Konsert Siti Nurhaliza Sempena Sambutan Hari Malaysia Di Pulau Pinang Dibatalkan

Konsert sempena sambutan Hari Malaysia pada 25 September ini di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang. Siti yang sepatutnya dijadual mengadakan persembahan selama sejam itu terpaksa membatalkan hasratnya itu selepas mendapat nasihat dan surat daripada pakar Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Prince Court.

Nampaknya,penduduk Pulau Pinang tidak dapat menyaksikan konsert ini lah kerana doktor sudah menasihati Datuk Siti Nurhaliza untuk berehat. 

Tapi kan..ada pula yang kaitakan pembatalan konsert ini adalah kerana Siti Nurhaliza mengandung. Huh? Mengandung?

“Saya hanya menjalani rawatan normal bagi memantau tahap kesihatan diri memandangkan jadual kerja harian yang terlalu padat hingga ada kalanya mengabaikan kesihatan. Laporan itu hanya menjelaskan yang saya tidak dibenarkan untuk berjalan jauh atau membabitkan diri dengan sebarang aktiviti fizikal sepanjang proses rawatan berlangsung termasuk mengadakan konsert pada waktu ini.

“Justeru ingin saya nyatakan spekulasi yang tersebar adalah tidak benar. Saya masih belum mengandung setakat ini,” katanya lagi.

La,Siti Nurhaliza tidak mengandung lah. Tetapi kenapa wujud dakwaaan ini? Ramai ke yang nak lihat Siti mengandung? InsyaAllah kalau ada rezeki.

Penarikan diri daripada pihak Siti pada saat-saat akhir itu menyebabkan kerajaan negeri Pulau Pinang selaku penganjur terpaksa membatalkan keseluruhan acara konsert. Perkara itu disahkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, semalam yang berkata kerajaan negeri terpaksa membatalkan seluruh konsert berkenaan kerana kesuntukan masa untuk melakukan perubahan atau pindaan pada saat akhir.

Siti juga melahirkan rasa terkilan dan sedih kerana terpaksa melupakan hasrat bertemu peminat di Pulau Pinang dan menghiburkan mereka dalam acara konsert yang besar seperti itu. “Saya memohon maaf kepada penganjur serta peminat kerana gagal memenuhi undangan persembahan ini di saat-saat akhir. Jujurnya saya terkilan kerana tidak berpeluang untuk bertemu dan menghiburkan peminat di sana.


Nota: Semoga Siti Nurhaliza sihat..


sumber: Metro

4 comments:

Anep™ berkata...

lorh...dibatalkan pulak..hmm!

Unknown berkata...

akak aku mengandung

erkkk

takde kene ngene

hahaha

Unknown berkata...

semua tengan tunggu datuk siti mengandung..itulah sebab apa-apa yang jadi kat dia,semua orang kaitkan dengan mengandung..

Unknown berkata...

biasalah kan orang famous..pastu semua orang tggu datuk siti ni mengandung.. then,apa2 yang jadi kat dia,semua orang kaitkan dengan mengandung...

p/s:teringin gak nak tengok datuk siti mengandung..

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??