Petang Nie Kena Kerja Lagi..Adakah Aku Terpaksa?

Aku sebenarnya berhajat hendak berhenti kerja. Iyalah.. Kerja kursus banyak lagi belum siap. Kerja sekolah? Usah dibilang. Kerja rumah? Jangan dicakap. Erti kata lain, banyak yang perlu aku lakukan. Cuti sekolah dah nak habis. Cuba bilang berapa hari lagi yang tinggal? 23 hari lagi kan? 23 hari itu bukannya lama. Pejam pelik..Eh! Pejam celik pejam celik esok dah 11 haribulan. Sekejap sahaja masa berlalu.

Sudah la aku nie tidak pandai membahagikan masa. Cuba bayangkan bangun tidur yang sebenarnya ialah pukul 9 pagi. Pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam aku kena pergi kerja. Waktu pagi 'berasmara' dengan bantal golek sahaja. Hurm....Itulah aku..Buat keputusan melulu. Mak tak kasi kerja hendak kerja jugak. Bila sudah tahu yang berkerja ini memenatkan. Menyesal pulak. Namun, apakan daya. Aku orang susah. Hendak beli DSLR mesti berusaha. Mana boleh harapkan mak bapak aku sahaja. Diorang pun perlu tanggung aku dan adik beradik.

Hajatnya seminggu lagi kot aku berkerja di kedai makan itu. Selepas itu aku mintak berhenti dan tumpukan pada pelajaran. Almaklumlah tahun depan aku sudah naik tingkatan lima. Sudah tua rasanya..dan sudah pasti Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia itu harus aku duduki. Andai tidak, masa depan aku hancur. Sebenarnya aku pun keliru, apakah masa depanku??? Yang pasti, Pak Su aku selalu cakap. Biarlah kerja apapun..Janji halal. Biar kerja gaji kecil tetapi kita jadi manusia yang berguna, bukannya sampah masyarakat.

Sekarang ini aku dalam dilema..Hendak berhenti ke tidak kerja..Baik berhenti la kan.Dulu berkerja kerana kehendak tetapi bila sudah lama sikit..Rasa macam terpaksa dan aku terpaksa memaksa diriku. Sungguh letih sekali......

12 comments:

nurayunni berkata...

biase la tue..bile dah lame keje jdi mcm nie la...

Ain Zulaikha berkata...

huhu senang cerita la kan, kalau terasa mmg payah sangat kerja atau menambahkan bebanan lebih baik tak yah kerja. berhenti je.. kalau rasa ok, teruskan..

hans berkata...

eh
ko baru form 5 ker amir?

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

Hasrol Nizam berkata...

aku ingat kan dah abes spm..adeh.. silap la ni

Hasrol Nizam berkata...

eh, jap2..aku ada nampak nama aku kat sidebar tu..thanks bro!!

ISZA berkata...

rehatlah dulu.. tumpu pada yang penting.. kamera tu.. klo ada rezeki.. duit blog boleh cover.. insyaAlllah..

tengkorakemas berkata...

biasala tu kerja, tapi insyaAllah apabila ko buat sesuatu kerja dgn minat maka segalanya jadi mudah sedikit..

tumpukan pada spm ko nanti, walaupun ko nak jadi designer, takkan ko nak tolak subjek spm yg tak berkaitan pula kan hehe so fokus saja pada spm :)

p/s:tatu tu tak pakai brush, tapi pakai image dan guna blending mode serta masking..

Tanpa Nama berkata...

oi amir form 5 tua yg nak 21 ni? haha

kamu sangat matang amir~

Adha berkata...

elok ko fokus kat pelajaran tuh...pasal bile dah form 5 nnti ko akan rasa time tu sebenarnye masa mmg akan jadik pendek gila vavi...lagi satu pasal bahagi masa tu ko kene pepandai le..penting tu bro...:)

Mohd Izuddin berkata...

Kadang2 kene pentingkan belajar daripada keje :) duit boleh cari bila2 walau dimana anda berada... hehe

ijatnuar87 berkata...

hehehe..brenti jek la...rehat2 plak...bersedia utk spm...insyaallah berjaya...

aemynadira berkata...

Hi there, I've just finished reading your blog post. I appreciate your way of introducing this subject in a nice way.
You can see some interesting post here also: http://aemyifo.blogspot.com.
Kindly follow it. ^^

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??