Mulakan Pagi Anda Dengan Sarapan! Jom Makan!

Assalamualaikum! Apa khabar korang? Sihat belaka ke? Macam mana hari semalam? Adakah semua berjalan dengan lancar? Semoga apa yang dilakukan kita pada hari semalam bermanfaat untuk hari yang seterusnya.. Renung Renungkan lah..Selamat beramal!!!

Hahahahahha! Ada gaya macam ustaz tak? Ok! Ok! Hari ini hari Isnin? Permulaan hari bagi hari-hari. Erk? Hari apa rancangan aku ek? Aku rasa pagi ni nak pergi ke Pejabat Pendaftaran Negara. Hendak buat kad pengenalan yang baru kerana yang lama sudah rosak dihentam aku. Hahaha! Aku tak perasan pulak rosak. Aduhai, masa nak buat akaun bank tu je baru aku tahu. Hendak ke tidak. Terpaksa juga aku pergi.. 

Oh ya! Korang dah makan? Makan apa hari ni? Kalau aku kat Kelantan...Pagi-pagi selalu makan Nasi Kerabu Ayam Bakar. Fulamak! Sedap gilerrrrrrrrrrr.. 

Sumber dari : http://www.cookingmomster.com/?p=1606

Selain makan Nasi Kerabu, Nasi Dagang pun aku telan. Hahha.. Selain itu (lagi), masakan emak jugak tidak lupa.  Masakan ibu mana boleh lupa..Biar tidak sedap..Biar masam,pahit,masin..Itulah masakan ibu kita yang memberi makan kita sejak kecil lagi. Aku suka mak aku masak Ikan Patin/Keli Masak Tempoyak. Sedap.. Sebenarnya, aku tak tahu jenis ikan yang mak aku selalu masak. Janji kenyang. Hahha! Ibu korang selalu masak apa pagi-pagi?? Kalau mak aku,biasa-biasa je. Hehe.

Makanan yang aku suka makan siang dan malam adalah ikan kembung goreng dan budu. Tambah nasi la.. Sedap dan menyelerakan.. Fuh! Kalau ada tempoyak,jering dan kerdas.. Lagi syok.. Nikmatnya macam malam..malam bulan mengambang. Haha. (korang ingat nikmat malam pertama je ke best?).

Oklah..Nak pi terjah dapur..Ada apa ye??? Joooooooom!


Pssst..: orang bandar makan KFC Dan McDonald kan? Makanan tradisional pun dah lupa.. Masih adakah yang begitu? Huhuuhu.

11 comments:

Mrs. Q! berkata...

entri kita pg ala-ala sama la bunyinya
hee

http://rumah4tingkat.blogspot.com/2010/12/selamat-pagi-mulakan-hari-dengan.html

Fizfai berkata...

ehe, mkn x ajk org.. huhuhu

ardinihumaira berkata...

uiyyyoo nasik kerabu kegemaran :D

Amir Izzat berkata...

@Kie-yuLaa..sama ke? sama tapi tak serupa..haha

Amir Izzat berkata...

@Ciki.jom makan..ajak la nie..haha

efa berkata...

wo..pepagi dh makan nasi kerabu?uish..best plak..sedap kan nasi kerabu..yumm...makan nasi kerabu tak buh budu sedap tak?hehehe..makan tradisional mna leh lupa..tak ptut kalo lpa la...

Amir Izzat berkata...

@efa..itu dulu la..hahha..sekrg makan nasi goreng je..hehhee.. nasi kerabu xletak budu mana sedap..kena letak gak..

p/s: betul3.. :)

Ain Zulaikha berkata...

saya sarapan tak makan apa2 minum air milo je.. hehe

sedap kot kfc kalau nak buat sarapan, kaya betul la orang gitu hehe

tengkorakemas berkata...

hehe aku bab2 ikan tu aku kena tanya dulula "mak masak ikan apa ni"

melainkan ikan kembung senangla nak tau haha

masakan kampung masih lagi sedap, tapi kalau nak gabung ok juga..

ayam kfc dgn sambal belacan..pergh..ada berani? :D

Hasrol Nizam berkata...

kad pengenalan ni memang, kita tak tau bila rosak..tup2 time nak buat urusan dekat bank, or benda penting2 baru tau rosak..leceh2..

hans berkata...

mak aih
pagi2 makan berat dah yer

P/S : Hikayat Merong Mahawangsa Nih Main - Main Lah Dengan Aku! Kenapa Aku Tak Jemu Menonton Filem P.Ramlee?

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??