Sinopsis Drama Habil dan Qabil Dalam Slot Samarinda TV3

Pada malam ini, drama terbaru dalam slot Samarinda akan bersiaran pada jam 10.30 malam nanti selama 1 jam. Jom kita lihat dulu sinopsisnya.



Sinopsis Habil Dan Qabil

Habil Qabil mengisahkan takdir dua insan yang dilahirkan pada tarikh yang sama dan sering bersaing di alam persekolahan sehingga ke dunia korporat. Mereka akhirnya jatuh cinta pada wanita yang sama.
Habil Najmi (Aaron Aziz) dibesarkan oleh Yusoff (Azhan Rani) dan Umairah (Zila Bakarin) setelah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Habibah (Abby Nazri). Habil ditatang bagai minyak penuh oleh Umairah tetapi Yusoff selalu bersikap garang terhadap anak angkat ini.
Qabil Iskandar (Zed Zaidi) pula dilahirkan dan membesar di keluarga yang mewah. Ayahnya, Qamarul (Rashidi Ishak) seorang pengusaha tanah yang berjaya tetapi jarang meluangkan masa bersama isterinya, Intan (Abby Abadi) dan Qabil kerana terlalu sibuk dengan urusan kerja.
Qamarul yang bersikap dingin dengan Intan juga mengesyaki Qabil bukan anak kandungnya sebaliknya anak Intan bersama bekas kekasihnya, Smith (Geofrey Perrin Williams). Sementara itu, Qamarul juga sering terganggu dengan kisah silamnya di Kampung Sungai Manik.
Walaupun Habil dan Qabil belajar di sekolah berasrama yang sama di bandar, tetapi mereka tidak berkawan rapat dan sering bersaing dalam akademik dan sukan. Selepas tamat sekolah, Habil dan Qabil membawa haluan masing-masing sehingga bertemu kembali di dunia korporat. Kini, Qabil sibuk menguruskan syarikat arwah ayahnya yang telah bergabung dengan syarikat ayah tirinya, Smith iaitu Syarikat Qam & Smith Properties.
Sejak kematian suaminya, Intan telah memberi kepercayaan penuh kepada Smith dan tidak mengambil peduli mengenai hal ehwal syarikat. Habil pula berjaya memiliki syarikat sendiri. Habil menganggap pelaksanaan projek padang golf Qamarul di tanah Yusoff telah memusnahkan kehidupan Yusoff dan Umairah. Justeru itu, Habil telah bertindak agresif untuk merampas semua mega projek Qam & Smith Propertis untuk membalas dendam.
Habil dan Qabil bukan sahaja bersaing dalam perniagaan tetapi juga jatuh hati kepada Maria (Siti Saleha). Tanpa diketahui, Maria juga menyimpan agenda sendiri selepas memutuskan untuk mengahwini Qabil. Untuk mengetahui kisah selanjutnya, sama-sama kita tonton drama Habil Qabil setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30 malam di TV3. -sumber Oh Malaysia!
*****

Berdasarkan pada sinopsisnya. Drama ini kelihatan agak sama dengan drama yang lain. Berkisar tentang dendam..pasal perniangan dan setiap kali drama baru muncul di slot Samarinda pasti plot ceritanya benda yang sama sahaja. Itu pendapat saya. Walaupun saya agak tidak minat dengan cerita ini. Tetapi siapa tahu pasti saya dan anda akan terpacak di depan tv semata-semata drama ini.
Bagi sesiapa yang ingin menontonnya. Drama ini sudah bermula pada 22 September 2010. Setiap Selasa hingga Khamis. Jadi,tontonlah drama ini pada malam ini tepat jam 10.30 malam. Selamat menyaksikan drama yang mendebarkan.

4 comments:

shea berkata...

waalaikumussalam

utk p'getahuan anda mmg slot samarinda ni slot tuk drama yg melibatkn ciri2 korporat. that y plot cite samarinda lebih kurang sama je..
yg baik tu dtg dr allah..yg buruk tu dtg dari sy yg x sempurna..
assalamualaikum

Fara berkata...

first thing first citer dia da start semalam ar.. pastu 10.30 ker 11 jerk.. huhuhu...

btw citer nyer memang ar cam sama ngan yang lain.. tapi habil n qabil ni kan nama yang wujud sejak berzaman n famous dalam dunia islamik zaman dulu2.. heee.. tak ingat ar.. tapi mereka berdua tu emmang dulu wujud n punya cerita tersendiri..

Anep™ berkata...

macam best jer aku bace sinopsis nie..hehe

manusia rumit berkata...

citer nie best ler...ha2...setiap hari kol 10.30 dok tepacak depan tibi nak tggu cite neyh.....btw thanx sinopsis....

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??