Sinopsis Drama Ahmad Durrah Dalam Slot Zehra TV3


Sebelum ini,kita disajikan dengan drama ‘Janji Kekasih’ yang telah melabuhkan tirainya, ‘Ahmad Durrah’, sebuah drama bersiri 13 episod arahan Raja Ahmad Alaudin telahpun memulakan tayangannya sejak 17hb September lalu.

Sinopsis Drama Ahmad Durrah

Drama terbitan Global Station ini mengisahkan suka-duka kehidupan Ahmad Durrah yang terus berubah setelah jatuh ditimpa tangga. Sedih dan tertekan selepas diisytiharkan muflis oleh mahkamah dan kehilangan jawatan, Ahmad Durrah dikejutkan pula dengan permintaan isterinya, Mira yang mahukan perceraian kerana tidak mahu lagi terikat dengan dirinya yang kini tidak lagi berharta dan berstatus tinggi.

Walaupun hatinya remuk dan kecewa, mahu atau tidak, Ahmad Durrah terpaksa melepaskan satu-satunya insan yang dicintai selama ini. Setelah merenung ikhtibar segala yang berlaku, Ahmad Durrah mengambil keputusan untuk mengembara dan bermusafir bagi menenangkan hatinya disamping mencari kekuatan untuk bangun semula dari kegagalan.

Seperti ditakdirkan, pengembaraan Ahmad Durrah membawanya ke Kampung Tualang, sebuah kampung nelayan yang indah permai namun sudah lama bergolak dengan konflik.

Di sinilah bermulanya perjalanan Ahmad Durrah yang penuh dengan dugaan namun akhirnya keikhlasan hati dan niat yang murni menemukan Ahmad Durrah bukan sahaja dengan sahabat dan keluarga baru yang menerima dan melayannya denga mesra, malah, dia berhadapan dengan dilema apabila harus memilih antara tiga wanita yang menyintainya.

Siapakah wanita yang akhirnya berjaya memenangi hati Ahmad Durrah yang selama ini tertutup untuk menerima cinta lagi dan bagaimanakah beliau mengharungi cabaran dan perselisihan faham orang mengenai dirinya yang hanya ingin bangkit daripada sejarah silam yang pahit?

sumber dari sini.

Jangan lupa untuk saksikan drama Ahmad Durrah’, setiap hari Jumaat jam 9.00malam di slot Zehra TV3. Jangan terlepas ye. 

Barisan Pelakon.

Pastinya para peminat yang setelah sekian lama merindui untuk menatap wajah tampan dan lakonan mantap Rusdi Ramli di TV3 akan teruja dengan kemunculan beliau yang memegang watak utama ebagai Ahmad Durrah.

Selain Rusdi, drama bersiri ini turut menampilkan barisan pelakon tidak kurang hebatnya seperti Nabila Huda, Siti Shahrizah, Nelly, Normah Damanhuri, Qazem Nor, Jalil Hamid, Bell Ngasri dan Hafizudin.

*******
Pada pendapat saya,cerita ini mungkin menarik. Walaupun belum menonton,sinopsisnya saja sudah membuatkan saya teruja. Teruja? Yup,sebab kelihatan cerita ini lebih menepati citarasa saya. Bagaimana pula dengan anda?

4 comments:

shahrilhakime berkata...

Sebabkan mike tak berapa faham.....
awok taip guna bahasa standard...

rajin mike tengok cerita2 camni ye.....awok malas nak ikut....sebab nya kalau dah ikut.....tak boleh nak tinggal....

Amir Izzat berkata...

@DKosongLapanokeyh..faham2 tue faham tp kurang jelas.hehe.

hurm..wah! betul 2..tp amir tengok jarang2 je la.. hehe

Nas berkata...

hhhha..salam singgah..
erm..
mcm2 la drama nie...
aku mane la boley tengok..duduk kat hostel..hu3 :(

abigemok berkata...

haha.. cerita cinta lg.. aku x dpt tgk takde tv.. huhu

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??