Siapa tidak kenal akan Ben Ashaari. Jujur ar aku cakap. Malas hendak puji, malas jua hendak ku caci. Andai terpuji, terlebih nanti ada yang terasa. Andai ku caci, ada yang terluka.. (kau terasa aku duli apa? Padan muka. Hahha)
Ok! Siapa tidak kenal Ben Ashaari sila la hantuk kepala ke dinding ye. Eeeeh! Bukan dinding tapi kat parang. Aduh..bukan parang. Ni ha, sila ke benashaari.com.
Pernah dengar tak perkataan " andai lagu dan irama terpisah, maka pincang lah ia". Macam ni kot ayat dia. Aku tak ingat dah...
" Andai terpisah Ben Ashaari dan segmen, maka jatuhlah Ben Ashaari bersama -sama labunya. Eeh..blognya.." Heheh.
Uiks..siapa cakap tiada segmen, tiada Ben Ashaari. Sepatutnya, tiada Pakcik Ashaari maka tiadalah Abang Ben. (jangan tanya kenapa. Tanya mak korang, tiada ayah maka tiadalah kamu.) Hehehehehe.
Macam itu jugak, jika tiada blog, maka bukanlah blogger namanya tetapi anonymous. Haha! Tapi ada juga anonymous yang ada blog tapi guna nama Anon. Jenis ni memang berani. Yang blogger menyamar anon memang bagus. Hehehehe.
Okeyh. Bercakap pasal Ben Ashaari. Korang pernah terfikir tak nak jadi terkenal macam Ben Ashaari??? Woo,siapa tidak mahu? Ha, aku tahu kenapa korang nak jadi macam Beeeeeeeeeeen. Sebab trafik hari-hari tinggi. Manakan blog yang asyik berbicara hal peribadi trafik tinggi. Kompen ada yang jeles. Wa tau hati lu beb!! Hehehehe.
Para pembaca yang dihormati sekalian,wah! rasa macam sedang berucap atas Parlimen tapi aku bukan pembankang. Bercakap guna lutut. Hahaha! Ok.
Kita boleh jadi seperti Ben Ashaari jika kita....
Mempunyai keinginan. Ha, kita kena ada keinginan. Kalau tiada keinginan, korang nak berak pun tak bernafsu. Bini ajak bersetubuh pun korang buat dek. Orang bagi duit 10 juta pun korang tak nak. Sebab itu korang kena ada keinginan.
Tapi..jika korang malas. Tak dak guna jugak. Ya. Contohnya korang ada keinganan nak makan tapi korang malas nak pergi dapur. Tak kan la nak suruh bini suap kot? Takkan la nak suruh orang gaji ambilkan? Itu namanya pemalasan yang memang tahap kritikal. Kalau jumpa orang macam gini, sila lempang kasi sedar. Hahahahaha!
Ada lagi kawan...
Kita boleh jadi macam Ben Ashaari jika..
Kita ada semangat dan usaha. Weyh, korang ingat Ben Ashaari tu nak sampai tahap ini tak berusaha ke? Keinginan dah ada. Tambah je dengan semangat dah usaha. Hendak tak nak, cari lah semangat korang kat mana-mana. Mesti korang ada sesuatu yang menghairahkan korang melihat aweks korang. Ehh! Tersasul pulak. Mesti korang ada benda yang akan korang buat untuk merangsang semangat korang,kan? Bukan merangsang nafsu.
Cari semangat..selepas itu usaha. InsyaAllah, rezeki datang bergolek.
Tapi... kalau kita jenis blogger yang asyik nak mematahkan semangat blogger lain. Baik toksah la. Contohnya, aku buat sesuatu untuk popularkan blog aku. (bajet bagus la nie. hahaha).. Tiba-tiba korang komen..
" Alaa..toksah la.. Kau punya blog bukan best pun. nak buat segmen macam hampeh ni. Toksah ar.."
Terus jatuh merundum semangat aku. Aku dah ada usaha tapi korang pi kondem aku. Jadi, aku dah hilang semangat. Yang datangnya amarah. Jadi aku dengan serta merta akan terajang korang bila kita berjumpa. Hahahaha!
Wahai pembaca yang dimuliakan Allah sekalian. Mari baca lagi.
Kita boleh jadi macam Ben Ashaari jika kita..
Istiqamah! Apa itu istiqamah? Istiqamah itu bermaksud buat benda itu secara berterusan kerana Allah. (kita cakap pasal niat kemudian). Macam nie,keinginan dah ada. Usaha dan semangat dah ada. Apabila semua dah ada, korang teruskan juga lah. Tak kira orang kata kita gila ke. Sukati kitalah sebab bini kita..Kita nak buat kat dia..itu bini. Nak cium sana sini. Nak raba sana sini.
"Bini aku, sukati aku lah." jawap dengan riak. ( Ya Allah, ampunkanlah aku)
Uiks..bini tu blog korang lah. Apa punya slow la korang ni. Bila dah buat berterusan, akan berjayalah. InsyaAllah. Allah tidak akan merubah nasib hambarnya jika hamba itu tak mau berubah.
Sama macam korang nak berak, tapi tak mahu pergi tandas. Maka terkiciklah kamu depan tv. Hahahahaha. Adoi.. - terkicik bermaksud keluar taik sikit-sikit. Jangan bayangkan. Geli i. Hehehehe!
Tapi... Macam mana nak berjaya kalau buat benda ni separuh jalan. Lepas itu putus asa. Baik korang fikir balik. Alang-alang dah usaha bagai. Tiba-tiba anon komen suruh berhenti. Terus tutup blog. Apa yang aku nak cakap.
"Lemahnya mentaliti blogger Malaysia..tapi lebih bangang lagi yang duk kondem itu seorang blogger (yang menyamar jadi anon)."
Akhir sekali, untuk pembaca saya yang dimuliakan Allah,
Kena ada niat.
Apa niat korang ? Eeeh! tau tak niat itu macam mana? "Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala". Tukar lah "sahaja aku berblogging menjadi seperti Ben Ashaari untuk menjadi popular.." Haha. Kalau niat gitu, kurang berkat kot. Wallahualam.
Dah ada niat kerana Allah. Kemudian, bertawakal. Kita serahkan segala galanya kepada Allah. InsyaAllah, dengan izin Allah yang Maha Berkuasa Lagi Maha Pengasih serta Maha Penyayang..kita akan berjaya.
Kesimpualan.
1. Ada keinginan.
2. Ada semangat.
3. Ada usaha.
4. Ada istiqamah.
5. Niat (benda yang pertama ni. Kerana Allah)
5. Tawakkal.
Perhatian!
Tapi korang tak akan berjaya (termasuk aku) jika korang ada PHD tahap tertinggi dalam masyarakat kita. Kawan,kawan. Apa itu PHD? PHD itu ialah Perasaan Hasad Dengki. Contohnya, Blogger A dengki dengan blogger B. Blogger B dengki dengan Blogger C...itulah yang berlaku sehingga korang mampuih.Tak da gunakan. Sokonglah semasa kita. Insyallah, hari ini aku tolong kau jadi blogger terkenal. Bila kau dah terkenalk, kau tolonglah aku balik untuk sama-sama naik atau menggantikan kau kelak. Hahaha.
Nampak tak point disitu?
Nota: Senang dan ringkas. Mudah sahaja kan? Cukuplah sekadar hari ini saya bersama korang yang sedang berfikir sesuatu itu. Apa yang korang fikir ha?
Akhir kalam, buat apa nak jadi macam Ben Ashaari. Jadilah diri kita, ikut gaya kita. Tapi melalui cara Ben Ashaari atau cara kita itu terpulang. Nak tahu tak rahsia terbesar trafik Ben Ashaari? Tak nak? Tak apalah. Hehehehehe!
40 comments:
Saya anon yang ada blog datang ke sini..huhuhu
@SayaAnonymous.oh kawanku. janganlah terasa. tapi bacalah byk lagi ayat di atas dgn nada gembira bukan emosi. Hehe.. cam sedih je? relaks ar...
kita blogger kena gumbira..insyaALlah,ukhwah antara kita akan berkekalan.. hehehe
abg eq dah dekat 5 thn berblog...
kalau dok pikir pasal 'lalat' yg dengki, blog eqbalzack.com dah lama mati...
dulu ada juga sama2 'lalat' dok kacau...
tapi sekarang alhamdulillah, tak berani dah!
ok..aku berasa agk stuju dan perlu dtmbah bbrapa point..haha..ayt xleh blah.klu bro Eq 5taun dia still leh than..aku yg staun jgung ni pon msti leh gak.yessss..haha
yup2..aku setuju..pernah ada orang komen sal entri aku panjang berjela,down kejap tapi aku fikir2 balik dia sorg je yg cakap panjang orang lain?..tapi bkn bermaksud aku tak hirau dia tegur..aku buat la perubahan..so alahhmdulillah..aku pun baru2 nak belajar,..
niat tu penting,aku sokong!
owh
komen ku sama macam abang Norman Hakim di atas
P/S : Tolong Belikan Topup! Penting Nih!
hahahah betul tu...
komuniti blogger nih pun ibarat berada dalam kepartian negara...bukan semua org suka dgn kerajaan buat dan bukan pula semua org menyalahkan kerajaan dalam beberapa hal.yang penting niat kita sendiri...
mmg kata2 lebih tajam dari pisau,tp amik la kata2 itu kearah positif.cuba berprasangka baik sesama makhluk seperti rasullullah yang sentiasa berprasangka baik pada musuh2nya...
hee komen nih kene dgn entry x?maap kalau ade kata2 yg silap...hahaha
:) betul3
Dulu pun anastasyea suka buka blog ben utk cari trafik. Tapi bila ben asyik2 buat segmen, rombak kabinet dan lain2, rasanya lebih baik anastasyea bergantung kepada usaha diri sendiri. Itu lebih baik. Kan "Usaha tu tangga kejayaan" =)
poin2 ko tu semua well accepted bro.. aku nak tak setuju pun tak boleh.. sebab mmmg betul.. :)
wah. bagus betul entri ni. semua poin2 tu betul. itu je. keh2.
point yang bagus la amir :)
@eqbalzack. wah! dah lima tahun ke? cayalah. hurm, ada jugak ke yg macam tu? apa nak jadi dah..
sekarang xda dah? pakai apa bang? pakai ridsect gudnyte tak diganggu nyamuk..-iklan nyamuk..hehe..
cayalah..
@iniialahaku. kena tambah lagi ke? sebenarny aku nak tambah tapi aku takut korang termuntah baca.. hahaa.. xda lah.
la, kalau abg Eq dan kau boleh tahan. ak pun boleh jugak lah. Hehe.
@iqbalhakimi. wah! kau setuju? cayalah. ak belanja ko tgk org makan . hehe.
orait. hurm, la,entri panjang pun ada orang marah?
meh aku bagi tips kat ko.
1. Entri panjang tak apa janji ada isi.
2. Biar panjang tapi padat. Erk?
3. Kalau buat entri pendek. biar padar. eh..sama la. hehe
tapi tak kira la pendek ke panjang..sama je. tapi aku sarankan buat pendek tapi ada isi.
ok? aku pun sokong kau... Haha
@hans. abg norman hakim? siapa siapa? tak apa..terima kasih komen. hehe
@Ain Zulaikha. hurm, memang betullah.siapa cakap salah? heheh.
terima kasih komen.
@Belalang Hijau.erk? ada parti2? ok..aku belum baca habis nie.hehe
waaaaaaaaaaah! bagus la komen kau bro. boleh bagi anugerah komen terbaik nie. cayalah. hehe
betul tu. kita kena bersangka baik terhdp semua orang. Barulah kita maju,kan? kalau tak, masih di takuk lamalah kita.'
Hurm, tiada maaf bagimu.. Haha
@ardinihumaira. yup..terima kasih ye.
@a n a s t a s y e a. ha, kita kena bergantung pada diri sendiri.
amir tgk kak dah maju. cayalah..kongsi tips sikit..hehe
ya, usaha tangga kejayaan. tp kena cari 'tangga' dulu..nak cari kena usaha.. jadi USAHA cari Tangga Kejayaan. erk? hehe
@Fyzal. haha.. yup, kalau kau tak setuju. aku paksa kau setuju. Hahha. jangan melawan.
memang betul kan. ak pun setuju point di atas. erk?
haha. terima kasih
@RedBoys.itu je? ok la tue.. terima kasih sebab setuju. hehe
@ d.O.Y.A.h . yup, memang berbaloi kan korang baca. hehehe
betol3, kena gigih, lagi satu jgn sombong. ade blogger tu tau la follower dah 1000 lebih tapi sombong. huhu ^_^
macam nih ko kate ringkas? hahahaha
panjang lebar kot? hahaha
laa. domain dh ada kan? cuma tinggal hosting je kan? pakej yg aku dpt tu agak besar. hoho. ye. rb skrg dan dulu. tak berubah. cuma agar maju ke hadapan *ada unsur bongkak disitu. haha. lawak je.
takdelah. ini semua rezeki. terima je.
bro jemput join ni.. ko duk sarawak kan?
http://blogpilihanmalaysia.blogspot.com/2010/12/kategori-sahabat-blogger-mengikut.html
@tqaAwesome.ha,betul gak tu.jangan sombong..kalau sombong,nati orang marah.hehe
@kaizen shinobi. hehe..ringkas dah ni bro..eh! panjang ke? cuba kira berapa baris? hahaha
@RedBoys. org cakap.kalau jumpa org bongkak. kena lempang sebijik. hahaha..
hurm, itu la. nak beli hosting..tak mampu lagi kot..ahaha.mana nak cari duit..kan?
papun, rb dah maju. hehe
@Azman Roslan. tak. ak sedang berbaring ni..hehe.. gurae je. yup, oh? pasal tue..ok.. insyaAllah..akan ku join. hehe
@Azman Roslan. tak. ak sedang berbaring ni..hehe.. gurae je. yup, oh? pasal tue..ok.. insyaAllah..akan ku join. hehe
@Azman Roslan. tak. ak sedang berbaring ni..hehe.. gurae je. yup, oh? pasal tue..ok.. insyaAllah..akan ku join. hehe
Salam.
Setuju dengan ayat last tu, buat apa nak jadi Ben Ashaari.
Aku rasa aku dah tau sikit2 atrategi Ben. hehe. lain blogger lain caranya :)
info yang berguna...boleh diaplikasikan...namun begitu, nak cuba wat blog guna acuan sendiri, dengan contoh2 dari blog2 power lain, termasuklah blog nih,hehehe
haip.jangan dengki2..setuju juga komen2 yg diatas :D
Pendapat anda?
Souvenir dari melaka
Great article... its really useful for me as a new blogger.. tq.
If you don't mind I'd like to add one more 'thing' that I believe, we should have.. : "SINCERITY" , then things would be FUN!... correct me if I'm wrong.
p/s: If u dont mind, Id like to follow ur blog... and Nice to meet you :)
wah..terbaik ar dek.. hahahah.. suka2!!!..
lalat2 ni tak lama..nnati dia pening r bila tak dilayan..huhu
betul-betul.. tabahkan hati usaha tangga kejayaan..
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??