Adakah Namewee Pujaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz?| Namewee Nak Bantu PM Promosi Kempen 1Malaysia Pulak..

Namewee telah dibuktikan tidak bersalah oleh Datuk Seri Nazri Aziz. Wah! Sungguh hebat Namewee ini. Mencarut dan kata-kata kesat yang dilemparkan Namewee dalam video 'bodohnya' itu ibarat gula-gula. Sungguh manis ditelan walaupun ada yang berasa pahit.

"Baru-baru ini Namewee dilihat tampil di bangunan Parlimen untuk berjumpa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. Namewee atau nama sebenarnya Wee Meng Chee sebenarnya datang berjumpa dengan DS Nazri bagi meminta bantuan kerjaan membiayai pembikinan video 1Malaysianya bertajuk Nasi Lemak 2.0. Dia juga berhasrat mahu berjumpa dengan Perdana Menteri berhubung hasratnya itu yang ingin membantu mempromosikan 1Malaysia"- 

Sumber Utusan Malaysia diolah Amirull Izzat.

Wah! Sungguh sayang Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz akan Namewee. Namewee bagaikan ditatang dengan minyak yang penuh baldi. Saya rasa orang lain tidak dilayan sebegitu. Melihat kepada pakaian yang dipakai oleh Namewee di bangunan Parlimen amat tidak menepati etika berpakaiaan parlimen. Klik sini untuk mengetahui kenapa pakaian yang dipakai Namewee itu kurang sopan.

Sudah lihat bukan? Sebab itu saya katakan yang Namewee anak emas Datuk Seri Nazri Abdul Aziz. Apa agaknya keistimewaan Namewee dimata DS Nazri? Hairan..hairan.

Lebih memalukan lagi,DS Nazri tidakpun menegur pakaian yang dipakai oleh Namewee malah membenarnya lagi.

Oh ya. Jom kita baca sepatah dua kata dari Namewee yang dipetik dari Utusan.

Namewee dalam pada itu berkata, dia merupakan rakyat Malaysia yang patriotik dan sayangkan negara serta tidak berniat menyakiti sesiapa melalui video klipnya.

Patriotik kononya..Apa sudah jadi dengan lagu negarakuku itu???????

"Saya mahu membantu kerajaan menjayakan kempen 1Malaysia. Saya tidak ada agenda politik dan hanya rakyat biasa dan berharap kerajaan dapat menyokong usaha saya ini"

Apa yang boleh saya katakan. Korok mung namewee! Adakah anda juga sudah 'terpesona dengan Namewee seperti DS Nazri Abdul Aziz. Saranan saya, jangan!!!!!!!!!!!!!!!

Nota: Bukalah matamu luas-luas..



0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??