Tahun Ini Beraya Di Bumi Kenyalang,Sarawak

Assalamualaikum abang-abang..kakak-kakak,adik-adik,makcik-makcik,pakcik-pakcik,uncle muncle,aunty menty, dan semuanya lah. Apa khabar? Sihat ka? Kalau sihat,alhamdulillah.

Nak tanya..Tahun nie beraya kat mana? Mesti la beraya kat kampung halaman masing-masing,kan?

Huh? Ada yang tak balik? Hish..Hish..Kesian..tak apa..Tahun depan ada lagi raya kalau panjang umur..Kekeke!

Amir lak? Haa..Amir raya kat sini je..Bumi Kenyalang. Tahu ke tidak? Alaa..Sarawak lah. Beraya kat Bumi Kenyalang nie.. Best jugak la.. Sebab apa best? Entah..Sebab beraya dengan femili..Hehe.

Ya la kan..Selama tiga tahun Amir beraya di Kelantan Darul Naim tanpa keluarga. Al maklumlah..Belajar. Jadi,tahun nie Amir pindah balik ke Kuching. Senang.. Dapat duduk dekat dengan keluarga..Mudah..Segalanya mudah. Ingatlah orang tersayang. (eh..iklan jalan raya lak..)

Korang tahu tak? Bila tiba musim perayaan kat Kuching nie..Mesti semua kedai penuh dengan air tin. Amir pun tak tahu kenapa.. Banyak giler.. Berlambak lah sampai kotak air tin tue diletak kat luar kedai. Dasyat bebenor. Namun ,bagi warga Sarawak (Kuching) tidak harian dengan fenomena sebegini sebab ia adalah kebiasan apabila tiba Hari Raya Puasa.

Kalau pergi rumah kawan-kawan ke atau sesiapa sahaja..Diorang tak hidang dengan air teh ke air kopi tapi diorang hidang air tin. Air tin? Yup! Semua ada..Coca cola,pepsi,sarsi,seksi..semua ada lah.. Jimat la katakan..

Ha,satu lagi. Kek lapis..Pernah makan tak? Time raya nie la orang duk hidang.. Macam-macam ada..Memang sedap..Hehehe... 

Korang lak..Apa cita? Hehe..

3 comments:

sHaiRA haIFA berkata...

nak kek lapis..hehe

Amir Izzat berkata...

@sHaiRA haIFAnak ke? hehe..boleh..jom ar datang sini... hehe...

tengkorakemas berkata...

hehe memang betul tu, itula speselnye sarawak, mana ada layan biskut sangat tapi main kek je, p umah ni kek, umah sana kek lagi, air tin pun pergh...

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??