Sinopsis Filem Aku Masih Dara | Adakah Sesuai Ditonton Bersama Keluarga?


Sinopsis Filem Aku Masih Masih Dara

Nasi lemak berap ringgit ni brader?


Aku Masih Dara' mengisahkan Sofea, Aleesya (Yana Shamsuddin) dan Hani (Diana Amir) yang bersahabat baik dan mempunyai latar belakang keluarga yang berbeza. Sofea adalah anak kacukan yang tidak dididik dengan cara Islam kerana ibu dan bapanya mengamalkan cara hidup barat.

Aleesya pula mempunyai didikan agama asas di mana dia tahu dan pandai menunaikan solat dan mengaji. Sementara Hani pula dilahirkan dalam keluarga yang serba kekurangan.

Seperti kebanyakan remaja sekarang ini, ketiga-tiga sahabat ini suka menghabiskan masa dengan berparti di kelab. Namun, kehadiran sepupu Aleesya, iaitu Firdaus telah membuatkan Sofea mula tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Sofea mula belajar mengaji dan solat. Malah, dia juga menukar penampilannya dengan bertudung.

Perubahan yang dilakukan Sofea ini bagaimanapun menimbulkan rasa kurang senang kepada Aleesya dan Hani. Mereka mula memboikot Sofea dan menuduh Sofea berbuat demikian hanya kerana mahukan Ashraf sebagai teman lelaki. Satu insiden telah menyatukan ketiga-tiga sahabat ini semula. Jadi, anda perlu cari jawapannya di pawagam berhampiran.

Kata-kata:

"Aku Masih Dara" merupakan filem yang berteraskan dakwah arahan Ahmad Idham memang bagus. Apa yang aku lihat berdasarkan trealer(betul ke eja?) filem ini memang bagus. Dari seorang gadis(sofea) yang liar menjadi seorang gadis yang kembali ke jalan yang benar.

Tetapi..apa yang aku bimbang.. sesuai ke tidak filem ini ditonton bersama keluarga? Iya la kan, sebagai filem yang dibuat untuk memberi pengajaran mestilah hendak ditonton bersama keluarga. Apa yang aku lihat(contohnya gambar diatas) terdapat adengan di dalam kelab malam. Pelakon memakai pakaian yang mendedahkan aurat..

Aku tahu sebagai pelakon mestilah kena ikut skrip dia tapi kan..Rasa macam tak kena caranya. Entah la..Nantilah aku tengok filem nie.. Sesuai ke tidak.. Tapi aku tengok gambar(diatas) tu..macam seksi je? Macam je....Huhu

Mesti ada yang kata.

"Bro, takkan la pergi kelab malam pakai baju kurung?"

Aku jawap

"Banyak lagi caranya hendak berdakwah.." kan? kan?

Ops! Maaf..aku bukan nak tunjuk baik atau nak berdakwah disini.. Tak pasal-pasal kena saman dengan Jakim sebab tiada lesen hendak berdakwah.

Nantilah..kita tengok ini filem..Selepas itu baru kita komen. Kan? kan? Tapi..haram tetap haram..aurat tetap aurat..

Pasti ada yang jawap.

"Alaa..macam kau tak pernah tengok blue.."

Entah..Haha..inilah akibat bisikan syaitan yang akan melagakan umat Nabi Adam..kan?

Nota: Sudah tengok filem The Town?

7 comments:

hans berkata...

kalau keluarga tu pandai terangkan perkara yang betul dekat anak2 yg masih kecil rasa2 xsalah

P/S : Mari Memasak Laksa Sarawak Bersama Chef Hans

Hasrol Nizam berkata...

em.eja salah tu. trailer act..

aku tak beberapa setuju sgt filem dakwah bercorak macam ni.. mungkin sama je macam filem rempit, konon2 nak sedarkan mat rempit kat luar sana. tapi aku rasa byk influence -ve dari +ve pada budak remaja.

entah la. aku tak tengok lagi cerita ni. ni pandangan awal aku je.. kalau lepas tengok mungkin berubah.

nanti aku nak tag ko dalam contest giveaway, tapi tengah odw siapkan entri ni. :D

Pendapat anda?
blog Serol-Nizam

Belalang hijau Perisik berkata...

same la pendapat dgn kamu...
nanti kita tengok kita review skali lagi...

PointBlankShot berkata...

aku dah tengok semalam. macam hampeh. aku rasa movie ni macam bukan arahan ahmad idham sebab jalan cerita terlampau lemah.

movie ni banyak guna sex appeal nak attract orang pergi tengok. kalau kau nak tau pandangan honest aku pasal movie ni sila2 lah baca kat blog aku.

http://muehmueh.blogspot.com/2010/12/semalam-aku-pergi-tengok-wayang-2-aku.html

ijatnuar87 berkata...

niat tak menghalalkan cara...mmg btol niat pengarah tu,tapi cara dier menyampaikan niatnyer tu agak keterlaluan....

nurayunni berkata...

tajuk pun da kira lucah...

Tanpa Nama berkata...

dalam pada berdakwah ada jigak dia macam nak tunjuk cara...contohnya tutup love bite pakai tudung tu

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??