Penarik Beca Dipenjara 14,400 Tahun Kerana Rogol Anak

MANILA: Seorang lelaki dihukum penjara 14,400 tahun kerana merogol anak remajanya hampir setiap malam selama setahun, kata pegawai perundangan, semalam, selepas mahkamah menolak rayuan dikemukakan tertuduh sebelum ini.

Lelaki terbabit - seorang penarik beca - menjadikan anaknya perempuan berusia 13 tahun sebagai pemuas nafsu ketika isterinya pergi ke Hong Kong untuk bekerja sebagai pembantu rumah.

Hakim Mahkamah Rayuan, Mario Guarina, berkata kes itu adalah yang paling serius dilakukan ke atas remaja dalam sejarah perundangan Filipina.

Guarina mengekalkan sabitan mahkamah terdahulu pada Mac 2006 yang mendapati tertuduh bersalah atas 360 tuduhan rogol.Mahkamah juga mengarahkan dia dihukum penjara 40 tahun bagi setiap kesalahan.


Pada asalnya, penarik beca itu dihukum mati tetapi Filipina membatalkan pelaksanaan hukuman itu tiga bulan kemudian.Mahkamah diberitahu, bapa kepada tiga anak itu mula merogol mangsa pada Januari 2001 dan berlanjutan 368 hari. - AFP



********
Dipenjara 14,400 tahun? Wah! Lamanya. Kes ini barulah betul. Saya rasa belum sempat habiskan tempoh kena penjara. Bapa tue sudah masuk kubur. Itu la. Siapa suruh buat kerja dajjal? Kan?

Baiklah. Kalaulah kes buang bayi serta kes yang berat-berat di negara kita diambil serius. Kan senang. Asal buat 'jenayah dajjal'. Bagi hukuman yang berat-berat. Ini tidak,dibiarkan dulu. Menteri nak bawa berbincang dan macam-macam kerenah la demi kepentingan poket menteri yang berkenaan.


Selamam,saya ada menonton Berita di tv3. Seorang bapa tiri dipenjara hanya beberapa tahun dan 6 sebatan sahaja. Tidak cukup. Kena kasi gantung itu 'barang'. Baru dia rasa. Memang tak ada kehormatan langsung. Aduhai..macam-macam kes. 

Kes diatas baru di Manila. Kalau berlaku di Malaysia?  Fikir lah sendiri.

3 comments:

Azman Roslan berkata...

kejam betul.. anak sendiri pun nak balun..

ardinihumaira berkata...

nape malaysia tak penjarakan seumur hidup je kan.. pelik betull.. takat beberapa tahun, anak nak wat report pon takut. pas kua penjara kena lagi

tehr berkata...

mangsa menghadapi tekanan jiwa, malu dan aib di sepanjang hidup

memang sepatutnya dikenakan hukuman paling berat

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??