Seronok Ke Pakai Domain? Aku Blogger Beremosi? | Oh Tidak!

Semalam aku bertukar ke domain sendiri.  www.amirizzat.com. Sila rujuk entri ini.

Sebenarnya aku pening sikit selepas tukar domain.

Pening sebab aku tidak tahu perkara apakah yang perlu aku lakukan selepas menukar domain.

Benda yang aku sudah buat.

1. Tukar RSS.
2. Tukar url dekat Nuffnang.

Itu sahajalah. Atau ada yang perlu aku lakukan? Barangsesiapa yang mahir dalam hal ini. Sila bantu aku ye.

Berbalik kepada topik asal. Seronok ke pakai domain?

Entah ar. Bagi aku seronok. Syok sendiri. Haha. Bukannya apa, selepas tukar domain ini rasa bersemangat la sikit. Lagipun, domain bukannya mahal sangat pun. RM30 sahaja tidak termasuk hosting. Hosting tu apa? Hosting itu macam rumah kita la menurut Borak Kosong. Tetapi aku belum bersedia untuk membeli hosting. Banyak lagi yang perlu aku belajar. 

"Banyak lagi yang perlu aku belajar?" Yup, sebab aku bukan otai.. Haha.

Ok! Ok! Domain ini aku beli daripada Ihosterz selepas disyorkan oleh Borak Kosong. Baik betul abang Borak Kosong ye. Hehe.

Jadi, kepada sesiapa yang ingin menukar domain boleh la pilih sekarang. Aduh..Merapu bab lain pulak. Berbalik lagi kepada topik asal kita. Dengan bertukar domain ini kita akan rasa;

1. Seronok dan semangat berkobar-kobar.
2. Rasa hendak update sepanjang masa (aku bukan  otai. Haha)
3. Angan-angan nak pakai domain sudah tercapai.

Tapi kan... 

Hati aku terdetik.

"Kenapa aku rasa macam biasa je pakai domain nie?"

Jawap satu suara.

" Dah kau blogger picisan..Kau tak femes..Tak dak orang perasaan pun kau tukar domain. Hahahaha( gelak setan)"

Oh..ya tak ya jugak. Hurm..Aku sedar.. Hahah.

"Eh! Apasal kau tacing-tacing ni Amir?"

Bukannya aku tacing cuma aku..aku layan perasaan je.

" Ekeleh! Kalau hendak jadi blogger yang berjaya. Mesti ada kekuatan mental. Jangan mudah tacing-tacing. Sikit tacing.. Baik berhenti jadi blogger.."

Okeyh bos! InsyaAllah aku tidak akan mudah beremosi macam perempuan yang kehilangan teman lelaki. ( kena tinggal teman lelaki macam mati bini.. hehe)

Tapi kan..kadang-kadang aku pasrah jugak.'

"Cukup-cukup lah tue Amir..pi buat kerja lain..selepas ini update benda lain.."

Ok laaa... Buat hal sendiri lagi bagus kan?

9 comments:

Fizfai berkata...

hey, mcm2 da...

akubiomed berkata...

Tindakan yang berani kerana mengunakan domain sendiri lepas ni pula sewa hosting

hahazirahas berkata...

kalau pkai domain sndiri msti best. rase mcm blog ni 100% milik kita tanpa [dot]blogspot tu. tp wat mse ni x mampu lg la. bersyukur dgn ape yg ade. hehee~

Raji and Yeen berkata...

hohohoh
rasa nikmat ad domain sndri XD
cmbest jer dot com ;P

tengkorakemas berkata...

pergh...sowila Amir, baru perasan daa..lambat update tentang berita ko ni, dah pakai domain tu..

fuh, moga makin mantap lepas ni hehe

Unknown berkata...

first time kot komen kat sini..

er..nak tanya..beli domain kat situ bayar berapa ringgit setahun?

>>Kalau sudi singgah le masterfaiz.com

Hasrol Nizam berkata...

tahniah2 dah ada domain sendiri.. :)
bertambah2 semangat la ni kan

muhammad iqbal hakimi bin tahir berkata...

tahniah lorh dah pakai domain..aku cam xtahu sgt benda alah nie apa..cuma kalau dapat pakai tu cam kita dah naek satu level dalam dunia maya nie..hehe

Tilam berkata...

salam perkenalan..saya baru lagi di sini...signup blog dah lama...aktif baru tahun ni...

baru2 ni ada beli domain dan hosting utk blog lagi satu, tapi haram tak tau nk pasang...hahaha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??