Memujuk Sang Kekasih

Pada suatu petang yang indah.. Aku mendeklamasikan sebuah sajak atau puisi atau syair. Argh! Aku pun hentam saja.

Oh Bulan..
Kau begitu indah sekali..
Cahayamu ketika bulan mengambang sungguh mempersona..

Lalu aku berkata kepada kekasih ku yang berada di tepi.

Oh Kekasih..
Wajahmu pun cantik bab bulan...

Tuuuuttttt!

"Eh sayang. I tak nak muka i macam bulan tau..Muka bulan memang berlubang-lubang..tak cantik lah!" protes awek aku sambil menarik muka tandanya merajuk.

Aku,kalau bab macam ini memang failed lah! Dalam matapelajaran Sejarah,Geografi dan seangkatannya aku gagal,inikan pula dalam bab hendak memujuk sang gadis? Cikgu tak ajar tak sekolah der..

Memandangkan aku ini berketurunan otak bergeliga. Aku pun pujuklah awek aku yang sorang nie. Memang payah!

"Oh sayang..Abang tidak sengaja..Abang ingat bulan itu cantik namun abang lupa cantik lagi Lisa Surihani. Ops! Bukan..cantik lagi kekasih abang yang satu ini.." ayat pertama nak pujuk dia..tapi tak jadi gak.

Dia pun berkata sambil bangun dari kerusi.

" Huh? Apa? Abang ada skandal ngan Lisa Surihani! Baik abang cakap siapa Lisa Surihani tue!!!" 

Aku memang dah nerbes tahap malam pertama. Eh! Tahap isteri mahu bersalin. (macam tau-tau je). Dia dah mengamuk sakan macam beraya sakan. Ini tidak boleh jadi. Aku kena pujuk lagi. 

"Ayat apa ye aku nak bagitahu dia nie? Hurm.." fikirku dalam kepala hotak.

Ha! Aku dapat idea.

"Ayang..Lisa Surihani tue bukan sesiapa..Skandal lama dulu. Itu dulu.. Sekarang abang dah ada ayang. Relaks ar.. Minumlah kopi secawan pasti nak lagi." aku cuba pujuk lagi sambil memegang dia punya..dia punya.. Hurm..Dia punya tanganlah.

Tapi kan..memang susah nak pujuk perempuan nie.. Aku dah cuba dah macam-macam cara tetapi tak dapat menyejukkan hati si gadis yang agak keras kepala. Awek sapa ntah yang keras kepala macam nie.  * Ops! Awek aku gak..

Pujuk punya pujuk.

" Tak apalah kalau macam itu. Ayang dah tak sayang abang. Abang cari yang lain lah. Kan lelaki boleh kawin empat." sekali aku beri ayat nie..

" Alaa bang. Janganlah..ayang gurau je la.. " pujuk awek aku. Haha! Sayang juga dia kat aku.

********

Susah kan kalau ada kekasih yang kuat merajuk dan susah untuk dipujuk? Betul tak? Lagi-lagi yang kuat cemburu. Memang berperang lamalah kalau tak pandai settel. Tapi..Nasib baik aku tak ada awek. 

"Huh! Cerita kat atas tue?"

Oh..itu cerita lama. Sebab itu ar aku 'bercerai' ngan dia. Hahah.. Lagipun, jangan bercinta kalau takut. Dan belajarlah untuk mencintai sebelum ingin dicintai. Kawan aku cakap " study most important than love". tapi cakap tak serupa bikin. Hahahaha!

Oh ya. Barang sesiapa yang pernah mempunyai kekasih. Senang tak nak pujuk pasangan anda? Terumanya perempuan. Kompem susah tahap kambing beranak empat. Hehehehe!

Pesan orang tua-tua: Minumlah Dutch Lady pasti tumbesaran tidak terbantut..Nak besar mana pun boleh! babai...


12 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION berkata...

aiyakkk, lisa surihanii msuk jugakk dlm drama di ats?? apapun nice laar !! haha

tengkorakemas berkata...

haha aku tak nak masuk campur :)

Amir Izzat berkata...

@FIFIEY LYCHEE MARATIONhehe... biasar ar..lisa pujaan hati..kah3

Amir Izzat berkata...

@tengkorakemashehe..bgs2.. kalau ko masuk nanti,jadilah nasi campur..hehe

suamihanyisterizuki berkata...

waa kelass gitu amir pujuk awek yer...

Mr. J pengeRindu berkata...

haaaaaaaaaa.. boleh pakai ayat memujuk tu.. hehhe.

MOFASAD berkata...

kah kah kah!!



BLOG GUA : MOFASAD

Amir Izzat berkata...

@suamihanyisterizukigurau2 senda...haha

Amir Izzat berkata...

@Mr. J pengeRindunak pinjam ayat nie pun boleh..kih3

Amir Izzat berkata...

@MOFASADerk? hahah

PinQib berkata...

sjk biler wat novel??


Jum Singgah yer
Latest entry di:

Kesyahduan dipagi rayer
Kontes hamzah-ian

Lelaki kurang otak
Lelaki hensem dan Pompuan Gem--

Tanpa Nama berkata...

huhuhu...lawak gak cite niw....ape pon xbole...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??