca blog aku. hehe

aNnE berkata...

haha..aiyoo kalau adik baca...habislah kantoi semua plan..hahaha

cek chun berkata...

amir, next time truih hitamkan muka tu. baru adik tak tau.kehkehkeh
gud luck with d dslr

yanshumill berkata...

hahah . malu pon ade bile fmly bace pastu perli2 . waduhh ..

NUREZZAT berkata...

sebaik abang2ku tak layan blog......haha..

tengkorakemas berkata...

adik aku ada gak baca blog aku..dan follow aku..tapi dia tak bg aku follow dia..ceh..

AISHA INANI berkata...

hahahaha!
belog aku semorang pon dah taw.....
so, kena la behave siket.

tp best kot aku tgh sesak, tetiba mak aku baca, dia boleh hulurr...... pheww!
tak best sbb ayat kena kaver2! wekkk.

cikgu isza berkata...

lepas ni kena tulis ala2 kod rahsia gitu..

nUmara... berkata...

haha! setuju sgt..
sy harap, kwn2 sy pon x bace blog saye. hihi.. :p

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??