Tarikh Lihat Anak Bulan Syawal Seluruh Malaysia Pada 8 September 1421H/2010

Tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidfitri. Sekejap sahaja masa berlalu..Terlalu pantas..Teringat pula lagu Raihan,Harapan Ramadhan..Begini kot liriknya... "Ku mengharapkan ramadhan..kali ini..penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna.." . Adakah ramadhan kali ini memang yang terbaik bagi kita? InsyaAllah.

Baiklah. Mesti anda ingin tahu bila tarikh untuk melihat anak bulan? Tarikh untuk lihat anak bulan untuk Hari Raya Puasa adalah pada 8 September menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dikeluarkan di sini, semalam, perkara itu dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin setelah diperkenankan Majlis Raja-Raja.

Antara tempat melihat anak bulan adalah 

Pontian Kecil di Johor; 

Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara (Melaka); 

Teluk Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); 

Bukit Melawati, Kuala Selangor (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), 

Pantai Pasir Panjang (Perak).

 Pantai Aceh (Pulau Pinang);

Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah). 

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); 

Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); 

Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Jadi,kepada sesiapa yang berdekatan. Boleh la sama-sama pergi melihat anak bulan. Oh ya! Bagaimana persiapan hari raya anda? Tentu meriah bukan? :)

sumber: Berita Harian

1 comments:

nurayunni berkata...

xsempat lagi nak buat kuih raye...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??