Sinopsis Dakwah Muharram| Istimewa Maal Hijrah

Sinopsis Dakwah Muharram.

Telefilem ini mengisahkan Sulaiman, anak kepada Haji Darus yang menjadi kebanggaan kampung kerana berkelulusan Dakwah Usuluddin dari Universiti Al-Azhar. Apabila Sulaiman pulang ke Malaysia, pergerakan adiknya, Rizwan, menjadi terbatas. Rizwan terpaksa menipu untuk berlatih muzik kerana Sulaiman mengambil berat kegiatan adik-adiknya.

Sulaiman yang menyedari keadaan ini membuat keputusan untuk menyertai Rizwan dan kawan-kawannya. Rizwan seakan-akan tidak percaya apabila abangnya ingin berbuat demikian. Telefilem ini dilakonkan oleh Aqasha, Ahmad Tarmimi Siregar, Lydiawati, Amir Sofaz dan Fasha Sandha. 


Esok, bermula jam 9.05 pagi, slot khas ini akan menyajikan pula drama berjudul Air Mata Nur Salina. Telefilem ini dilakonkan oleh Umie Aida, Remy Ishak, Ady Putra, Rosnah Johari dan Anne Abdullah. 



Kecantikan Salina, seorang penyanyi kugiran di rumah orang kahwin sering menjadi bualan anak-anak muda di kampungnya, namun hati wanita itu terpaut pada Fakar, seorang kerani biasa sehingga sanggup meninggalkan keluarganya dan berkahwin lari di Thailand. 



Selepas berkahwin, mereka berhijrah ke Kuala Lumpur supaya Fakar dapat membuka perniagaan sendiri, bermodalkan kesemua wang simpanan yang ada. Fakar mula lupa diri apabila perniagaannya meningkat maju. 
Pada jam 10 malam pula menyusul telefilem berjudul Tempatkan Dia Di Syurga yang diterajui pelakon seperti Mak Engku, Zamarul Hisyam, Ady Putra, Lisdawati dan Joey Daud. 



Telefilem ini mengisahkan Asmah yang terpaksa bekerja membanting tulang untuk menyara keluarga lantaran sikap anak-anak yang langsung tidak ambil kisah mengenai ibu mereka. 



Asmah hanya dibantu oleh anak sulungnya, Amirul, yang menderita penyakit autisme dan sawan. Amirul beranggapan dirinya banyak menyusahkan Asmah kerana dia sering diserang sawan. 



Pergaduhan pula kerap berlaku antara adik-adik Amirul iaitu Ramli, Badrul dan Sakinah. Suatu hari, Asmah terjatuh di tempat kerja kerana terlalu penat dan tertekan. Sakinah yang datang menjenguk ibunya diceraikan oleh Shukri kerana dianggap ingkar.

Akan ditayangkan pada malam ini,6/12/2010 pada jam 10 malam dalam slot khas Istimewa Maal Hijrah. Jangan lupa untuk menontonnya.

Oh ya! Jom tengok videonya disini.

4 comments:

Tanpa Nama berkata...

harus melekat depan tibi selama 25 jam ni..hehe!

srikandi mie berkata...

suka cerita dakwah muharam,..;)

awak tau x lagu apa yang amer sofaz n aqasha nyanyi masa dah nak habes cerita tu,..?

jiwa kacau berkata...

tengah mencari la ost dakwah muharram ni.
tau x lagu pe n tajuk nyer.

Unknown berkata...

Salam perkenalan ,

Saya berminat dengan kisah Dakwah Muharam cerita yang selaras dengan apa yang sedang kami laksanakan skrang. Mga kita dapat berjumpa segera

facebook: alfarabiband @ ashraf selemna @ ayee tc @ rinamaku @ alfarabiban makymall

Terimakasih kerana jalan cerita tersebut
kredit untuk kami juga

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??