Nak Keluar Beli Selipar Raya..

Sat gi..Aku nak pergi mandi dan bersihkan diri dulu. Alamak! Kantoi tak mandi lagi. Biasa la kan. Waktu ini air masih sejuk. Kena mandi lewat-lewat sikit. Kekekeke!

Semalam,mak aku ada ajak aku pergi India Street dekat Waterfront tue. Tahu tak? Alaa,kawasan Kuching juga.

Aku cakap la yang aku malas nak pergi sebab aku malas nak turut punggung. Korang mesti tahu makna turut punggung? Lagipun, apabila seseorang perempuan mula membeli belah. Maka,terseksalah seorang lelaki itu. Erk? Betul tak?

Betul lah. Sebab apa? Sebab..apabila kaum perempuan keluarga ku hendak membeli diorang punya barang ke apa ke. Aku je yang jadi mangsa. Kena ikut diorang hulur ke hilir. Kadang-kadang lari jugak. Hehe! Oit..duit kat tangan mak..

Memang tak tahan ar. Boleh sakit jiwa gamaknya.

Dalam hati..Memang dah merajuk ar..

"Barang kita belum beli lagi. Barang dia(adik pompuan aku) dah beli..Ini tidak adil!" 

Haha. Marah tau.. Tak apa.Selepas ini,aku berhajat nak keluar la. Pergi ke Wisma Hopoh dan Wiswa Satok. Di Wiswa Hopoh,hajatnya nak beli cd Adobe Illustrator. Selepas itu,pergi Wisma Satok beli selipar.

Aku dah tengok selipar tue. Harganya boleh tahan. RM26.90. Okay tak? Jenama Dunlop. Selipar murah sahaja. Cukup sudah laa..raya bukannya setahun,kan?

Oh ya! Korang dah beli ke pakaian untuk hari raya? Mesti cantik-cantik belaka..kan?

Nota: Baju raya belum beli lagi tapi hajatnya tak mahu beli. Kenapa? Malas.


1 comments:

hans berkata...

aku xbeli apa lagi pun
hahahaha

P/S : Jom Makan 'SAQ'

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??