Chinta merupakan drama terbaru slot Akasia TV3 menggantikan drama Epilog Syurga Cinta.Drama Chinta bakal menemui penonton pada 27 September 2010 ini menerusi slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang selama sejam.
Sinopsis Drama Chinta
Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.
Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.
Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.
Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.
Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.
Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.
Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.
Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).-sumber dari azuanrazi.com
Chinta….satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan akan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.
Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar, seorang pengawal keselamatan kepada salah seorang pelanggan tetap Chinta.
Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain.
Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka. Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat.
Alangkah terkejutnya apabila pertama kali bertemu dengan Rasul Iman, peguam belanya yang seiras wajah Amar. Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?
Barisan Pelakon.
Teraju utama drama Chinta yang juga menggalas watak Chinta adalah Fasha Sandha, manakala pelakon lain yang turut membintangi drama bersiri 28 episod itu termasuk Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Ady Putra, Natasha Hudson, Zain Saidin, Fadzilah Mansor dan Zarynn Min. Dah lama kan tak tengok Fasha berlakon? Lama ke? Entah la. Sebab sekarang nei jarang nak lihat Fahsa Sandha di kaca tv.
******
Berdasarkan sinopsisnya. Drama ini agak menarik dan menimbulkan pelbagai persoalan. Jadi,saksikan ‘Chinta’ lakonan Fasha Sandha, Ady Putra, Jalil Hamid, Ezany, Jue Aziz mulai 27 September,Isnin hingga Khamis, jam 6.30 petang di slot Akasia.
2 comments:
kenape pileh pashasendat...oh...spoil mood...
heee
thanks for sharing
RM3.89 or RM8.59?
Catat Ulasan
Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??