Kenapa Blog Anda Mesti Cantik




Blog? Ia ibarat nyawa kita. Eh bukan! Nyawa aku..tiada blog tiadalah luahan hatiku. Tiadalah tempat untuk aku mengumpat,menyumpah serta bergosip. Dengan adanya blog,kita pasti bahagia. Siingaa..Menawan Keluarga Bahagia.. Erk?


Adakah anda seorang perempuan? Apa yang paling penting pada diri anda? Aset anda? Apa yang saya tahu,perempuan pentingkan kecantikan. Betul ke tidak? Kalau tak betul,saya sanggup terjun katil. Ada bran? Memang benar bahawa perempuan pentingkan kecantikan. Kalau perempuan tidak pentingkan kecantikan,saya berani tabik spring 14 kali depan perempuan itu dan memohon maaf serta berkata " Ya..saya mengaku awak tidak pentingkan kecantikan dan awak amat HODOH sekali.." 

tapi kan..sebaik-sebaik ciptaan adalah manusia. Jadi,kita semua cantiklah! Bangganya.



Baiklah. Anda ada blog? Bagaimana rupa blog anda? Adakah seperti rupa blog saya yang cantik ini? Yang warna pink? Yang memang cun dan gempak lah orang kata..(maaf,aku memang perasaan). Anda tahu tak kenapa blog kita mesti cantik? Kalau tahu,baguslah. Kalau tidak tahu. Mari sini kejap. Saya nak kasi tahu.. Nak jerit nie!!!



Pertama.

Untuk kepuasan diri anda.. Kenapa? Bila anda ada blog yang cantik. Pasti anda akan tersenyum setiap kali menatap blog anda. Pernah lihat blog cik Irine Nadia Marcello? Fulamak! Blog si gadis ini memang cantik la. Ditambah pula header yang ada muka sendiri..tersenyum pulak tue. Memang gempak lah! Jadi,apabila anda ada blog yang cantik. Anda akan berpuas hati dan bergembira.



Kedua.

Untuk keselesaan anda..serta pengunjung. Blog ini seperti rumah. kalau rumah itu selalu berantakan..bersepah sana sini. Kalau masuk bilik tu,masyaAllah.. Bau tikus mati. kalau tengok ruang tamu. Ya Allah! Berrselerak..Silap hari bulan.. Makan tido berak pun kat situ jugak. Mesti tidak selesa kan?

Jadi,apabila anda ada sebuah blog yang cantik. Anda dan pengunjung blog anda pasti rasa tenang sahaja. Tidak ada rasa marah,serabut dan rimas dengan wajah blog anda yang cantik. Selain itu,apabila blog anda cantik dan kemas. Pengunjung senang hati membaca hasil penulisan anda tanpa ada masalah mata.

Kadang-kadang ada blog yang berserabut nie,susah sangat nak baca dia punya tulisan. Takut gempak..Entri baik punya..tapi nak baca tidak dapat. Rugi bukan?

Ketiga

Menarik ramai pengunjung. Sama juga seperti yang di atas. Pernah dengar blog AIz Batu Campur? Blog ini memang cantik dan cun la. Dulu cantik jugak..tetapi selepas blog dia makin GEMPAK..Makin ramai dia punya follower. Follower? Yang nie ramai yang kejar. Pengunjung juga akan tertarik dengan blog yang cantik dan kemas serta cun. Betul wa cakap sama lu..

Keempat.

Semua orang akan gembira. Erk? Ya la kan..Apabila blog anda cantik dan kemas. Semua orang akan gembira termasuk anda. Apabila seseorang itu sudah kemas,pasti tiada masalah yang muncul seperti 

1.Tulisan terlalu kecil.
2.Blog terlalu berat.
3.Tiada pengunjung atau tiada follower.
4. The End. Haha.

Setakat ini sajalah berkongsian saya. Saya cakap benda asas sahaja. Blog anda mesti cantik untuk KESELESAAN ANDA SERTA PENGUNJUNG DAN DAPAT MENARIK RAMAI LAGI ORANG UNTUK BERTANDANG KE BLOG TANPA ADA KELUH KESAH.

Nota kaki: Disamping blog yang cantik..Entri pun mesti cantik. Hanya orang yang sukakan kecantikan je faham benda ini,kan? Psst...kalau Amir tayang wajah Amir macam blog gadis lain. Fofular tak Amir? Ahaks(macam sial). Oit,blog nie cun tak? Hehe.

15 comments:

cikgu isza berkata...

akak pun nak blog canti tapi tak reti nak godek2..

amir buatkan untuk akak boleh?

ardinihumaira berkata...

dni teringin nak ada layout dan header yang cantik tapi tak kreatif. huhu.. tu pasal blog jadi cemtu je. sobss

Ampuan Awang berkata...

salam,

blog aku memang tak cantik langsung. orang tak berminat nak masuk. tapi alhamdulillah, ia tetap jadi sumber mengutip nota

Amir Izzat berkata...

@cikgu iszahehe..toink2..mmg ka..

huh? buatkan untuk cikgu? boleh tapi takut tidak menepati citarasa.. lgpun,baru belajar nie..heehe

Anip™ berkata...

wahahah..terjun katil...aku pon nk join ar..haha

En iLham berkata...

huhu
aku nak buat blog aku cecantik tp tak penah berjaye pun
akhirnye tetaplah macam tu jugak
sadis sungguhlah
amir, ko buatkanlah template untuk aku cecantik mcm blog ko ni
hehe

Ampuan Awang berkata...

eh, nak marah apa pula? dah memang tak cantik, nak kata apa? abang sendiri akui ketidakcantikkan blog abang tu... Alhamdulillah, hanya itu saja yang abang mampu

tehr berkata...

blog kamu ni memang cantik
nampak jelas je

Kyuubi_85 berkata...

blog hang cun.. aku punya plak mcm reban ayam je.. huhuhu

naem berkata...

aahahaha...blog ni cun la..

Afzainizam berkata...

*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
----==--SalamAidilfitri---==----
--=== Maaf Zahir & Batin ===--
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
Budak-budak main mercun,
Jangan sampai terbakar tangan,
Di Aidilfitri kita berhimpun,
Hulurkan tangan meminta ampun.

Anak zirafah dimakan buaya,
Buaya Tain makan kelapa,
Bila makan juadah raya,
Yang miskin jangan dilupa.

Sudah tiba Hari Raya,
Setelah kita sebulan berpuasa,
Hari Raya di sambut gembira,
Jangan pula ada yang berduka.

Pagi raya semua gembira,
Berjalan bersama rakan dan taulan,
Ketika enak menjamu selera,
Orang yang tiada jangan dilupakan.
*♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥**♥♥♥♥*
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
semoga kesalahan dimaafkan, silaturrahim kekal erat

eeeemmmm aku tak keatif lahhhh blog aku pun dah macam sarang tikus bercampur aduk....

tengkorakemas berkata...

fuh! stylo gak tempat komen ni, agak2 intensedebate boleh buat tak?

mcm ne ko buat 'AM' kat tab blog ko ni?ajar sikit hehe

hahazirah berkata...

kalau sy, hias blog ni mcm jd stu kepuasan, slagi x puas slagi tu edit2 sana edit sini. kdg2 x peduli pun dgn entri janji blog sy cntik pd mata sy. Baik cri kerja lain kot. hehe~

DKosongLapan berkata...

blog awok pulak....tak sehebat blog mike banyak bende awok kene belajo lagi nii

Beghat Naek

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

nice n cool n3...silakakn tayang..wakakaka

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??