Lihatlah keyworkd ini? Apa perasaan anda? Keyword ini melekat pada blog Sekadar Berkongsi(sila klik).
Apa yang hendak aku tunjukkan disini ialah betapa ramainya manusia-manusia di luar sana mencari video adik beradik buat seks ini. Ramai bukan? Salah siapakah??? Pada aku..ini semua salah Harian Metro.
Aku tidak pasti bagaimana Harian Metro mendapatkan video seks adik beradik ini tetapi daripada apa yang aku baca dua orang adik beradik ini berasal dari Pinang kan? Beragama Islam kah mereka? Pasti ke mereka dari Malaysia?? Hairan..hairan...
Andai berita yang disiarkan ini tidak benar, sudah pasti akan memberikan tanggapan negatif pihak lain terhadap masyarakat kita. Kurang bijakkah pihak Harian Metro?
Bagi aku kan..tidak usah la siarkan berita sebegini. MENYAMPAH aku!! Nak tahu tak..pabila aku baca Harian Metro yang selalu menyiarkan 'cerita lucah' aku jadi segan..segan pabila membacanya didepan ahli keluarga...Hish! Sudah nak cakap...
Ok! Biarlah kita kata cerita ini betul. Jadi, dimanakah video klipnya? Dekat mana nak muaturun? Alaa..takkan la pihak Harian Metro saja yang layan? Mana boleh... Kongsi ar sikit.. Kan? (fikir negatif)
Cukuplah...Cukup.. Aduhai.. Nak lariskan akhbar pun biarlah berpada-pada.
Pssst...siapa yang runtuh akhlak sebenarnya????
Andai benar. Faktor yang mendorong berlakunya hal sebegini.
1. Internet (anda fikir kenapa)
2. Komputer/laptop (anda fikir bagaimana)
3. Ibubapa ( tiada pemantauaan)
4. Didikan (didikan agama yang lemah)
Tapi kan..Kata Cikgu Shukor yang mengajar subjek Sivik kelasku ketika kami sedang berbincang tentang masalah sosial yang menyebabkan perempuan mengandung.
Cikgu Shuhor mempersoalkan..
" Siapa yang salah dalam hal ini(sampai gadis itu mengandung)? Ibubapa? Pihak lelaki? Si gadis? Atau mereka semua?
Diringkaskan...Cikgu shuhor kata..
"tiada siapa yang salah kerana mereka semua pasti akan salahkan tuhan."
Betul tak? Pasti mereka salahkan tuhan padahal ia berpunca dari perbuatan mereka. Sebenarnya aku belum faham lagi kata-kata Cikgu Shuhor.. Adakah korang faham?
Jadi,siapa yang salah?
Oh Harian Metro. Yang duk pi sebar sebar itu kenapa?????
Jadi,siapa yang salah?
Oh Harian Metro. Yang duk pi sebar sebar itu kenapa?????
Nota:
1. Sila baca pendapat blogger Cikgu Dahlia.
- betullah kata cikgu Dahlia..memang ramai yang mencari kisah ini.
7 comments:
semua orang mencari modal, kot?
@Irwanentah ar nak cakap apa... huhu..teruk...teruk...
serabut aku tgok masalah2 macam tu
P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans
@hans..tak pa2..ko rileks je..ak sedang marah nie..hahah.. mmg serabut..huhu
bila tersebar memang ramai yg cari..mcm gak pengarah filem yg cakap nak sedarkan masyarakat..tapi yg menonton ada juga yg nak ikut..
aku rasa maksud Cikgu Shukor tu..manusia salahkan takdir di akhirnya..
amir.. memang serabut la metro ni... wani pun segan nk baca dpn family kalau ada cerita2 mcm tu... haisyy.. malaysia2...
salam, kat malaysia nih,kalau ada klip video nih,mmg salahkah budak2 w/p umur 10 tahun! kalau tgk channel CI astro,kat negara maju waima kat myammar pun,depa akan track down sampai lubang cacing asal klip macam nih kerana akta pornografi kanak2! sindiket pornografi didalangi fidofilia yang menjual klip kpd pelanggan tertentu !logik dlm islam pun,
kanak2 fitrahnya takkan tahu buat lucah jika tak diajar/arah/paksa oleh org dewasa,maka kanak2 ini adalah mangsa dan kita sbg pembaca diantaranya mungkin polis,menteri waima wartawan sendiri (di malaysia ni) hanya akan jadi tukang baca dan ulas saja tanpa bertindak menyelamatkan keadaan.saya berdoa agar kanak2 terlibat sindiket begini cepat2 diselamatkan dan di kaunsel supaya dpaat hidup normal.aminnnn
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??