Pada suatu petang yang indah. Aku tiba di pusat bank Maybank di Wisma Satok bersama ayahku.
Hajat dihati ingin membuka akaun sendiri untuk aku yang memang tiada akaun bank. Dulu ada atas nama ayah la. Setibanya disana aku terus kaunter.
"Cik..saya nak buat akaun bank ni.."
*Sebelum aku soal pekerja Maybank tue. Aku terkesima sekejap. Beliau memakai tudung tetapi diatasnya ada topi santau claus. Hairan..Hairan. Tanpa memikirkan pasal itu.
Dia pun menjawap soalan aku tadi.
"Okay..I/c ada bawak tak? Salinan I/C? Sijil lahir?.."
"Sijil lahir? Tak bawak..I/C ada.."
"Okay..sila bagi I/C sebentar.."
Aku pun bagi la kad pengenalan aku dekat beliau. Aku lihat kad pengenalanku dicucuk pada suatu benda. Selepas itu, beliau menggunakan pemadam untuk memadam di atas cip kat kad pengenalan ku.
*apakebendanya dia buat tue? (aku tau sebenarnya..cip aku berkarat...haha)
Selepas itu,beliau cuba selagi lagi.. Cucuk punya cucuk..
"Maaf En,. Kad pengenalan nie rosak... Jadi, datang lain kali bawak...bla...bla..blaa.."
* Pusing kembali di dalam ketika perasaan aku keciwa.
Kataku di dalam hati
"Ini semua salah JPN Laa..I/C baru je buat.. Cepat sangat rosak.. Kerajaan punya pasal lah.."
Aik..Kenapa aku salahkan JPN dan kerajaan?
Ini sebabnya.
1. Kad pengenalan yang dikenali sebagai Maykad ini tidak kukuh. (kalau kukuh..mesti letak dalam dompet takkan tercalar,kan?)
2. Cik kad pengenalan mudah rokak. (kerajaan nak jimat kos ke buat cip murah?)
Itulah sebahagian sebabnya. Andai aku nyatakan semua nanti kena saman dengan kerajaan. Siapa mahu tanggung?
Jujur ar aku cakap..Aku dah jaga elok-elok..Tup! Tup! Hendak buat akaun bank..tak dapat..Kecewa beb. entah berapa lama lagi kena tunggu kad pengenalan siap. Dah la jiwa raga malas nak naik turun bangunan..Terpaksa la buat esok.
12 comments:
samela dgn masalah aku..nk g wt akaun mybank dh tk ley dh.. kena g jpn buat baru..
oh...MyKAD, memang senang rosak kalau ko letak IC dekat dengan magnet.. sama cam kad bank la, depend pada penggunaan, aku dulu pun cam ko gak, lagi tension..
em, my suggestion, ko pergi Maybank yang berhampiran rumah kau, bawak IC, dan bil telefon/letrik. Dulu aku masa buat kad buat camtu gak.
tapi, pengalaman aku jadi lagi teruk.. meh baca kat sini.. http://goo.gl/KRKp
hohohoh
tahu xpe
kad aku bila letak dlm dompet lama2 dah jadi lembik jer
sikit lagi nk terbelah 2 o.O
sabar je la...dulu pun kene jgk mcm nie...
aku dah berapa juta kali dahh dok buat ic, tapi bukan sebab salah dorng, slah aku..... hahahha!
:) :) :)
aku pun baru tukar jugak.. hehehe pasal kes yang sama..
terbaeekkk!!!
haha tengok macam aku. ic simpan dalam dompet tak penah keluar pun. setahun 2 3 kali je keluar. simpan je. elok lagi macam baru dapat :p
stuju amir...akak pun br tukar gak...takla baru tp tukar jugak...kes akak plastik dia terkoyak plak. mcm laminate biase je bleh koyak koyak hehhee, ok fine akak salahkan diri sendiri la kot kot tak reti jaga kan....alih2 dah siap nih, cip dah start berkarat dah...tapi setakat ni, kalau urusan ape2 kali eprtama scan mesti tak dapat, lepas gune pemadam baru ok....ummm jgn la kena buat baru malas owh...
@OmarCip Mykad tidak ada masalah kalau terkena magnet cuma kalau kad yang mempunyai jalur magnet sahaja bermasalah
Saya biasanya asingkan IC Mykad tidak letak dalam dompet dan saya guna dompet khas untuk mykad cuma pengamatan saya mykad mudah terkopek walaupun dijaga dengan baik.
Terus terang memang leceh kalau berurusan apabila menggunakan bacaan cip mykad. Mungkin kerjaan kena fikir alternatif lain supaya urusan dipermudahkan.
Tak dapat bayangkan kesan apabila kerajaan syorkan candangan pengunaan mykad untuk membeli minyak hanya kerana nak beza warga tempatan dan warga asing ketika membeli minyak di stesen pam minyak tempatan
tu nmanya kerajaan `berniaga`.kerajaan buat duit atas rakyat.kita ni jadik kustomer.kos satu kad tu baru berapa.nak buat kad tu kos dia berapa.satu kad untung berapa ringgit.takde IC takde pilihan.tu satu kesalahan.kalau hilang@samun mmg kena ganti jugak.sifat bende elektronik:
1)mmg tak tahan lama.belilah 1 juta pun.dah namanya elektronik...sekejap je la.
2)technology kekadang keluar baru.biasa dalam tempoh less 10 tahun.ada tech baru.tech baru akan fix masalah sedia ada.dan improve all quality dan performance...aku really sure bende ni BUKAN FREE mungkin akan ada package upgrade atau apa.so nak kena $$$$$$ lagi.
3)Elektronik sifat dia bersepadu.dan together.tukar sini itu kena tukar.padahal yang rosak sini.
Sifat kad pengenalan mmg mudah hilang.mudah rosak.perbuatan memasukkan cip dalam mykad tu perbuatan `tak bertanggungjawab`.bende tak hilang ada kat tangan tapi cip tu rosak.nak tak nak kena buat baru.kan menyusahkan tu.kena yang gaji RM 10000 sebulan takpe la.ni kalau kena yang berpendapatan rendah...tak ke zalim nama tu?
konon nakk jadik macam negara barat.nak show off negara dah maju merdeka 50 tahun.nak bercip bagai.padahal negara tak besar mana pun.kecik je.nak kata rakyat semua kaya raya...tak jugak.semua pendapatan sederhana.ada tu kais pagi makan pagi.kais petang makan petang.
aku tak tahu generasi yang 10 tahun akan datang nak hidup macam mana.serba serbi atas bawah kiri kanan depan belakang duit duit duit duit dan duit.ingatkan dah merdeka 50 tahun ringanlah sikit kepala otak.bolehlah hidup peace of mind...nak mati pun takde la risau....
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??