Jom Sertai Pertandingan Berkereta Mencari Harta Karun Anjuran Golden Screen Cinemas(GSC)

Golden Screen Cinemas (GSC) bakal menganjurkan pertandingan berkereta Mencari Harta Karun pada 2 Oktober depan khusus bagi peminat setia GSC.

Menarik nie. Hadiahnya juga hebat. Pertandingan yang menawarkan hampir RM100,000 ini turut mendapat tajaan beberapa syarikat korporat antaranya 100Plus, Eon Bank, United Carpets, Sine Classics, Lee Choon Engineering dan Macau Government Tourist.

Tujuan pertandingan ini bagi membantu menambah dana Hospis Malaysia iaitu sebuah organisasi yang menawarkan penjagaan paliatif (melegakan atau meringankan penyakit, tetapi tidak menyembuhkannya) kepada pesakit yang menghidap penyakit yang mengancam nyawa seperti kanser, Aids dan penyakit motor neuron. Jadi,sambil bermain sambil bermain. Faham tak?

Sesi taklimat pula akan diadakan pada 25 September ini bagi 100 peserta terpilih dan yuran pendaftaran dikenakan RM400 berserta empat resit Kombo Besar GSC dengan minuman 100Plus. Hurm..yuran agak mahal sedikit la bagi saya. 

Macam mana nak join?

Senang sahaja. Dapatkan borang di 23 pawagam GSC dan pendaftaran berakhir pada 15 September ini atau layari laman web www.gsc.com.my untuk keterangan lanjut. Mudah dan ringkas. Cepat-cepat...Sebelum terlambat..100 orang je yang terpilih tau...

Ada sesiapa nak join?

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??