Argh! Sakit!

Ketika aku sedang khusyuk mendengar cikgu Albert menerangkan macam mana hendak membuat soalan Matematik bab apa ntah. Tiba-tiba aku..

"Haaaaaaaaaaaasyem!! Haaaasyin!! Syiiiiiiiiinn..." aku bersin..

"kenapa kelapa aku pening lak nie?" aku memegang kepala ku sekejap. Mungkin jangkitan selsema ini sudah merebak ke otak ku.

" Tidak! Aku tidak mahu mati..Aku belum kawin lagi..Dosa ngan mak ayah pun belum minta maaf." jauh benar aku berfikir di hati.

Entah mengapa. Sejak semalam..malam tadi. Aku diserang satu virus yang dipanggil SELSEMA. Amat seksa hendak beradu malam tadi. Selalunya selepas terfikirkan wajah ibu mertua. Aku terus terlelap ketakutan. Tetapi malam tadi...

Asal mahu tidur sahaja...aku...

" Haaaaaaasyem! Haaaasyem!" aku bersin lagi. Aku rasa orang yang bernama Hasyim pun dah  tersedu banyak kali malam tadi. Kiraku,beliau juga mungkin terseksa. Ahaks!

Memang tidak lena lah. Pagi tadi, mahu ke sekolah pun terasa berat. Badanku yang bersaiz Sazali Samad ini sudah untuk diangkat. Walaupun begitu,tanggungjawap sebagai pelajar harus ku turuti.

Disamping terkena Selsema yang bukan B*B*. Aku turut terkena batuk.. Yup,asyik terbatuk sahaja. Macam orang tua pulak.

" Huk Huk! Huk Huk! " macam nie kot bunyi batuk.

Memang tak senang lah hidup. Bila sihat tak reti bersyukur,bila sakit. Inilah padahnya.

Aku teringat lagu Raihan - Demi Waktu.

" Demi masa...sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan beramal soleh... Ingat lima perkara sebelum limat perkara.. Sihat...sebelum sakit..." Habis.

**********
Sihat sebelum sakit? Inilah yang ku alami. Jujurlah aku katakan. Hanya bila sakit sahaja aku akan lebih dekat kepada Allah. Apabila sihat,terasa jauh sekali. Entah mengapa..InsyaAllah aku akan berubah. Doakan aku sihat. Esok nak tengok wayang "Resident Evil". Selepas itu  pergi jom Heboh! (semua tempat setan). Hahaha!

3 comments:

shahrilhakime berkata...

jawapnye satu je.....pegi klinik ambik ubat.....takpun tido je leee......

moh ke ghumah awok ilangkan selseme mike....
Tak Mesghe Pelanggan

Keyrill Eduardo Willeyhem berkata...

sabar bro...esok confirm sihat punya! hehehe...boh lupa sok...kul 11

Tanpa Nama berkata...

semoga da sihat,,hahaha

Catat Ulasan

Awak komen je dengan ikhlas. Tak paksa pun. Amir pun tak pasti dapat ke tidak balas komen tu. Sibuk gilak-gilak bah! Ko guano gu? Bereh??