Entri Kena Plagiat? Perlu Ke Mengamuk Tak Tentu Pasal?

"Huh? Ada orang curi entri aku?  Apa yang aku perlu buat nie? Ha,siaplah kau. Aku akan serang habis-habisan.."

Dialog di atas mungkin digunakan oleh sesetengah blogger yang marah apabila entri mereka dicuri. Mungkin.

'Aik. Apsal aku tetiba cakap pasal entri plagiat nie?"

Sebenarnya begini, aku ada singgah di sebuah blog yang tuan empunya blog ini marah apabila entri di ditulis. Siap screenshot lagi. Bagus. Yang memplagiat pun sudah memintah maaf. Apa yang aku tahu,si plagiat nie sudah memohon maaf melalui email tetapi si tuan empunya entri nie tak puas hati.

 Kononnya dia nak satu dunia tahu la yang entri di kena curi pastu blogger lain yang kenal si plagiat ini akan mencemuh. Come on laa.. tidak payah la menghebohkan cerita sebegini.

Pada pandangan aku la,pandangan seorang blogger picisan. Blogger yang baru berjinak serta mempunyai akal yang sihat. Aku rasa tak payah la nak membuka aib si plagiat tue. Tak usah bagitahu satu dunia bahawa entri anda kena copy atau plagiat. tak ada faedahnya.

Tindakan yang lebih bagus adalah buat cara profesioanal. Bagaimana? (perlu ke aku bagitahu? Blogger picisan menasihati blogger otai? Ahaks!). Ok!

Pertama.

Apabila tuan empunya blog dah tahu entri dia kena plagiat. Cepat-cepat la kasitahu si plagiat nie. Email dia ke apa ke. Cakap la papa. Ugut ke.. Haha. Tetapi biar berhemah. Kawal dulu perasaan marah..Tanya baik-baik

Buat cara profesional dan cara terbaik bagi menutup aib. Weyh..Kau duk heboh-heboh blogger nie curi entri kau..Bukan ke kau membuka aib dia? Malu wey.. Semua orang ada silap..Kau pun ada silap.. Aku pernah baca ayat yang berbunyi  "Barang sesiapa yang menjaga aib saudaranya di dunia,maka Allah akan menjaga aibnya di akhirat." Beruntung bukan?

Kedua.

Si plagiat nie haruslah memohon maaf kepada tuan empunya entri dalam email ke apa. Kalau tulis dalam blog okay lah jugak. (itupun selepas dipaksa oleh tuan empunya entri..lepas kena kutuk). Buatlah dengan cara terbaik.. Berbincang elok-elok. Itu sajalah.

Erti kata Lain.

Berbincang dengan elok dahulu. Simpan dulu amarah tue...(aku pun bukan baik sangat der!).

Oh ya! Aku pun ada pengalaman entri kena cilok habis-habis.Sebijik. Tapi aku cool je. Sebab apa? Sebab aku malas nak marah-marah. Tak guna kau marah-marah kecuali kau gila glamor. Nak tarik publisiti. Biasa la manusia nie.. Semua benda nak kasi heboh.. Diam itu lebih baik laa... 

Oklah...Malas kau nak membebel banyak sebab kau dah pandai berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Ingat! Kau jadi blogger ada risikonya. Faham? Kalau kau tak nak entri kau kena curi..Carilah altenatif untuk mengelaknya. Ok?

Kita berblogging nie kena la bertolak ansur. Tak payah buat entri kalau tahu entri kena plagiat. Senyap cukuplah brader..Ok? Tapi kan...Kalau buat lah cara kau..Aku tak kisah....Huhu..Apku cuma tak nak kau mengeruhkan  suasana berblogging. Yang paling aku tabik,kipas banyak giler...Kah3. 

"Cepat kipas guwa..guwa panas der..Ooh...Sedapnya..." -ayat tak leh blah dari aku. 

Dia kata dia tak marah... Tapi tengok ayat dia? Macam marah..Relaks der..Jom pekena teh tarik sama roti canai..Ahaks. Sesiapa terasa,guwa minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki...Okeyh?

Nota: Aku saja je nak membebel..Boring..Kekekek!

10 comments:

cikgu isza berkata...

bila semuanya dapat diselesaikan cara baik.. lega rasanya..

itu yang sebaik2nya..

Adam berkata...

betul tu sokong. mesti bincang elok2.. jangan cepat nak melenting.

lagipun kalau takut entry kena copy paste baik jangan tulis blog. sebabnya bila tulis blog kemungkinan entry nak kena copy tu ade. so, terima je la. kalau dapat kesan request la deletion.

bincang elok2. kan lagi baik...

Shiela Latif berkata...

saya sokong n3 awak nie...menutup aib orang adalah lebih baik daripada membukanyer kemudian di sokong pula dengan kata2 cemuhan yang tidak terkawal...

sedih sungguh ngan blogger melayu kita....

DiNa-DiaNa berkata...

ape jenis plagiat yg die buat ek???
hayoo..
nak plagiat pun amek r siket2 je..mcm kata-kata hikmah ker..

tapi kalo perkara yang perlu di kongsi..ape salahnya kite repost balik kn??at least statekan mane sumber yg kita dpt..

tak belajar buat tesis kah??heee...

tehr berkata...

plagiat? salah ke?
saja je tanya...

sapa2 yang nak buat plagiat tu, pandai2 le

semua nak kena belajar

Hasrol Nizam berkata...

entri di plagiat, maknanya entri kita tu orang suka baca. so tak salah kan. :D cuma mmg terasa je la klu tak diberi kredit. faham2. so mcm kataamir ni, bertolak ansur la, selesai cara baik. :D

Pendapat anda?
Hari ni dah 3hb!

Mohamad Faizal berkata...

Wassup bro. aku terasa, so aku nak komen. dah setel pun sebenarnya tapi terbaca entri kau ni pulak.

"apa yang aku tahu, si plagiat nie sudah meminta maaf melalui emel tetapi si tuan empunya entri nie tak puas hati"

wrong. ayat meminta maaf hanya keluar selepas entri dipublish. ok cuba kalau tak kantol, adakah kau rasa si plagiat akan minta maaf? Adakah kau rasa orang itu akan tiba-tiba cakap kat aku, "eh sori bro. aku plagiat blog kau dulu tapi aku sekarang tak plagiat dah". plagiat ni seronok beb. sekali memplagiat akan terus memplagiat.

"apabila tuan empunya blog dah tahu entri dia kena plagiat. Cepat-cepat la kasitahu si plagiat nie"

dah bagitahu dengan penuh kelembutan. tapi dia kata dia baru pertama kali datang blog aku. tak mahu mengaku. haha aku langsung tidak mengaibkan dia. aku tak letak link, aku blurkan gambar tapi orang kan celik IT tak sampai 5 saat dah boleh cari blog dia. Lah dah pandai memplagiat mesti pandailah terima kesan akibat memplagiatkan kan? Masa copy paste tak ada pulak nak rasa aib kan? Benda dah jadi so take it like a bitch la. Kalau semua orang guna alasan "semua orang buat ada silap" senanglah orang nak membela diri. Contoh: "saya berzina. tapi semua orang buat silap..."

so are you saying that i am 'gila glemer'? that's 90% correct. lagi 10% je tinggal sebab aku tak letak fanpage macam kau lagi. kau tak pernah baca blog aku pun sebelum ni, so tak perlulah cakap macam kau tahu personaliti aku. aku mengeruhkan suasana blogging? funny, maybe you were referring to the one who plagiarized by blog?

oh kau pun ada orang plagiat ke sebijik-sebijik? entri mana ek menarik ke entri tu? aku tak kata pun aku taknak orang plagiat blog aku kalau tak mesti aku dah disable right click dengan text selection macam kau. aku memang seorang narcissist, memang dambakan perhatian, nama blog pun Yang Penting Rupa. Anyway, I respect your opinion, lain kali aku akan cuba ikut nasihat kau. doakanlah ada orang plagiat aku lagi. heh

selamat berbuka bro!

nota: aku saja je nak membebel. boring! kekekek.

Aretikz berkata...

Plagiat oh plagiat..

Jom men plagiat.. har3x~ Apa yang kita kena wat, biarlah secara berhikmah.. Perlu difikirkan dengan sebaiknya..

Orang yang paling kuat sekali adalah orang yang mampu menahan marahnya~

Mohamad Faizal berkata...

yeah right, you dont even have the balls to approve my comment.

Amir Izzat berkata...

@Mohamad Faizalhahaha..pandai lak ko buat lawak..aduhai..aku belum approve lagi sebab aku nak baca komen ko tue dua tiga kali..macam best je.

jdi,aku lawat ar blog ko dulu.. tak sangka rupanya mulut ko nie..mmg cukup 'baik'. Beruntung ibubapa kau.

tak apalah. aku hanya membaca dari tulisan sahaja..sebab itu ar aku nilai dari tulisan..tp terima kasih la atas penjelasan panjang lebar yg kau berikan. barulah aku faham sedikit.

dan...selamat maju jaya..

p/s: orang berbudi kita berbahasa..orang kurang ajar? hurm...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??