Pagi tadi, aku bukak la akaun Nuffnang untuk menyemak analitik aku. Tapi jadi lain pulak,analitik aku tidak memaparkan apa-apa. Kosong sahaja atau lebih tepat tiada rekod. Selepas itu aku tengok lah earning aku. Fulamak! Terkejut beruk aku.
Korang dapat lihat gambar di atas kan yang menunjukkan jumlah semasa RM230.54. Tetapi yang sebenarnya...
Ha, jadi begini. Semalam nilai yang ditunjukkan okay sahaja tetapi hari ini lain macam je. Jadi, aku pun hantarlah pertanyaan kepada pihak Nuffang dan mendapat email balas.
Huh? Selewat lewatnya 13 Disember?? Pelik nie... Aku pun berfikir la.Mungkin Nuffnang belum mengemaskini sistem dia cuma apa yang hendak aku persoalkan disini. Mengapa nilai wang aku jadi begitu? Semua buffered earning dan metered earning hilang.
Hancurnya hatiku.. Iyalah, cuba korang bayangkan aku sudah kumpul selama 5 bulan. Ingatkan hendak la cashout hujung bulan nie pakai beli DSLR tetapi??? Argh! Luluhnya hatiku mengenangkanmu.
Aku harap nilai wang akan menjadi seperti biasa namun aku tahu aku tidak akan kaya dengan melanggan Nuffnang sahaja. Sekurang-sekurangnya RM 230.54 itu duit bukan? Duit tetapi duit...
Walaubagaimanapun, ada sesiapa yang pernah alami macam aku punya? Setahu aku, En Mazidul pun telah alami. Jom baca entrinya pula disini.
Nota: Keciwa ......
3 comments:
waahh best nya dah ada earning..aku ni haram..tgu lagi 2 3 taun kot.huuh
weird jugak boleh jadi camni..
boleh kena sama Nuffnang kalo camni.
dah sampai masa kita gulingkan nuffnang kot. ngehhh...=p
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??