Drama Siti Kelembai Di Slot Akasia Tv3


Siti Kelembai Oh Siti Kelembai.. Marilah berangan kita kawin.. Ahaks. Jangan berangan Amir gatal satu badan sudah la. Yang hairannya,kalau dia marah. Semua orang gatal. Hairan. Yang lagi hairan,dia nie kuat berangan. Yang lagi hairan,kalaulah dia berangan Amir jadi pakwe dia. Ops!


Terpikat sudah ke? Tak da lah. Ahaks.



Sinopsis Drama Siti Kelembai.

Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Bob Hashim Ismail terbitan MIG Productions dan dibintangi oleh Liyana Shamsudin, Fizo Omar, Amran Omar, Farah Lyana, Jasmin Hamid, Eizlan Yusof. Siti Kelembai versi moden sebenarnya diolah semula daripada cerita rakyat, Sang Kelembai. Ceritanya berkisar kepada Siti Ratna, anak perempuan tunggal kepada Alang Saidi dan Siti Mayang Sari yang sangat kuat berkhayal dan berimaginasi di dalam kelas.
Pada zahirnya, Siti Ratna dianugerahkan rupa paras yang cantik warisan ibundanya, namun, kecantikan itu tidak terserlah kerana dia seorang gadis yang sangat selekeh dan tidak pandai menjaga penampilannya. Sewaktu di dalam kelas, Siti Ratna sering hilang tumpuan kerana tatkala guru kelasnya sedang memberi pengajaran di hadapan, fikiran Siti Ratna akan melayang-layang entah ke mana dan seolah-olah dirinya berada di alam lain.
Di kolej, satu-satunya kawan rapat Siti Ratna adalah Moin yang agak lurus bendul dengan tabiat pelik dan sering menjadi mangsa buli rakan-rakan sekuliahnya. Menjelang hari lahirnya yang ke-21, atas bantuan kakak Moin, Masmona yang mempunyai sebuah salon kecantikan, Siti Ratna telah bertukar menjadi seorang gadis yang rupawan dan anggun!
Selain daripada menjadi bualan hangat dan pujaan hampir semua lelaki di kolejnya, secara tiba-tiba Siti Ratna telah dianugerahkan suatu kuasa sakti yang agak luar biasa pada malam sambutan hari lahirnya. Kuasa itu adalah satu kelebihan yang pada mulanya tidak disedari oleh Siti Ratna sendiri dan jika disalahgunakan atau tidak terkawal boleh menyebabkan suasana haru-biru.
Siti Ratna tidak boleh marah atau terdetik dalam hati memarahi sesiapa kerana boleh menyebabkan seluruh tubuh orang yang dimarahinya menjadi gatal. Pastinya peristiwa hari lahirnya itu telah menjadi titik permulaan kepada rungkaian hikayat Siti Kelembai. Dapatkah Siti Ratna menyesuaikan dirinya dengan kuasa sakti yang dimiliki? Apakah kaitan kelebihan dirinya dengan ibunya yang dipercayai mati selama ini tetapi sebenarnya masih hidup berkelana di hutan rimba? - kredit to yanmionline.com
Macam mana? Sinopsis pun menarik tahu. Amir memang terpaut lah dengan drama ini. Asal balik sekolah. Pasti tertunggu-tertunggu drama ini. Rasa sekejap je masa siarannya,kan?

Jadi,pastikan diri anda terpacak di depan kaca tv di TV3 pada jam 4.30 petang setiap saat! Hehe!

1 comments:

nerves berkata...

pening aku bc sipnosis ko tu yg ade wane pink...-_-''

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??