POH: Jumlah mangsa yang maut dalam nahas bas persiaran Thai di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, pagi tadi meningkat kepada 26 orang.
Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusuf, berkata 22 meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat dalam perjalanan ke hospital.
Ketika nahas, bas itu membawa 37 orang dengan 34 pelancong Thai manakala tiga rakyat tempatan.
Timbalan Ketua Polis, Perak Datuk Zakaria Yusof, berkata bas dua tingkat milik syarikat San Express Holiday yang beribu pejabat di Jitra, Kedah itu membawa 37 pelancong Thai manakala pemandu, pembantu pemandu dan pemandu pelancong adalah rakyat Malaysia.
Zakaria memberitahu pemberita di tempat kejadian bahawa polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang menerima panggilan tengah hari telah mengerakkan 100 anggota penyelamat dalam operasi menyelamat.
Katanya, ketika kejadian, bas itu sedang dalam perjalanan turun dari Cameron Highlands ke Kuala Lumpur kerana pelancong itu dipercayai akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok.
Beliau berkata siasatan awal mendapati pemandu bas itu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan sebelum bas terbabas ke laluan bertentangan dan terbalik di longkang.
Katanya, identiti dan jantina mangsa yang terbunuh belum dikenal pasti.
- Berita Harian.
Seorang lagi penumpang bas persiaran yang terbabit dalam nahas di Jalan Simpang Pulai-Cemeron Highlands, pagi tadi meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, jam 4 petang tadi.
Ini menjadikan semua 27 penumpang maut, dengan 22 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian.
Ini menjadikan semua 27 penumpang maut, dengan 22 daripadanya meninggal dunia di tempat kejadian.
sumber: Berita Harian.
Nota:
1. Apa nak jadi dah dengan perkhidmatan bas sekarang?
2. Akan ku tulis berkenaan hal ini dalam entri lanjut.
3. Pihak berkuasa harus bertindak!.
4. Saya bersimpati dengan pemandu bas yang tak reti-reti nak bawa bas.
4. Saya bersimpati dengan pemandu bas yang tak reti-reti nak bawa bas.
0 comments:
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??