Oii! Trafik Blog Aku Tinggi La. Tapi Aku Bukan Blogger Otai..Berlagak Kan Aku?



"Wahai sekalian makhluk! Trafik aku sejak kebelakangan ini tinggi. Hebat kan aku! Hahahahaha!!" berkata dengan nada riak.

Selepas itu kedengaran satu suara.

" Hey kamu..ingatlah Tuhan sikit. Trafik yang tinggi itu belum mampu menanggung kamu di akhirat kelak" 

Hahahha! Jeng..jeng! Aku bukan riak lah. Sesaja je. Ok! Ok! Semalam aku ada buat satu percubaan SEO. Memang aku selalu bermain SEO. Cuma korang sahaja yang tidak tahu. Seronok kan bila dapat trafik macam ni? Aku kira terbaik la tetapi sebelum ini lagi baik kerana pernah mencecah 1000 UV sehari. 

Sejak aku malas nak menaip.. Turun la sikit. Ok! Korang tahu tak apa yang seronok bila trafik tinggi? Nilai buffered earnings bertambah banyak la. Tapi kan..dalam Uv 700 tue..BE aku bertambah RM4. Kalau hari-hari dapat macam gini.. Kaya aku...

Haha. Biasa ar aku nie jenis yang gilakan duit. Tanpa duit aku tak dapat beli DSLR. Hurm..macam mana aku dapat trafik gini? Aku bermain SEO la . Nak tahu apa itu SEO? Carik sendiri. Hehe

Oh ya! Aku bukan blogger otai..Baru je blogging nie. Aku pun bukan blogger femes. Haha.Janji usaha bak kata blogger sorang tu.  

Kalaulah blogger otai buat entri pasal trafik. Fulamak! Puji memanjang..

Kalau blogger picisan macam aku. Siapa yang baca? Tiada . Sebab itu aku pi rasuah sesetengah orang suruh masuk blog aku.. Paksa diorang baca. Haha. Kejam kan aku?

Oh ya! Ada orang baca ke tak nie? Tak apa la..Janji aku layan sorang..Tapi aku perlukan komen...kan? Trafik nak jugak..komen pun nak jugak..Kawan blogger pun nak jugak. Hehe..

Jujur ar aku cakap disini.. Bila dapat trafik 700UV. Kita mesti nak lebih..Dan Lebih..Erti kata lain..Kita tak puas,kan?? Jadi, aku bersyukur dengan apa yang ada cuma aku tunggu Buffered Earnings kedua je. Satu dah ada..

Untuk pengetahuan korang, untuk dapat Buffered Earnings ini bukan daripada trafik yang tinggi dan berjuta-juta tetapi melalui kaedah yang lain. Nak tahu tak? Aku rasa korang dah tahu. 

Apa? Belum tahu.. Malas ar nak kasitahu. Aku takut salah nanti..kan blogger-blogger otai serta femes marah aku. Hahah! Ok?


Nak tips tak? Hurm..tapi tips aku ni tips murahan je. Boleh dibuang ke dalam tong sampah.

Tipsnya.

Nak dapat trafik tinggi.. korang kena rajin. Itu sahaja. Terima kasih. haha

Nota:

1.Aku benci komen yang terlebih memuji. Macam hipokrit.
2. Dah lama la anon tak kutuk aku.
3. Aku blogger picisan..yang terpinggir di tepi pantai.(sekadar di pinggiran Ben Ashaari.Hehe)

Kata Bro Hans.. "Saya Hensem , Saya Okay!" Hahahahahahha!

9 comments:

Fizfai berkata...

uhasa tangga kjayaan... hoho

Artzlizan berkata...

mir...ko ni dah kire tahap otai dah...hehehe

Unknown berkata...

cett.. punyalah excited aku baca, rupanya tips dia rajin je.. haha

jeles aku ngan ko.. nak dapat 700 views pun susah, inikan lagi uv..

mknace unlimited berkata...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

Hasrol Nizam berkata...

aku malas..macam mana? hehe..

Ain Zulaikha berkata...

wahhh ni mesti rajin BW ni.. hehe sy BW pun tak tentu, trafik tak macam amir, trafikk sy paling byk pun 400 je.. dah jarang BW sampai lewat malam.. huhu

tengkorakemas berkata...

aku dah letak nuff wei! haha
tapi fokus nak dapatkan status gliterrati dulu XD

-anggap ini komen anon..XD

TRUE LOVE PHOTOGRAPHY berkata...

waa..dahsyat amir..tahniah..

Unknown berkata...

dasyat..hustler nie..hehe

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??