Sinopsis Tempatkan Dia Di Syurga | Drama TV2| Telemovie Khas Maal Hijrah 2010

Sinopsis Drama Tempatkan Dia Di Syurga

Kisahnya berlegar sekitar watak kehidupan seorang wanita bernama Salmah yang tertekan akibat pergolakan dengan suaminya dikenali sebagai Zakir. Malah situasi itu turut mengheret sama emosi anak tunggal mereka, Saliza gara-gara angkara si ayah yang tidak bertanggungjawab itu.

Begitu pada masa yang sama, seorang pemuda sekampung dengan Salmah bernama Wahab ternyata masih menaruh harapan terhadapnya. Kesempatan yang ada digunakan sepenuhnya apabila secara tidak sengaja bertemu dengan Saliza yang berkelana di Kuala Lumpur untuk mencari jejak suaminya di bandar besar itu.

Ketika di Kuala Lumpur, Salimah bertengkar dengan suaminya itu. Namun secara tidak sengaja, Salimah telah tertikam Zakir ketika mereka bergaduh. Insiden itu menyebabkan Salimah ditahan dilokap dan dipenjarakan.

Dua tahun berlalu tiba masanya Salimah dibebaskan. Ketika itu hanya satu dalam fikirannya untuk mencari anaknya Saliza yang telah diamanahkan kepada jirannya yang hanya dikenali sebagai Mona. Salimah buntu memikirkan cara untuk menjejaki semula anaknya itu.

Tanpa diduga takdir telah menemukan semula kedua beranak itu. Namun keduanya dipertemukan dengan cara yang menyedihkan. Hancur luluh hati Salimah sebagai seorang ibu apabila mengetahui anaknya diperangkap untuk menjadi seorang pelacur.

Lalu Salimah cuba menyelamatkan anaknya itu hingga menyebabkan nyawanya sendiri terancam. Pada situasi genting itu mampukah Saliza diselamatkan? Bagaimana pula cara Salimah mahu memperjuangkan haknya sebagai ibu dalam memperjuangkan nyawa anak tersayang?

Dibintangi pelakon Tasha Aziz, Hasnul Rahmat, Fauzi Nawawi, Siti Surya Suryani, Liza Zain, Shaharudin Thamby dan Fadilah Mansor.-sumber budiey.com

Telemovie khas Maal Hijrah ini telah ditayangkan pada 7 Disember 2010, jam 10 malam.

Nota: Rugi tiada siapa yang tengok. Apa perasaan korang bila menonton telemovie ini?

1 comments:

nur diana berkata...

da lame cari citer ni

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??