Segme Tingkatkan Ukhwah Bersama Blogger: MJ

Assalamualaikum w.b.t

MasyaAllah.. Terabai sungguh segmen ini. Entah mengapa aku selalui abaikan tanggungjawap. Maafkan saya. Baiklah. Pada kali ini,kita akan berkenalan dengan seorang blogger yang digelar MJ. Apa makna MJ? Tak tahu tanyalah blogger itu sendiri. Hehe.

Serba sedikit mengenai MJ. MJ mempunyai sebuah blog bernama This Is My Tale. Header blog yang berwarna putih serta agak simple.


Cantik bukan?  Simple sahaja. Baiklah. Tanpa membuang masa korang dan Amir. Mari ikuti perbualan Amir dengan MJ nie.

 "Assalamualaikum tuan tanah..Apa khabar?" Aku memberi salam..

"Waalaikumussalam.. Sihat sahaja.." beliau pun menjawap sambil tersenyum. (aku tahu dia senyum)

"Saya datang nie nak temuramah sikit. Nama sebenar MJ nie apa?" tanyaku kerana nama MJ agak unik..

"Nama diberi ramai dah tau kan? Tapi untuk mudah, panggil saje MJ" jawap beliau.. Satu jawapan yang meninbulkan tanda tanya semua pihak. 

"Baiklah.. Berapa lama sudah berblogging.." soalku lanjut sambil menggaru kepala.

"Saya bukan blogger tegar. Bukan juge blogger lama. Menulis adalah hobi.Alhamdulillah, karier tetap membolehkan sy membantu orang lain.Mahu berbelog sampai sukses tapi ada kewajipan lain, jadi belog bersawang." terang beliau sambil tersenyum lebar. Agaknya berbangga dengan kerjaya sebagai blogger sambilan ini tetapi merendah diri. Aku suka.

"Samalah kita ya. Sebagai hobi..Cik MJ suka warna apa ?" apsal aku tanya pasal warna pulak nie? Aku pun kebingungan .

"Saya amat-amat suka hitam dan putih.. tapi banyak lagi suka putih.."

" Putih itu suci.. Bagus la pilihan warna Cik Mj. Saya suka wartna biru.." aku tahu dia tak tanya.

"Dalam penulisan entri di blog Cik MJ,Cik MJ lebih suka gunakan bahasa apa? Apa yang saya tahu ramai yang suka menggunakan bahasa Alien" soalan cepu emas.

"Saya menulis kadang-kadang ayat bahasa Melayu, kadang-kadang ayat komik." 

"Bagus la guna Bahasa Melayu..Bahasa Ibunda kita.. Guna ayat komik sekali sekala pun bagus jugak..santai ,kan?"

Selepas bersembang sedikit sebanyak dengan cik MJ. Cik MJ ada pesan kat korang..

Kalau saya salah, tegur je.. Maybe akan termarah sikit la, tapi sikit je =P
Semoga kalian semua success dalam hidup, dunia akhirat. Amin~

Itu la serba sedikit perbualan saya dengan cik MJ. Sebenarnya ia hanya rekaan. Namun bagi menghangatkan ketiak. Ops! Bagi menghangatkan perkenalan kita ini. Buat sesi temuramah pun best jugak,kan?Jadi,siapa nak berkenalan dengan MJ?  Sila angkat kaki sekarang.. hehe.. Selamat berkenalan..Minta maaf kalau ada salah dan silap.

0 comments:

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??