Kes Bunuh Datuk Sosilawati: Mangsa Tidak Disembelih

Sebelum ini heboh berita mengatakan bahawa mangsa dalam kes pembunuhan ini disembelih sebelum dibunuh. Sebenarnya perkara itu tidak benar sama sekali. Baca petikan Utusan Online.
Polis mengingatkan pengamal media supaya tidak menyiarkan sebarang fakta yang belum disahkan benar kononnya mangsa disembelih sebelum dibunuh secara kejam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, maklumat sedemikian bukan saja menyukarkan siasatan polis malah mampu mencetuskan rasa bimbang di kalangan ahli keluarga mangsa yang masih tidak dapat menerima kehilangan mereka yang disayangi.
"Janganlah ada-adakan cerita hanya untuk melariskan jualan 'produk' masing-masing. Ingat perkara ini bukan saja menyakitkan perasaan ahli keluarga, pada masa yang sama ia boleh menimbulkan rasa marah di kalangan pembaca.
"Saya sendiri pun tak tahu yang mangsa disembelih. Dari mana akhbar ini dapat. Siapa cakap dia kena sembelih? Jangan main-main petik sumber," katanya.



Pelik bukan? Ketua Polis Selangor sendiri tidak mengetahui yang mangsa disembelih. Jadi,berita ini tidak besar. Bagi blogger pula,janganlah menyiarkan berita yang belum sahih nanti mengaibkan. Nanti akan melukakan ahli keluarga mangsa.

Saya juga bersimpati dengan mangsa-mangsa ini. Terasa kehilangan yang begitu besar sekali. Pada mulanya,saya tidak percaya bahawa Datuk Sosilawati ini hilang dan berharap agar beliau dan 3 mangsa yang lain selamat. Namun,apakan daya. Mereka telah pergi meninggalkan kita.

Akhir kata,janganlah kita mudah percaya akan berita yang belum sahih. Pastikan yang mengeluarkan fakta itu dari pihak yang benar. Takziah saya ucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Setiap kejadian ada hikmahnya. "Kullu nafsin za ikatul maut".

10 comments:

Anep™ berkata...

mangsa xdisembelih..sape yg reka2 cite nie dia disembelih..hmm

shahrilhakime berkata...

Salam ....
errmmm....seeloknye blogger yg uleh (ulas) isu2 yg sensitip ni......kite kenele jugak sensitp dengan peghasaan keluarga mangse.....jangan sebb nak keco traffik yg tinggi kome pakei hentam keghomo je kopi pes daghi paper ato blog lain....sudahnye kan ke kome dah sebo (sebarkan)bende yg tak betoi???.....

jemput keghumah
Sultan Kelantan

Mr.J berkata...

kejam sungguh.. Jenayah Profile Tinggi..


Blog telah direview.

http://www.pengerindu.com/2010/09/segmen-khas-bersama-blogger-amir-izzat.html

Amir Izzat berkata...

@Anip™itu la... siapa entah yg buat citer nie..sampaikan media pun duk kata mangsa kena sembelih..aduhai.macam2 lah

ardinihumaira berkata...

ada la tu yang suka tokok tambah cerita.. isk3...

Sharinginfoz berkata...

harap diselesaikan dengan secepat yang mungkin

En iLHAM berkata...

hmmm
org skang ni mmg suke sangat buat spekulasi sendiri.
kdg2 sampai boleh selesai kes. huhu

abigemok berkata...

mcm2 versi berita yang keluar kan? ish3

hamzah ian berkata...

ramainya buat entri pasal ni.. wa..

cik shabah berkata...

ha!jumpa pun tempat nak komen!apasat semalam tak jumpa eh? =D

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??