Sejak Berkerja Nie...Macam-Macam Manusia Aku Jumpa...| Adakah Aku Berada Dalam Negara Islam?

Pada 2 minggu lepas, aku mengambil keputusan untuk berhenti berblogging. Haha. Ye ke? Hari itu aku ada cakap yang aku hendak bersara dari jadi blogger. Tak boleh la. Berblogging ini telah menjadi darah dagingku. Aku mesti buka blog. Aku mesti..wajib kerana aku rindu akan kawan-kawan blogger. Selama dua minggu aku meninggalkan arena blogging semata-mata untuk mencari duit membeli kamera DSLR yang hargnya RM4 ribu. 

Untuk pengetahuan korang, semasa aku berkerja nie. Bermula dari jam 3 petang hinggalah jam 12 tengahmalam. Macam-macam jenis manusia yang aku jumpa.

Ada yang suka meminta-meminta. Minta orang belanja makan dan minum tetapi duit ada. Itu yang aku hairan. Ada la seorang pakcik ini nama Pak Mail. Setiap malam dia akan datang bertenggek di gerai tempat aku kerja lah. Kiranya dia hendak mencari mangsa. Mula-mula Pak Mail nie berbual-bual dulu dengan 'mangsanya'. Selepas itu, mulalah minta belanja makan. Aduhai..Orang macam ini pun ada ke? Aku mula-mula pun kesian dengan Pak Mail nie tetapi bila kita hendak memberi itu rasa macam tak ikhlas je. Baik toksah..kan?kan?

Satu lagi..ada yang jenis pesan makanan banyak (makan berdua) tetapi tidak dihabiskan semua makanan itu. Memang banyak lah makanan tak habis. 1/3 sahaja disentuh. MasyaAllah. Kan membazir itu amalan syaitan. Tetapi itulah manusia. Bila ada duit banyak, semua dipesan.. Perut memang kata tak nak tetapi mulut duk mintak bermacam-macam. Kalau belanja orang susah tak pa jugak..

Sebab itulah aku terapkan atau aku ajar adik aku bila makan di kedai. Habiskan makanan itu, kalau tidak dapat habiskan. Aku akan cuba habiskan... Ada sesiapa yang pernah buat macam aku? Hehe. Jujurlah..aku memang benci pembazirah makanan. Bila tiada duit.. Nak makan apa? Nanti teringatlah dulu semasa makan di kedai.. Pesan banyak..ikut sedap hati...tapi tak habis... Bila dah kebulur..kebulur lah.. Huhu..

Nak lagi ke aku cerita?? Nantilah...Kadang-kadang aku terfikir juga. Peramah ke rakyat Malaysia??? Dan aku terfikir.. Remaja perempuan Melayu yang beragama Islam sudah 'pupus' ke? Tapi aku yakin aku berada dalam negara yang Melayunya beragama Islam..Yang majoritinya penduduk beragama Islam..

Pssst..segan bila aku nak ambil pesanan sebab........... (ehem2) :)

7 comments:

doyah berkata...

sebabbb? :P

hans berkata...

kenapa segan nak amik pesanan oit?

P/S : Cek Nuffnang Dah Sampai! Yehaaaaa!

Amir Izzat berkata...

@ d.O.Y.A.h sebab orang itu seksi giler..ish..malu nak cakap..

Amir Izzat berkata...

@hansbeb,klo ko dapat pompuan yg HOT depan mata..siap tayang lagi..aku rasa ko pun termuntah darah..(buat2 phm je la ye).. im under 18..hehe

Hasrol Nizam berkata...

lor..sebab seksi ke.. ish.ko pejam mata sambil ambik order tu..hehe


Pendapat anda?
Sakit kepala atau migrain?

WanitaMustanir berkata...

Memang.. kdg2 saya yg perempuan nih pun malu nak amik order.. seksi bukan main..

Pendapat - sakit kepala dan sakit mata.. ;D

Silalah baca entri baru,

oohh ooohh ooohh MAHA 2010 di Malam Gerimis di shirashafrida.blogspot.com

tengkorakemas berkata...

aku bab yg tak habis makan tu memang pantang..kalau aku sebutir nasi pun tak tinggal..rezeki tu..

kalau adik aku tak habis, memang aku tolong dia habiskan gak hehe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??