Tips #1: Macam Mana Nak Meningkatkan atau Menaikkan Trafik Blog?

Bismillahirahmanirahim.

Hi! Saya Amir. Saya budak sekolah lagi. Hari ini saya akan berkongsi dengan korang-korang yang macho dan hensem.. Eh! Saya bukan gay. Ok! Kita mulakan sekali lagi ye.

Hi! Saya Amir. Saya budak sekolah lagi. Hari ini saya akan berkongsi dengan korang-korang yang cute, gebu dan cantik. Hehe. Baru betul,kan?

Baiklah . Tanpa membuang masa abang-abang dan kakak-kakak yang memang sudah lama mencari tips sebegini. Amat beruntunglah kamu kerana kamu bertuah. Hehe.

"Macam mana nak dapat trafik yang tinggi?"

Mungkin itu persoalan yang abang-abang,kakak-kakak serta makcik pakcik diluar sana bingung. Setiap hari memikirkan nasib blog . 

"Apa nak jadi dah dengan blog aku..Kucing pun menggeleng membacanya." Macam mana tak menggeleng. Kucing mana faham. Hahaha!

Baiklah. Mesti abang, kakaka sudah marah.

"Apasal budak nie..Cepat lah bagitahu. Nak blogwalking pulak ni."

Orait bos! Lihat dan amalkan apa yang saya baca.

1. SEO

Apa itu SEO? Sila rujuk sini.  Bagi saya, SEO amat penting kerana membantu kita apabila kita tidak update blog. Contohnya, masa korang tengah berak. Korang sembelit. Dari pagi sampai ke petang. Habis tu, bila nak update blog? Dengan teknik SEO, korang tak usah update blog. Walaupun tak update, pasti ada yang datang melawat.

Percayalah...percayalah. Ini bukan main-main. Hahaha!

2. Ping

Tahukah korang apa itu ping? Ping itu sebenarnya. Entah ar. Susah juga hendak ku khabar. Tapi apa yang saya tahu bahawa apabila anda ping disini.


Entri korang akan cepat diindeks oleh Google. Korang tak yah tahu la macam mana akan terjadi. Janji ping. Pasti trafik naik woo..

3. Facebook Dan Twitter.

Korang ada Facebook dan Twitter? Apa? Tak ada. Kolot ar korang nie. Saya pun ada. Sila add saya atau tinggalkan link facebook. nanti saya add. La,nak add jugak? Nah! Ambil email saya : amirullizzat at gmail dot com. Ok? Oh ya!

Kalau korang ada dua natang nie, korang gunakanlah sebaik mungkin. Buat apa asyik duk tulis status "Huhu..Apa nak jadi dah dengan blog aku.."  Baik korang promosikan blog korang. Di mana-mana sahaja. 

Oh ya! Korang boleh sertai 


Gunakanlah menatang-menatang nie sebaik mungkin. " Dijamin selamat.."

4. Blogwalking.

Seperti biasa blogwalking adalah satu kewajiban. Tahu tak apa itu blogwalking atau nama Melayunya ziarah menziarahi amalam mulia. Weyh,panjangnya. Hahaha! Ok! Tahu kan? Gunakan shoutmix shoutmix yang ada untuk berkenalan dengan blogger-blogger di luar sana. Ada yang sombong, ada yang baik hati. Bak kata Mak Minah Jual Kerepok.

" Macam-macam ada..." Eh! Ke makcik dalam Astro tu? Hurm...

Mesti korang hairan. Shoutmix saya mana? Entah..ada orang curi. Sapa? Awak ke? Hehehe. Jangan SPAM sudah.

5. Gunakan pengaruh korang.

Korang artis? Penjual ikan ? Penjual sayur? Tokey balak? Tokey budu? Tokey petai dan seterusnya. Gunakan pengaruh korang. Contohnya korang ni penjual ikan di Pasar Siti Khadijah. Bagi tahu semua orang korang ada blog.

"Wahai orang-orang kampungku! Ambo nok ceghito kepado sek-sek mung. Ambo ado sebutir blog!! Mari pakat gi ke www.amirizzat.com." berkata-kata sambil menjerit terlolong macam orang kena samun. Haha! 

Kalau jumpa yang terlebih sangat, sila lempang tanpa segan silu. Haha! Ok? Gunakan saja pengaruh anda.

****

Saya rasa setakat itu sajalah mukaddimah saya. Mari kita sambung ke pendahulan..

"Gila lah mamak ni..Panjang tu baru mukaddimah?" terdengar suara-suara kekeluhan.

Hahaha! Tak apa. Setakat ni je la kakak dan abang-abang diluar sana. Tak kuasa i nak tulis panjang. Cukuplah sekadar entri ringkas dan padat. Eh! Padat ke? Ye kot. Hehe

12 comments:

dari kelate ke copenhagen berkata...

Tips#5 yg paling berkesan kot...haha

Mr.Ix berkata...

panjang lak entry....baca isi penting boleh? haha

saya amik tips no.4 tu....tgh2 blog-night-walking ni...masih panjang perjalanan ni....hehe...

Cik Mieyrarif berkata...

SEO ? ouh thnx sharing

Farah Hanim berkata...

suke yg last tu.. xD
nak try ar pasni..

Nordin berkata...

fuhh, mukaddimah rupanya. hahah

Wan Gerrard berkata...

terbaik bro..thanks info
promot satu kampung la =P

JRY The Boonto berkata...

nice tips bro... smua point gua setuju. paling senang naikkan traffik buat entri/video aksi2 lucah mcm video seksualiti merdeka atau entri uncle seeker.hehe

faiq berkata...

ang pi promote blog kawan..bole naikkan trafik jugak tu..:)

qilarazak berkata...

gud one. tapi macam mana kalau ping tapi tetap tak naek2 juga. and seo tu mcm mana caranyaa??

Heidi Shafiq berkata...

semoga ko dpt traffic yg tggi all da time.. :)

Norfa Lyana berkata...

wah..dia membebel lagi.. hahaha..
aik..amir mana nye header arituh?? dah tukar laiN??

hehehe..nice info..=)

Tanpa Nama berkata...

tips no 6 mane.. ha ni dia,, korang ukir je address/URl blog korang
kat dinding2 bus stop. haha,

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??