Pertandingan Tiru Gaya Artis Anugerah Juara Lagu 1986 - 2009 | TV3

Tiru gaya artis dari A Juara Lagu 1986 hingga 2009 dan berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM5000!! Hanya 10 peserta akan berjaya ke pusingan akhir & Malaysia akan mengundi siapa yang akan dinobatkan sebagai juara. Peserta haruslah kreatif, berbakat & menghiburkan. Tarikh penyertaan adalah dari 15 Dec 2010 dan tarikh tutup pada 29 Dec 2010 (jam 12 tengah hari).





TERMA DAN SYARAT

Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
Berumur di 8 tahun ke atas (bawah umur 12 tahun mestilah mendapatkan pengesahan dari ibu bapa)



Peserta mestilah menyanyi atau tiru gaya artis hanya dari Anugreah Juara Lagu dari tahun 1986 hingga 2009 sahaja


Pihak TV3 mempunyai hak untuk membatalkan atau menolak sebarang permohonan jika didapati maklumat yang diberikan oleh peserta adalah tidak benar.



Terbuka kepada mereka yang berstatus bujang atau berkahwin.



Peserta mestilah tidak mempunyai sebarang rekod jenayah atau penyalahgunaan dadah.



Keputusan yang dikeluarkan oleh TV3 untuk ujibakat ini adalah muktamad.


Pihak TV3 tidak akan bertanggungjawab di atas kemalangan,kecederaan atau kematian sepanjang pertandingan ini berlangsung.


Pihak TV3 mempunyai kuasa untuk meminda sebarang syarat yang ditetapkan megikut budi bicara atau situasi.


Peserta mestilah bersetuju menyerahkan semua hak penyiaran kepada TV3 berhubung apa sahaja bentuk video yang telah dihantar menerusi email atau url di tv3ajl25@gmail.com atau yang telah di muat turun menerusi www.tv3.com.my/ajl25 bagi tujuan promosi secara menyeluruh dalam apa jua media.

Hanya 10 perserta akan di pilih ke pusingan akhir.



Juara akan di pilih menerusi 70% undian online & 30% undian dari pihak juri TV3

Malaysia akan mula mengundi untuk video terbaik dari 30 Dec 2010 hingga 9 Januari 2011 (jam 12 tengah hari)



Sekiranya anda di pilih untuk ke pusingan akhir Top 10 - Kesemua Top 10 akan di jemput ke Anugerah Juara Lagu ke 25 pada 9 Januri 2010 (8 malam) untuk ketahui siapa yang bakal di nobatkan sebagai juara. Anda juga dikehendaki berpakaian kemas dan sesuai untuk Anugreah Juara Lagu 25. Peserta dilarang berpakaian, menjolok mata,berselipar dan berseluar pendek sewkatu Anugerah Juara Lagu 25



Copyright © 2010 TV3. All Rights Reserved.

Sumber: tv3.com.my

Ucapan:

Pertandingan Tiru Gaya Artis Anugerah Juara Lagu.Wah! Bagus nie. Barangsesiapa yang berbakat besor boleh la menyertai pertandingan nie. Agak-agak macam mana la rupanya diorang yang menyertai ni? Hehehe..  

Untuk ketahui lebih lanjut. Lebih baik pergi ke sini. http://apps.tv3.com.my/ajl25/

1 comments:

dari kelate ke copenhagen berkata...

hmmm..macam2 pertandingan ade skrang nie

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??