Filem : Sinopsis Aku Tak Bodoh | Pelakon Dan Ulasan


Sinopsis Aku Tak Bodoh

Mengisahkan perihal remaja yang bernama Roy, berusia 16 tahun dalam menghadapi liku-liku hidupnya yang sentiasa diikat dengan prinsip ibu bapanya. Bapa Roy, seorang pengaturcara komputer, percaya bahawa melalui kritikan, anak-anaknya akan menjadi seorang yang berjaya.

Ibu Roy pula seorang editor majalah yang sering sibuk dan tidak mempunyai masa lapang untuk anak-anaknya. Ibunya lebih mengharapkan suaminya untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.
Lantaran sikap ibubapanya yang gemar mengkritik dan tidak menghargai dirinya, Roy mula berkawan dengan remaja-remaja nakal di mana bersama mereka Roy mula berasa dirinya benar-benar dihargai. Adik Roy, Jefri, berusia 8 tahun juga tersepit di dalam dunia ciptaannya sendiri kerana tiada siapa yang mempedulikan dirinya.

Keadaan menjadi lebih kritikal apabila Roy dan Jefri sudah berani melakukan jenayah yang menyebabkan ibubapa mereka terlalu marah dan bertindak memukul mereka. Ini menyebabkan Roy menjadi lebih liar dan sukar untuk di kawal lagi.

Namun, segala-galanya berubah apabila ibubapa Roy terbaca blog hasil nukilan Roy mengenai kisah hidupnya. Mereka juga tersentak dengan pengakuan anak bongsu mereka, Jefri yang sebenarnya mempunyai motif sendiri ketika bergelut dengan keadaan sekelilingnya tanpa kehadiran ibubapanya.

Apa akan terjadi pada keluarga ini seterusnya? Bahagia atau kehancuran yang bakal mereka tempuhi? Nantikan kemunculan filem ‘Aku Tak Bodoh’ di seluruh pawagam tanahair bermula 2 Disember ini.

Dibintangi oleh

Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Namron, Adibah Noor, Dato’ Jalaluddin Hassan, Suhairil Sunari, Wan Noor Aizat, Rohaizat Hassan


Info

Tarikh Tayangan : 2 Disember 2010
Layari laman web www.akutakbodoh.com untuk maklumat lanjut.

Jom baca ulasan di sini pulak.
*****

Aku nak tengok filem ni! Aku nak tengok! Siapa mahu belanja aku tengok wayang? Harga tiket wayang mahal dan pi tengok wayang itu tak baik.. (anak yang soleh ikut cakap mak). Hurm..dari sinopsisnya memang cerita ini menarik dan lawak lah. Aku suka , aku suka. Kalau tunggu DVD cetak rompak. Entah bila dia nak keluar.. Aduhai..

Ohya! Korang dah tengok ke belum? Macam mana? Syok ke tak? Sejak kebelangan ini, filem Melayu banyak yang menarik perhatianku kecuali 2 Alam. Entah kenapa 2 Alam ini tidak menarik walaupun aku belum menontonnya. Mungkin itulah pengaruh orang sekeliling yang menyatakan bahawa filem ini tidak best...kan?kan?

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??