Hilangnya Ruangan Sembang itu,Hilanglah Taring GengBlogger.com. Aku Rindu Blogger Itu.

6


Dulu, semasa diri ini mula menjejak langkah dalam dunia blogging ini. Gengblogger.com telah muncul. Sebagai blogger yang baru, 

"Aku harus ambil inisiatif suapaya blog aku dikenali ramai." kataku dulu. (sekarang ni macam tu gak. Haha).

Gengblogger.com sememangnya terbaik dan menarik. Tahukah korang bahawa Gengblogger.com dulu mempunyai ruangan sembang untuk para blogger selepas ping entri mereka? 

Bagi aku, ruangan sembang itulah nadi utama Gengblogger.com. Kenapa? Kerana di situlah para blogger berkenalan serta bersua.

Siapa tidak kenal dengan Gadis Terbilang yang cun melecun? Siapa yang tidak kenal dengan Anastasia Ann yang terkenal riuh rendahnya itu? Siapa tidak kenal Hanis Aleeya yang pandai berpuisi(berkarya kan? hehe)? Siapa tak kenal dengan Eciz yang suka merapu ? Siapa tidak kenal dengan Kak FaNurAmi? Siapa tidak kenal Toh Tuan Tanah(TTT) yang telah kembali ke ramatullah? Al-Fatihah. Semua blogger sama ada yang terkenal atau yang baru masuk berkumpul di situ. Walaupun tidak ramai, cukuplah sekadar mengeratkan hubungan antara blogger.

Dulu, aku selalu rindu akan Gengblogger.com.. Setiap pagi akan ku curi masa untuk berada di talian agar aku bersua dengan mereka. Kenangan dengan mereka tidak akan lupa. Ternyata ketika itu dunia milkku. (fantasi la nie. Haha)

Tiada jurang antara blogger ketika itu. Blogger baru boleh bersembang dengan blogger terkenal. Semua orang rasa seronok. Aku masih ingat, kalau blogger terkenal sertai ruangan sembang di situ. Fuh! Meriah betul..

Sekarang? Semua itu tinggal kenangan. Bak kata Saleem.


"Pernah ada rasa cinta antara kita

Kini tinggal kenangan
Ingin kulupakan semua tentang dirimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh bintangku

Jauh kau pergi
Meninggalkan diriku
Disini aku merindukan dirimu
Kini ku coba mencari penggantimu
Namun tak lagi kan
Seperti dirimu oh kekasih



"Ah! Sungguh rindu aku pada kenangan itu."

Apa yang menghubungkan kami adalah ruangan sembang itu. Kami boleh bersua. Tapi itulah, semua itu tinggal kenangan. Sekarang sukar untuk aku hubungi mereka.. Andai mereka terbaca, aku akan ingati korang.


Nota:

1.Blogger baru tidak pernah rasa nikmatnya blogging ketika itu.
2. Aku rasa tidak seronok berblogging sebab blogger itu.

12 comments:

Fizfai berkata...

sedihnye... sob3

ザ-sylver- S berkata...

jom, suh kong wat balik,

takpun kite wat group "Kami Mahu Ruangan Sembang Kat Gengblogger!!"

nnti aku like banyk2

faizalnizam berkata...

bro.. jgn pilu2 bro.. still boleh lagi keep in touch dengan blogger2 tu melalui blog dieorang.

aku dulu pun selalu gak layan ruang sembang geng blogger tu. tp sekarang dah takde. kalau ade balik nice kan?

Amir Izzat berkata...

@ザ-sylver-shooter... betul ke? okay..kau buat je la. hahah.. den tak berani..

hurm, boleh like banyak2 ek? hehe..

thanks..kena call kong ni

Amir Izzat berkata...

@Fyzal.hurm. ak tak pilu... cuma..kalau ada chatroom tue kan best..tol x?

sebenarnya kan,diorang pun menyepi..huhu

wah! ko layan gak ke? ada x kita kenal? mungkin xkot.xpa.kita dah kenal sekarang. hehhe..

Belalang hijau Perisik berkata...

maksud bro tempat chat ke?
betul lepak sambil chat lagi mengeratkan persahabatan
seperti belalang dan lain2 dulu slalu lepak chat di blog padinno.com
tp skrg tggl kenangan sebab kotak chat tue dah takde...

mmg betul2 rindu...

faizalnizam berkata...

@AMir Izzat

aku lupa nk komen pasal lagu saleem tu.. hahaha.. aku baru pas memekak dalam bilik aku tadi .. nyanyi lagu tu.. wahaha..

p/s: layan karaoke tk bro?

mknace unlimited berkata...

:) :) :)
nak buat camner kan.. yang hilang pasti berganti
cuma tak tau bila
terbaeekkk!!!!

Mr.J berkata...

hehhe// teringat Gadis terbilang dan ramai gak yg sangka aku ni "pengeRindu" wanita.. hehe

hanis aleeya aka gadis sepi berkata...

jom la pujuk kong letak chatbox macam kat www.gomofm.org pun ok pe.. pakai shoutmix biasa je tapi boleh connect ngan kengkawan secara live..

GT berkata...

Hwargh!!!!!!!!!!! Siyes ah! Sadiz plak bace entry ni.

Rindu korang jugak

T_T

TTT also :s

Nurul Lalala berkata...

hye..i'm new~and mmg xpenah rase p0n sume2 tu..huhu

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??