Oh Tidak! Fasha Tinggalkan Aku..


"Sungguh gelap malam ini..tidak seperti malam yang lain...malam kelmarin adalah jugak bulan mengambang yang sungguh indah..tetapi malam ini? Amat sunyi sekali.." aku berkata di dalam hati.


Sambil melayan sebuah lagu Iklim "Bukan Niatku..". Aku terus hanyut dalam mimpi.

Dalam mimpi ku...Aku bermimpilah..tentang. Tentang apa lagi? Pasal awek idaman. Namanya Fasha. Bukan Pashasendat ye. Tetapi Fasha. Just Fasha.

Aku dan Fasha adalah pasangan kekasih dan bahagia. Fasha memiliki wajah yang amat cantik dan mengghairahkan mana-mana lelaki yang melihatnya. Maaf! Aku tidak dapat sertakan gambar wajahnya disini..takut-takut ada yang terpikat.

Cantik macam Lisa Surihani gak ar. Hehe!


Pada suatu hari,aku dan Fasha berjalan-jalan di sebuah pasaraya. Kami membeli air Ribena kerana terlalu haus berjalan di tepi taman. "Kalau minum ribena..nanti jadi kanak-kanak ribena tau..." kata ku pada Fasha.

"Eh! Mana ada..tapi jadi kanak-kanak ribena best jugak bang.." jawap Fasha.

"Ye la tue..."



Ketika aku sedang memandu motorsikal Ninja Kawasaki. Tiba-tiba aku tidak dapat mengawal motorsikal ku ini lantas melanggar tiang lampu lalu kami pun terbang gaya superman ke hadapan. Fasha tercampak ke di atas jalan raya. Aku pula tercampak di tepi jalan.

Kemudian....

"Peeeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttttt!" bunyi hon dari lori yang datang ke arah Fasha.

"Fashaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" aku menjerit sekuat hati. Namun,apakan daya. Fasha telah dilanggar lori keparat itu. Sungguh sadis sekali. Lantas,dengan gagahnya aku berlari ke arah Fasha.

" Fasha! Maafkan abang.. Maafkan abang.." aku berkata sambil menitis air mata.

" Tak apa bang. Ini mungkin takdir kita.. Sampai disini sajalah hubungan kita abang..Terima kasih untuk segalanya.." Fasha berkata dalam keadaan nyawa-nyawa ikan dan terus menghembuskan nafas yang terakhir.

"Fasha? Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit sekuar hati lagi. Aku tidak dapat menerima kenyataan ini bahawa Fasha akan pergi meninggalkan aku dalam sekelip mata...

" Arrrghh! Fashaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!" aku menjerit lagi..."

Tiba-tiba.........

Aku disimbah dengan air yang teramat sejuk.

" Amir! Bangun! Dah tengahari nie..Membuta ja kerja.. Cepat bangun!" jerit mak aku sambil menyingkap langsir dalam bilikku.

" Mak! Fasha mana mak?" aku bertanya kepada mak aku dalam keadaan cemas. Teringatkan Fasha yang kemalangan tadi.

" Eh! Fasha mana pulak nie? Dah! Dah! Pi mandi cepat.. Mak nak keluar pergi pasar.." jawap mak aku dalam keadaan kebingungan lantas menyuruh aku mandi.

Aku apa lagi..Terjah bilik mandi. Tetapi..Kemanakah Fasha pergi????

Nota: Kan aku dah kata..Ini mimpi..Namun,ada makna tersirat. Hehe!

7 comments:

tengkorakemas berkata...

hehe Fasha kan dah kena langgar tadi..sempat gak dia ucap dialog panjang kat ko he

iznulmuazim berkata...

lepas ni boleh kapel dengan rozita cik wan pulak =p

Mrs. Q! berkata...

ada pengalaman sendiri terselit la ni kan? kan?
pandai bercerita
bleh jadi sang pujangga
heee :D

ISZA berkata...

hehehe...
;)

nurayunni berkata...

comernyer lisa...

tehr berkata...

hahaha
dulu2 aku selalu je kena simbah air oleh mak
hahaha

Amir Izzat berkata...

@tengkorakemashahah.dia sayang aku bah..sebab tue ar dia bg ayat last yg panjang..hikhik

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??