My Url Story Contest


Di saat aku sedang memikirkan nama yang terbaik untuk url blog ku. Muncul satu nama yang tidak pernah ada dalam nama-nama perempuan.

"Amir Izzat?" nama ini mula muncul dalam kotak pemikiran aku yang genius kalahkan beruk di hutan. Bak kata pepatah. Anak kera di rumah disusukan. Anak beruk di hutan, minum air cola. Mana best. Aik! Salah pulak. Anak kera di hutan diberi susu, anak di rumah mati kelaparan. (perlu dijelas nanti ada yang buat karangan guna benda nie. Mampuih aku).

Ok! Nama Amir Izzat. Dari mana muncul nya nama ini. Ok! Kisahnya begini.

Satu hari pada malam yang indah. Angin yang sepoi-sepoi datang..bunyi cenggerik mula kedengaran. 

"Sungguh sejuk malam ini ye bang?" tanya seorang isteri pada seorang suami dan juga kekasih hati.

" Lupakan saja sayang..Marilah kita menikmati malam yang indah ini.." jawap si suami.

Selepas itu, mereka pun melakukan.. Ehem! Ehem! Bak kata Kereta Mayat. Setelah mereka berlaga lubang kencing (lucah ke?). *iklan. "Oooh! Terasa nikmatnya ..tidak terhingga. Hahaha! Maka terjadilah satu trasformasi satu Malaysia. Eh! Tersasur la pulak. Inilah jadi apabila aku rakyat Malaysia yang jiwa satu Malaysia. Hahaha!

Ok! Trasformasi itu apabila sperma berjumpa dengan ovari. Dari berjuta-juta sperma itu. Hanya satu sahaja yang berjaya masuk ke dalam ovari. Nak tahu siapa? Aku lah tu. Hahaha!

Kemudian, selepas 9 bulan. Aku pun lahir. Macam mana aku lahir? Nak tahu tak..keluar dari perut mak aku lah. Haha! Dari lobang... (bahaya wa cakap lu.kan kena saman baru tau)

"Allahuakbarullahuakbar.." ayahku mengazankan aku di telinga kanan.

Selepas itu, pening ayah aku nak fikir nama apakah yang sesuai. Macam-macam mana beliau fikir. Apa beliau fikir? Pi tanya sendiri. Hahaha! Mana den tau.

Akhir sekali, Nama Amirull Izzat juga yang diberi. 

"Ohh! Patut la nama Amir Izzat" korang pun kata begitu.

Tau pun! Macam itulah. Amir singkatan kepada Amirull. Izzat singkatan kepada Izzat. eh! Ada yang singkat singkat ke?  Singkat nama tak apa. Jangan singkat kain nanti nampak...Rama-rama (kawan aku cakap lah!) Hahaha!

Ok! Berbalik kepada dunia teknologi yang blog sudah maju.

Fikir punya fikir. Aku letak url pertama blog aku.


Aku letak ni tau mula-mula. Tapi tak dapat. Blogspot tak izinkan aku... HUhu.

Jadi, aku berfikir dua tiga kali. Apa yang sesuai ye.

Oh ya! Cuba letak yang ini lah.

http://amizzat.blogspot.com.

Tara!! Dapatlah. Jadi,kekal lah url itu pada blogku.

Eh! Belum habis lagi, kena AMIZZAT. Okeyh! Ami nama panggilan orang kat ayah aku. Aku sayang ayah aku jadi aku letak. Izzat masih nama aku. Hak milik kekal abadi. Haha!

Kemudian, selepas beberapa hari berblogging. (tipu ni)

Aku pun dengan beraninya menukar ke domain sendiri seperti yang korang lihat sekarang iaitu www.amirizzat.com. Atas nama aku sendiri. Nama samaran. Nama sebenar Amirull (pemimpin). 

Oh ya! Lupa nak bagitau dari mana aku dapat domain ni. Domain ini dibeli dengan harga yang murah daripada IhosterZ. Bak kata Amy search..berbaloi-baloi..Hahhaaha!

"Apa? Korang ingat aku tak da duit ke nak beli domain?" berkata dengan bangga sambil hidung kembang kempis. Hahah!

Sila ketawa. Aku buat lawak ni. 

"Cis. korang ni dah hilang urat kentut ke tak ketawa" huhuh.

Sebenarnya aku hendak pakai nama www.amirullizzat.com tapi malas la. Aku nak menyamar. Yang sedap menaip ini bukan amirull tapi Amir. Korang faham tak? Hahahha!

Dah habis daaa...

Maka tamatlah kisah pak pandir yang jadi mati janda... Ok! EH! Baru perasaan. kisah pak pandir apa nya? Ini kisah den. Maka tamatlah kisah bagaimana aku boleh dapat url sekarang. Ok? 

****

Jika masih ada yang sengal-sengal tak faham kisah aku.  Lepas tu, ada yang selamber je korek hidung sambil baca laptop aku. Lepas tu, ada yang menumpah seranah. "apa punya entri la nie". Lepas tu, ada yang sanggup tahan berak nak baca entri aku.

Sebenarnya aku buat ni untuk menyertai kontest dari Cik Mera Zati.


Seronok tak baca kisah aku di atas? Kalau korang ni anonymous. Mest jawap

"Tak best arh. Cerita macam hampeh.."

Ok! Buat sendiri. Hahah! Ok! Ceria sikit. Sila ketawa untuk senyuman kekal. Senyuuuum. Tak kata apa-apa.(lagu ni kot).


Jadi, sesiapa yang berkenan nak sertai. Boleh tekan gambar di atas. Ok? Jangan sertai sebab nak mengorak cik Mera Zati. Hahaha.! Maaf. Hehe.

Baiklah. Tiba masanya sesi mengetag rakan-rakan blogger. Hurm, tak tag tak apa ke? Hehe.

Ok! Blogger yang terpilih.

8 comments:

Ain Zulaikha berkata...

owh amir dah tukar domain ye..

kaizen shinobi berkata...

wahhh....

ade running contest ropenye.. adeh~

bape lame aku bertapa daa... hahaha

weh2... nak join tak contest aku lak? hahaha menang domain 2 tahun, aku rase yang dah ade domain pun bleh jeh join~ amacam? ada bran? ahaks2

Mera Zati berkata...

tq join.
tggu update nanti k?
:)

ardinihumaira berkata...

wahhh...
best gak cite amir ni. melopong dni baca :D

Syazwana berkata...

wah wah
gud luck yek!
xD

tengkorakemas berkata...

dengan domain baru, lagi berbaloi-baloila :D

good luck! entri ko tetap ada unsur2 lawaknya

-anonymous (sejarah dicipta!anonymous komen dgn begitu baik)

tengkorakemas berkata...

ok, kali ni komen serius..good luck contest ni,

dan satu lagi, esok aku publish tutorial masking, hope sudi tgk k, ada apa2 tak faham silalah tanya k

Namio Oo berkata...

kak dah buat..meh baca meh.. heheheh

http://since-8-july.blogspot.com/2010/12/my-url-story-contest.html

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??