Saya Masih Bersekolah Dan Juga Seorang Blogger


Assalamualaikum kawan-kawan. Apa khabar? Terima kasih kepada yang berkunjung ke Amir kali ini. Pada kali ini, Amir buat satu entri khas yang bertajuk "Saya masih budak bersekolah dan juga seorang blogger" yang dianjurkan oleh Ben Ashaari.

Sebelum kita meneruskan lagi ke bahagian seterusnya. Marilah kita berkenalan dulu. Sesuai dengan syarat segmen ini.

Namaku Amirull Izzat. Berumur 17 pada Januari 2011. Nama korang pula apa?/ Huh? Minah? Joyah? Tak dak standard. Orang Melayu zaman sekarang mesti canggih (kononnya) baru hebat seperti David Bakam,Danish Daniel...(ayat perli nie). Baiklah.

Latar belakang persekolahan.




Aku bersekolah di Sekolah Menengah Vokasional Kuching. Mengambil jurusan Katering yang membolehkan aku belajar memasak serta menjadi seorang pramusaji. Sebenarnya aku ambil kursus Katering ini bukannya untuk menjadi seorang Chef atau tukang masak sepenuh masa tetapi sebagai landasan untuk aku meneroka dunia yang penuh pancaroba ini. Siapa tahu dengan ilmu yang aku pelajari ini akan ku buka sebuah restoran sebagai pendapatan sampingan. Tiada siapa yang tahu? kan? kan? - moral disini sediakan payung sebelum banjir.

Jawatan di sekolah.


Percaya atau tidak...Aku sebenarnya Ketua Pengawas SMV Kuching. Gila babi...(ayat Lisa terlepas cakap). Memang sukar untuk dipercayai.. Aku rasa aku tidak mampu untuk mananggung tanggungjawap yang sungguh besar ini. Bayangkanlah, seorang budak yang jahat..paling jahat menjadi Ketua Pengawas. Gila babi...(maaf..terpengaruh dengan artis. -sindir

Walaubagaimanpun, aku berfikiran positif.. InsyaAllah..aku akan laksanakan tugas ini dengan amanah pada tahun hadapan. -moral disini adalah jaga percakapan.


Aktiviti di sekolah.


Tahukah korang aku sebenarnya ahli kadet bomba. Haha! Dah la ketua pengawaas, jadi komander kadet bomba. Sakit jiwa macam ini. Silap haribulan, hospital bahagia pun tutup. Erk? Selain menjadi ahli kadet bomba, aku juga seorang atlet. Hari-hari main gim (dulu la).

Apa? Korang ingat Ben Ashaari je ke main gim? Aku pun main juga la. Haha tetapi badan aku tidaklah seketul macam Abang Ben kita tu. Body untuk menketulkan badan sedang dalam 'pembinaan. Hehe.

Baiklah. Sudah habis kita bercerita pasal AKU. Jadi,mari kita ke soalan kedua.

Kenapa ada blog?


Agak-agak korang la. Kenapa boleh terciptanya blog ini? Sebenarnya kan. Ada seorang yang mendorong kenapa aku boleh terlibat dalam dunia blogging. Hendak tahu siapa? Jom ke sini.

Pada masa sekarang kenapa aku ada blog ialah kerana aku ingin meluahkan padangan dan pendapat aku. Kenapa? Kerana aku rakyat Malaysia. Sebab itulah nama blog aku Aku Pembebel Jalanan. Korang tahu tak? Sebenarnya kan..jiwa aku nie jiwa rakyat (ayat tak leh blah!). Senang cerita laa..blog aku kadang-kadang ke arah politik dan sedang menuju ke arah itu. Selain itu, blog tempat menambah kenalan di Malaysia serta menajamkan lagi pemikiran aku serta melalui blog aku mampu mengasah karangan BM menjadi lebih baik. 

Jom ke soalan terakhir.

Apa pendapat aku tentang dunia blog?



Dunia blog? Penuh dengan kekejaman... "wah!!! Ayat frust ke ni bang?" Haha. Tidak lah! Dunia blog sangat indah...memang indah tetapi indah lagi sekarang daripada dulu. Untuk pengetahuan blogger baru, dahulu kan.. Dalam dunia blog nie, kalau kita maju sikit pasti ada  yang dengki. Betul kan Abang Ben? Abang Ben pun pernah rasa dan aku sendiri pun pernah rasa.

Tetapi sekarang..aman..tenang..dan damai.. Putih dan suci. Hehe! 

Apa lagi ek? Dunia blog sebenarnya banyak kategori. Sukar untuk aku memberikan pendapat tentang dunia blog sebab setiap kategori blog itu mempunyai perpeksi yang berlaian.

Politik..kotor...
Peribadi..syok sendiri (0rang cakap)
Berita... ilmu...

dan....banyak lagi lah. Walaubagaimanapun, dunia blog memang best tetapi jagan sampai tak makan berblogging.

Baiklah.Setakat ini sahajalah tintaku pada hari ini. Petang nanti mahu ambil ibuku di lapangan terbang Kuching. Beliau baru balik dari Kelantan. Sekian.

Nota: Terima kasih En Ben Ashaari.

20 comments:

hans berkata...

oit
apa kes sindir2 Lisa nih?

P/S : Apabila Si Gila Bertemu Si 'Gila'! Hans Conan Menyiasat!

Hasrol Nizam berkata...

tu dia, hans dah marah tu.haha..

baguih la hang, dekat sekolah pegang banyak2 jawatan. tinggi2 pulak tu. semoga berjaya la nanti :D

Pendapat anda?
Dalam hidup ini, kadang-kadang

faizalnizam berkata...

lisa pun masuk sekali ye. hahaha. cool entry bro.

p/s: pasal kicap tu, senang je nak kenal. cara mudah untuk mengenal pasti kicap tiruan adalah penutup lubang bagi penutup plastiknya berlubang, manakala penutup bagi kicap asli itu sebaliknya.

Nur Mudrikah berkata...

laaa..sekolah lagi ke. selama ni igtkan dah abes skolah..hehe

Unknown berkata...

haha..hans rupanya yg mrah~

tengkorakemas berkata...

penuh semangat kepimpinan ni, :D semoga semakin maju berblogging

p/s:nak tanya, Keyrill masih kat rumah ke?

mknace unlimited berkata...

:):):)

Rohani Hashim berkata...

wohooo amir, akak pun komander gak tau...ahahhaa meh kite lawan meh ;)

Hanizeyecandy berkata...

hi dik jenguk jenguk kat sini
Love your photos..

hanizeyecandy

Tanpa Nama berkata...

salam..thanks amir..insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar hendaknya..doakan la..


http://hudahazwani.blogspot.com/

ijatnuar87 berkata...

seimbangkan sekolah & blog...insyaallah awk akan berjaya...dlm dua2 bidang,hehehe...

Amir Izzat berkata...

@hansrelaks ar bro..sekali skala..hehe

Amir Izzat berkata...

@Hasrol Nizamhaha..

tp kan..kdg2 tak tertanggung oleh diri ini..hhuhu.. insyaAllah..akan ku pikul dgn amanah...terima kasih.

Amir Izzat berkata...

@Fyzalops! bukan bermakna den boikot lisa.
hehe.

p/s: ohh..macam itu..terima kasih kawan.

Amir Izzat berkata...

@Nur Mudrikahsaya masih kanak-kanak..hehe

Amir Izzat berkata...

@Anwar Naimlisa tu kan awek dia..haha

Amir Izzat berkata...

@tengkorakemassemangat tue..tak penuh lagi..hehe... terima kasih la bro TE..

Amir Izzat berkata...

@mzhanywah! komander gak ke..nak lawan suara? amir ngalah dulu..haha

hans berkata...

xboleh
Lisa dilindungi dari kata2 kutukan
hahaha

P/S : Traffic Minggu Nih! Tutorial Letak Link Entry Anda! Ada Sesiapa Suka Shawls Yang Cantik!

JRY The Boonto berkata...

power ar ko bro. masih di bangku skolah da ada blog yg power. dlm beberapa tahun, mesti jd blog paling femes malaysia ni bro...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??